Muka depan dia dah best dah
RM 8.5 Juta untuk cat semula pangsapuri seluruh Selangor
Baca punya baca macam mana lah pelaksanaan skim yang dipanggil ceria ni.Betul kaa Kerajaan Selangor nak cat semua pangsapuri kat seluruh Selangor ni. Bagus MB Khalid ni ini baru kebajikan
Gua pun cari lah apa benda skim Ceria ni... Sekali apa yang gua jumpa bukan la berita yang agak gembira
SKIM CERIA (Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Bagi Pangsapuri)
KONSEP
Kaedah
‘perkongsian kos’ antara Kerajaan Negeri Selangor dan pemilik berdaftar /
pembeli bangunan strata seperti berikut:
a) Rumah Pangsa Kos Rendah
Pembahagian kos :
- Kerajaan
Negeri : 80%
- JMB /
MC / Persatuan Penduduk : 20%
b) Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah
& Rumah Pangsa Kos Sederhana
Pembahagian kos akan diberitahu kemudian.
Pembahagian kos :
- Kerajaan Negeri : 60%
-
JMB / MC / Persatuan Penduduk : 40%
KELAYAKAN
a) Pangsapuri
yang mempunyai kerosakan harta bersama yang kritikal.
Skop Kerja
pembaikan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
i)
membaiki bumbung
ii) pembentungan
iii) membaiki lif
iv)
mengecat bangunan bagi bangunan yang telah luntur cat (kritikal sahaja)
v) membaiki/membina rumah sampah
vi) sistem pencegahan
kebakaran.
b) Untuk setiap pangsapuri hanya satu (1) jenis harta bersama
sahaja yang dibenarkan untuk dibaikpulih.
(c) Pangsapuri
mesti mempunyai JMB/MC/Persatuan Penduduk.
(d) Kedudukan
kewangan yang memuaskan.
Gua sendiri duduk kat pangsapuri kos rendah kalau penduduk kena bayar 40% dari kos keseluruhan ini bukan kebajikan untuk rakyat tapi kebajikan untuk kerajaan negeri.
Contoh kalau kos pembaikan dianggarkan sebanyak 150 ribu
40% dari 150 ribu ialah 60 ribu dan dibahagikan kepada 96 biji rumah = RM 625
Sebuah rumah perlu membayar RM 625 itu baru kalau kos 150 ribu kalau lebih dari itu lagi banyak penduduk kena bayar.
Kalau ada yang berkata ala baru 600 ringgit ...
Gua sendiri pernah kerja dengan syarikat pengurusan pangsapuri owner rumah nak bayar 50 ringgit duit penyelengaraan pun payah. Apa tah lagi nak bayar satu amaun yang tinggi untuk baik pulih pangsapuri.
Bagi yang menyewa pulak mereka takkan rasa berbaloi untuk bayar sebab itu bukan rumah mereka cukup masa boleh angkat kaki.
P/S: Kebajikan untuk negeri Selangor rakyat kongsi bayar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan