TAK CUKUP LAGI KER ARTIS NAK MASUK DALAM PAS SAMPAI TERPAKSA MAIN PETIK JE NAMA
Kerana terlalu
ghairah ingin menarik sokongan orang muda dengan menggunakan artis,
Salahuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian diselar kerana menyebarkan
fitnah kononnya Ning Baizura bakal menyertai PAS.
Foto Ning Baizura
memakai tudung juga disebarkan bagi menguatkan khabar angin itu. Ning
Baizura secara tegas menafikan berita tersebut dan melarang sesiapapun
mengeksploitasikan dirinya untuk kepentingan politik mereka.
Selebriti
menyertai parti politik bagaikan sebuah isu semakin hangat diperkatakan
hari ini. Bermula dari pengakuan terbuka oleh Abby Abadi dan Hairie
Othman, ramai lagi artis yang didakwa akan menyertai PAS sepertimana
didakwa oleh barisan kepimpinannya.
Namun penyanyi popular Ning
Baizura menyelar secara terbuka di laman sosial Twitter 'fitnah' yang
dilemparkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengaitkan
dirinya dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam tersebut.
P/S: Suka-suka hati je main petik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan