Rabu, 2 Mei 2012

TERKINI - Nayati Shamelin kanak-kanak yang hilang ditemui selamat di Rawang

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini.

Nayati Shamelin ditemui di Rawang jam 7.30 pagi tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:

"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."

Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok

P/S: Tahniah kepada PDRM dan juga semua agensi-agensi yang terlibat

4 ulasan:

  1. Tahniah kepada pihak polis walaupun teruk dikutuk, diejek dan dihina...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul betul...syabas PDRM..

      Padam
  2. Syabas PDRM...klo mamat giler tu nk bunuh sume polis kat malaysia ni...dia la nnt nk kena jadi superman...last2 jadi spenderman...

    BalasPadam
  3. syukur...semuanya selamat...congrats PDRM...jasamu tetap dikenang...jalankan tugas mu dengan penuh amanah, walaupun dicaci dan dicerca..

    BalasPadam