Filem Tanda Putera arahan Suhaimi Baba terbitan Persona Pictures merupakan filem sejarah yang amat berguna bagi generasi kini mengenali siapa pemimpin terdahulu.
Sinopsis Tanda Putera,
Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri
kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa
berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi
memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak
terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit
leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu
keluarga tertekan dan bimbangkan
keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di
rumah Tun Dr Ismail menjadi
klinik
rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan
sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.
Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah
menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan
anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup
warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan
tinggi ketika itu
serta mereka
yang bertugas di pejabat.
Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969
menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr
Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin),
Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun
Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun
Ismail), Ali
Steven Shorthose
(Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).
Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza
(Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey
Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).
Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan
pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina
(Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz
Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr
Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri
(Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji
Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim
(Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen),
Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).
Sebenarnya ia hanya sebuah filem yang diadaptasi dari kisah kehidupan sebenar seorang pemimpin jadi tak perlu sestengah pihak memboikot filem ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan