Sabtu, 19 Mac 2011
Dun Sarawak Dibubarkan
Ura-ura mengatakan DUN bagi negeri Sarawak akan dibubarkan pada 21 Mac ini.Semua jentera parti masing-masing mula giat menjalankan aktiviti meraih undi dari setiap pelusok negeri Sarawak.
Tidak itu sahaja bloggers dari kedua-dua belah pihak telah mula memainkan isu-isu panas terhadap pemimpin lawan masing-masing.Tetapi apa yang penting BN yang terajui oleh Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak akan mempertahankan DUN ini dari perosak-perosak negara yang banyak membuat onar di Semenanjung.
Saya percaya rakyat Sarawak tidak akan termakan dengan janji-janji kosong pihak pembangkang yang hanya manis dimulut tetapi kosong didalamnya.Oleh itu, saya percaya rakyat Sarawak khusus tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan negeri tercinta mereka ini kepada pihak yang hanya pandai menabur janji.Cukuplah dengan apa yang dialami oleh negeri-negeri di semenanjung.
Oleh itu saya ucapkan selamat maju jaya kepada BN Sarawak dan rakyat Sarawak. Moga negeri Sarawak lebih makmur dan sentosa..
Buat Rakyat Sarawak.. Agi Idup Agi Ngelaban...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan