Selasa, 31 Julai 2012
Edisi Khas !!! Kini Lajim terpaksa bermula dari bawah semual selepas terpengaruh dengan perang psikologi pembangkang
KOTA KINABALU - Keputusan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan semua jawatan dalam parti didakwa kerana terpengaruh dengan perang psikologi pakatan pembangkang yang kononnya akan membentuk kerajaan akan datang selepas pilihan raya umum akan datang.
Menyifatkan keyakinan pakatan pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka itu hanya sekadar propaganda politik, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata peletakan jawatan oleh Lajim tidak ada kena mengena dengan masalah dalaman Umno negeri.
"Saya percaya beliau (Lajim) tidak mahu terlepas peluang...sebab itu kenapa beliau cuba mencari sebab untuk misinya itu, tetapi bagi saya, apa yang dijanjikan pakatan hanyalah satu harapan atau impian sahaja," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lajim sebelum ini mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta merta.
Bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal sebagai anggota Umno dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata "apa yang berlaku merupakan isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang tertentu dalam kancah politik negeri. Ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya".
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga dipetik sebagai berkata keputusan Lajim untuk keluar daripada BN lebih kepada masalah peribadi.
Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata pucuk pimpinan negeri sentiasa bersikap terbuka kepada perbincangan mengenai bagaimana untuk memperkukuhkan parti dan setiap orang perlu memainkan peranan.
"Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah (Datuk Seri Musa Aman) amat terbuka dan sedia berbincang. Bagaimanapun, parti mesti menolak pemimpin yang mahu mempertaruhkannya.
"Perkiraan politik Lajim adalah silap. Semua kajian yang dijalankan profesional menunjukkan populariti
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tahap selesa," katanya dan menurutnya keputusan Lajim itu tidak akan menjejaskan kekuatan BN di negeri ini.
Bekas ketua menteri itu berkata: "InsyaAllah, populariti Najib akan dapat menerajui BN memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang".
Salleh berkata Umno dan BN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan tidak lama lagi. - Bernama
Alasan Datuk Lajim meletakkan jawatannya kerana berkata Sabah masih lagi mundur. Jadi selama Datuk Lajim memegang jawatan sebagai ketua bahagian Umno Beaufort adakah tiada inisiatif oleh Datuk Lajim sendiri sebagai seorang ketua bahagian dalam mengenal pasti tahap kemiskinan terutamanya dikawasannya sendiri iaitu Beaufort.
Jika Beaufort itu mundur dan miskin tak mungkin orang Beaufort akan memilihnya sebagai wakil rakyat atas tiket Barisan Nasional.
P/S: Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah
Isnin, 30 Julai 2012
WAJIB BACA !!! ANTARA SYRIA DAN MYANMAR MANA LAGI KEJAM
Ketika dunia Arab mengalami pergolakan yang disebut sebagai Arab Spring dan Syria berada diambang peperangan ramai yang amat bersimpati dengan nasib pelarian Syria yang terpaksa berlindung di kem pelarian di sempadan negara mereka
Pergolakkan berlaku di Syria kerana pemberontakkan oleh pasukan revolusi di Syria yang mahukan Bashar Al-Assad berundur dari pemerintahan Syria.
Malah wartawan asing dari barat juga membuat liputan dan sanggup meredah lautan peluru demi membongkarkan nasib yang diterima oleh rakyat Syria diatas pemerintahan Bashar Al-Assad
TETAPI
Pergolakkan yang berlaku di kawasan kejiranan negara kita dipandang rendah oleh sesetengah pihak
PB dulu pernah berkawan dengan seorang Myanmar di sebuah kilang pembuatan di Selangor. Dia pernah bercerita orang Rohingya diberi gelaran Kelah atau Kelar yang bermaksud orang kulit hitam.
P/S: Syukur umat Islam di Malaysia masih lagi hidup dengan aman jangan sampai ada anasir kotor yang cuba menghancurkan Islam dengan menyerap kedalam ideologi politik kotor.

Umat Islam Rohingya telah dinafikan
daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada
pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera
Myanmar.
Di antara kekejaman yang dilakukan ke
atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf
kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil
perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah
milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan
minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa
perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji
di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan
sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi,
kemudahan kesihatan dan kemudahan asas
pendidikan
f) Wanita-wanita dan
remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh
tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara
beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih
100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978,
seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke
Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan
makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati
kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera
Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di
kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak
lagi selamat untuk mereka
The photo below was taken on 14th June
Monks involved in attack in
Sittway….but Muslims are considered as Terrorists if they protect their
own houses and property.
The link of above photo:
http://www.flickr.com/photos/thesail
PB dulu pernah berkawan dengan seorang Myanmar di sebuah kilang pembuatan di Selangor. Dia pernah bercerita orang Rohingya diberi gelaran Kelah atau Kelar yang bermaksud orang kulit hitam.
P/S: Syukur umat Islam di Malaysia masih lagi hidup dengan aman jangan sampai ada anasir kotor yang cuba menghancurkan Islam dengan menyerap kedalam ideologi politik kotor.
Ahad, 29 Julai 2012
WAJIB BACA !!! HIGHWAY RAKYAT DI KELANTAN CUMA AKAN SIAP SELEPAS 7 KETURUNAN NIK AJIS
Harian pada 24 Julai 2012 melaporkan jumlah
sumbangan derma yang berjaya dikumpul untuk membina Lebuh Raya Rakyat
telah mencecah RM1juta. Rakyat tentu gembira mendengar perkhabaran hebat
yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan
Kebajikan, Datuk Husam Musa.
Ini bermakna dalam tempoh kurang dua bulan kempen kutipan, jumlah RM1 juta yang berjaya dikutip atau dikumpul boleh dianggap berjaya. Namun, ini bukan usaha mengutip dua atau tiga juta. Kos membina Lebuh Raya Rakyat bukan RM10 juta. Tetapi, RM1.8 bilion atau jika disebut dalam juta adalah 1,800 juta.
Maka, mari kita belajar matematik untuk mengira berapa lama lagi masa diperlukan untuk mencukupkan jumlah RM1,800 juta itu.
Jika berdasarkan prestasi kutipan sekarang, RM1juta dalam tempoh dua bulan, ini bermakna jumlah RM1,800 juta akan berjaya dikumpul dalam masa 3,600 bulan atau 300 tahun Sumber

Bila mau siap daa ini macam? Makin lama macam merapu pulak idea highway rakyat ni.
P/S: Jangan kata Nik Ajis aku pun belum tentu dapat guna highway ni 300 ratus tahun woooo
Khamis, 26 Julai 2012
EDISI BENGANG !!! AIR KENA CATU MAU BERAK PUN SUSAH
''Balik-balik ke rumah je air dah takde berpusu-pusu orang pergi ambik air paip bomba. Dah la kena beratur panjang perut dah sakit ni nak tak nak terpaksa la tahan takkan nak pakai tisu kot''
Itu adalah antara luahan orang-orang di Selangor yang terputus bekalan air akibat kedegilan Menteri Besar yang hanya pandai mengeluarkan air liur kerana masih berdegil dengan tidak mahu meneruskan projek air langit 2
Impak dan implikasi mula dirasai apabila beberapa tempat di Selangor mula menunjukkan paras tekanan air yang rendah dan malah dan yang langsung tiada air (macam rumah aku).
Tetapi apa pun Syabas kepada Tan Sri Muhyidin Yassin kerana tekad meneruskan juga projek ini demi slogan Rakyat Didahulukan dan telah mengarahkan peguam negara menyemak undang-undang bagi membolehkan projek ini diteruskan
Malah tender bagi Loji Air Langat 2 ini adalah tender terbuka dan anak syarikat negeri Selangor juga dialu alukan.
P/S: Projek ni bukan untuk Kroni UMNO tetapi untuk kepentingan rakyat

Selasa, 24 Julai 2012
KURANGKAN HARGA KERETA MANIFESTO PAKATAN HARAM?? BERTAMBAH JAMMED LA MALAYSIA NI
Lagi satu statement populis oleh pakatan haram iaitu kereta adalah barangan keperluan? Apa la pelik manifesto pakatan haram ni apakah dengan mengurangkan harga kereta rakyat Malaysia tidak terbeban dengan hutang yang tinggi?
Meh kita baca sikit apa yang dikatakan Rafizi yang dilaporkan oleh Malaysia Kini
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.Ok katakan la Kerajaan mengurangkan duti eksais yang dikenakan kepada kereta dan harganya berkurangan kerana ialah barang keperluan ikut kata Rafizi la adakah kereta tersebut tidak perlu membayar cukai jalan, insurans, maintenance dan petrol.
Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.
Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.
Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.
"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.
Lagi satu lambakkan kereta terpakai di Malaysia sama ada yang import dan tempatan masih menawarkan harga yang berpatutan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Sebenar harga kenderaan bukan masalah bagi rakyat Malaysia tetapi apa yang membebankan ialah maintenance kereta itu sendiri seperti minyak hitam, minyak gear box dan macam-macam lagi yang melibatkan penggunaan pakai dan habis (wear and tear).
Kerajaan melalui program Transformasi sedang giat menaiktaraf pengangkutan awam yang kini sedang dalam proses pembinaan bagi memajukan dan memodenkan pengangkutan awam yang sedia ada.
P/S: Walaupun harga diktakan mahal oleh pakatan haram tetapi jalanraya tetap juga JAMMED
Ahad, 22 Julai 2012
Haggling is prohibited? Mana pergi penguatkuasaan?
Gua sebenarnya malas nak bising-bising bulan puasa ni tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri gua terpaksa bersuara dan menegur tentang isu ini
Gua pada hari Sabtu lepas saja berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah di kawasan Subang Jaya. Lepas puas ronda-ronda untuk survey apa barang yang best dibeli untuk hari raya gua pun rasa hari dah petang dalam pukul 4.30 gua pun cabut la.
Di sebabkan gua ni takde kereta jadi gua pun naik la pengangkutan awam. Mula-mula ingat nak naik bas tapi tunggu punya tunggu bas tak datang-datang jadi gua amik keputusan nak naik teksi je kang tak sempat nak pusing-pusing bazaar.
Banyak jugak teksi kat perhentian depan ni jadi aku pun tanya la salah satu teksi yang ada... tapi macam hampeh jarak tak sampai 5km charge sampai 25 ringgit giler ke hapa..
Tanya teksi yang lain semua yang duk melepak main nego2 harga sampai 30 ringgit pun ada. Last-lat gua malas nak melayan buang duit je nasib baik bas dah sampai. Baik gua naik bas bikin panas je bulan-bulan puasa ni.
Tapi apa yang buat gua tak puas hati kenapa tetap berlaku haggling walaupun dah tertera kat tepi pintu teksi tu haggling is prohibited
Adakah tiada pemantauan atau penguatkuasaan dari pihak yang berwajib iaitu SPAD. Diharap perkara seperti ini dapat dibendung walaupun memakan masa yang lama. Disebabkan tabiat sebegini mungkin ia akan memberi perspektif buruk kepada sektor pengangkutan awam di negara ini. Tetapi ada jugak pemandu teksi yang begitu amanah dan menggunakan meter dan mesra pengguna.
Sabtu, 21 Julai 2012
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK
Assalammualaikum,
Dikesempatan ini PB ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam di Malaysia tak kira apa fahaman politik pun
Moga bulan ramadhan ini kita mendapat keberkatan dari yang Maha Esa dan semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran.
1 bulan mendatang penuh kesabaran,
4 Minggu keimanan,
30 hari keberkatan,
720 Jam kasih sayang,
43200 saat penuh senyuman, :)
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK
Khamis, 19 Julai 2012
TAK CUKUP LAGI KER ARTIS NAK MASUK DALAM PAS SAMPAI TERPAKSA MAIN PETIK JE NAMA
Foto Ning Baizura memakai tudung juga disebarkan bagi menguatkan khabar angin itu. Ning Baizura secara tegas menafikan berita tersebut dan melarang sesiapapun mengeksploitasikan dirinya untuk kepentingan politik mereka.
Namun penyanyi popular Ning Baizura menyelar secara terbuka di laman sosial Twitter 'fitnah' yang dilemparkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengaitkan dirinya dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam tersebut.
P/S: Suka-suka hati je main petik
Rabu, 18 Julai 2012
WAJIB BACA !!! FATWA SESAT PAS YANG MAKIN MENYESATKAN
Makin lama makin teruk sikap pemimpin PAS yang menggunakan agama untuk kepentingan politik
Apa gila mamat sorang ni adakah dia dan PB betul-betul terkejut dengan kenyataannya. Adakah perjuangan suci yang dikatakan Nik Abduh benar-benar suci? Perjuangan suci menjatuhkan kerajaan Islam?
P/S: Anda nilaikan kan sendiri menggunakan akal fikiran yang waras

Selasa, 17 Julai 2012
RONNIE LIU TUNJUK EMPANGAN NAK SURUH ORANG SELANGOR MINUM AIR EMPANGAN KER?
Semalam portal Malaysia kini menyiarkan laporan mengenai 7 empangan air di Selangor penuh dengan air sambil menunjukkan ke arah empangan
Tunjuk empangan nak buat hapa?
Apa benda la exco Selangor ni merapu ni. Nak suruh orang selangor minum air empangan ker tak payah rawat.
Sepatutnya Exco Selangor ni bawa media pernah ke 34 loji penapisan air di Selangor kalau betul Syabas menipu bagi mengesahkan dua perkara tersebut
1. Adakah benar loji rawatan air Syabas beroperasi pada kapasiti 110%
2. Level air terawat di reservoir sebelum disalur ke paip utama yang seterusnya ke pengguna.
Contoh Loji Rawatan Air
Kenyataan Exco Selangor yang paling tak boleh blah
Nak merawat air ni ingat pakai penapis teh ker. Sila rujuk disini proses penapisan dan rawatan air KLIK SINI
P/S: Mampu ker kerajaan negeri nak tanggung kos rawatan air sedangkan banyak lagi isu lain di Selangor yang tak mampu diselesaikan.

"Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya.
Nak merawat air ni ingat pakai penapis teh ker. Sila rujuk disini proses penapisan dan rawatan air KLIK SINI
P/S: Mampu ker kerajaan negeri nak tanggung kos rawatan air sedangkan banyak lagi isu lain di Selangor yang tak mampu diselesaikan.
Isnin, 16 Julai 2012
Isu karikatur menghina PAS patut cermin diri sendiri dulu
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS berang dengan penerbitan komik karikatur
yang mempersendakan dan menghina pemimpin Pakatan Rakyat dan gabungan
BERSIH 2.0.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau perkara tersebut dengan kadar segera serta bertindak terhadap penerbitnya.
Naskhah karikatur yang dianggarkan setebal 50 muka surat itu antara lainnya menggambarkan pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga memegang pedang manakala presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu serta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan dengan berpakaian seperti lanun.
Karikatur tersebut disertakan dengan tulisan: "Pirates of Kuala Lumpur, perompak warna diraja" yang mengkritik BERSIH yang menggunakan warna kuning.
"Kami mengutuk tindakan tidak bertamadun ini," kata Nasruddin yang menyifatkan penerbitan berkenaan sebagai satu perbuatan fitnah.
"Jika anda tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat, kita boleh berdebat atau mengadakan dialog, tidak perlu karikatur menghina seperti ini," katanya lagi dalam satu sidang media, semalam.
"Saya percaya, jika inilah sikapnya (membuat fitnah), rakyat akan semakin meluat," katanya. Antarapos
Sepatutnya PAS patut cermin diri sendiri dulu jangan nak cepat melatah. Apa yang patut PAS buat ialah menasihat kononnya rakan dalam pakatan sebelum menuding jari ke arah pihak lain.
Antara karikatur yang paling menghina yang pernah dilukis oleh pelukis tersohor pakatan haram
Penghinaan kalimah Allah dan Muhamad
Mempersendakan rukun haji
Menghina majlis fatwa
Menghina Sultan Johor
P/S: Sepatutnya PAS salahkan diri sendiri Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak