Selasa, 22 November 2011

Mesir terus kacau bilau mana pergi pejuang revolusi Mesir??


Mesir terus dilanda musibah apabila selepas kejatuhan Hosni Mubarak akibat dari gerakan revolusi tahrir rakyat Mesir. Disangka terik sehingga petang rupanya hujan ditengahari begitulah perumpamaan yang dapat diperkatakan.

Dari sana tak pernah sudah dengan pergolakan. Manusia sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang dikecapi. Diharap rakyat Malaysia akan lebih mensyukuri nikmat keamanan yang telah Allah anugerahkan kepada Malaysia bumi bertuah. Jadikan lah negara bergolak itu sebagai contoh dan sempadan agar kita tidak terpengaruh dengan hasutan si penjahat yang berniat menghuru-harakan negara kita.

Perkara yang lebih buruk angka korban telah meningkat. 37 kematian direkodkan setakat ini dan lebih dari 1,000 orang cedera. Pelajar-pelajar Arab turut terlibat didalam rusuhan itu. Setakat ini, pelajar Malaysia disana tiada seorang pun yang menyertai rusuhan dan demonstrasi berkenaan tambahan pula keadaan huru hara itu agak jauh dari penempatan pelajar Malaysia.

P/S: Revolusi, Reformasi hanya retorik semata-mata

0 ulasan:

Catat Ulasan