Jumaat, 18 Mac 2011

Pandai tulis sendiri jawab...

Semalam terdapat berita yg mengatakan bloggers tegar Pro Pembangkang ditangkap pihak polis atas tuduhan artikel yang memfitnah Sultan. Blogger tersebut telah ditahan dirumahnya pada pukul 12 malam tadi.

Di sini saya ingin menerangkan setiap artikel atau berita yang disampaikan adalah atas tanggungjawab sendiri.Mungkin ramai pihak-pihak terutama pihak pembangkang beranggapan tindakan ini tidak adil kerana menghalang kebebasan bersuara.

Kebebasan suara ada hadnya tersendiri.Adakah memfitnah tanpa bukti itu boleh dikategorikan sebagai kebebasan bersuara?Adakah mengaibkan seseorang tanpa bukti yang kukuh boleh dikatakan kebebasan bersuara.Tidak salah untuk mengkritik seseorang jika terdapat bukti yang menunjukkan salah laku orang tersebut.Kita hidup dalam sebuah negara demokrasi dan kita sebagai pengundi juga ada hak untuk bersuara iaitu dengan menunaikan tanggungjawab sebagai pegundi...

Sekarang terpulang kepada anda untuk menentukan definasi sebenar kebebasan bersuara.

Pejuang Bangsa 57.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan