KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS berang dengan penerbitan komik karikatur
yang mempersendakan dan menghina pemimpin Pakatan Rakyat dan gabungan
BERSIH 2.0.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Malaysia mahu
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau perkara tersebut dengan kadar
segera serta bertindak terhadap penerbitnya.
Naskhah karikatur
yang dianggarkan setebal 50 muka surat itu antara lainnya menggambarkan
pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga memegang pedang manakala
presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu serta
ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan dengan berpakaian
seperti lanun.
Karikatur tersebut disertakan dengan tulisan: "Pirates of Kuala Lumpur,
perompak warna diraja" yang mengkritik BERSIH yang menggunakan warna
kuning.
"Kami mengutuk tindakan tidak bertamadun ini," kata Nasruddin yang
menyifatkan penerbitan berkenaan sebagai satu perbuatan fitnah.
"Jika anda tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat, kita boleh berdebat
atau mengadakan dialog, tidak perlu karikatur menghina seperti ini,"
katanya lagi dalam satu sidang media, semalam.
"Saya percaya, jika inilah sikapnya (membuat fitnah), rakyat akan
semakin meluat," katanya. Antarapos
Sepatutnya PAS patut cermin diri sendiri dulu jangan nak cepat melatah. Apa yang patut PAS buat ialah menasihat kononnya rakan dalam pakatan sebelum menuding jari ke arah pihak lain.
Antara karikatur yang paling menghina yang pernah dilukis oleh pelukis tersohor pakatan haram
Penghinaan kalimah Allah dan Muhamad
Mempersendakan rukun haji
Menghina majlis fatwa
Menghina Sultan Johor
P/S: Sepatutnya PAS salahkan diri sendiri Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak
ASSALAM, NI NAMA NYA NAK AJAR ANAK KETAM BERJALAN
BalasPadamApa yg PAS buat tu betul... Mereka kan dh confirm masuk syurga (di claim oleh PAS sendiri). So, mereka nk bt apa pon x kisah arr. Tetapi sesapa yg x sokong PAS tu x leh la bt dosa2 nih. Nnti tuan guru Nik Aziz x dpt nk back up dr kna masuk neraka.....betol x?
BalasPadam