
Jabatan Penjara hari ini menafikan bahawa imam Hoslan Husin - yang  dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah panel hakim - berjaya  mengislamkan dua banduan lain seperti didakwa isterinya semalam.
Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim  berkata, salah seorang yang dilapor diislamkan sudah memeluk agama itu  pada 2009.
"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama  Islam yang mana akan diuruskan oleh jabatan agama Islam dalam masa  terdekat," katanya.
Jabatan itu juga menegaskan hanya pegawai atau pembantu pegawai agama  yang dibenarkan menjadi imam di surau dan menganjurkan program keagamaan  dan bukannya banduan.
"Kemungkinan penama di atas (Hoslan) hanya menjadi imam di sel di mana  dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan  sembahyang pada malam hari," kata Supri.
"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka  pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan  sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan  bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka."
P/S: Pasal pengislaman orang pun nak menipu apa nak jadi puak-puak ni
Jumaat, 30 Mac 2012
Panas !!! Imam baling kasut tipu Islam kan banduan
12:25 PG
  
  1 comment
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kalaulah benarpun bagus juga.sebab semasa dia jadi pegawai masjid tak ada pun islamkan sesiapa tiba tiba bila masuk penjara dah berjaya islamkan orang lain..Maka eloklah dicadangkan kepada pihak mahkamah agar menambah lagi jangka masa hukuman penjara kepada 20 tahun..dapatlah lebih ramai orang kafir dalam penjara yang masuk islam...
BalasPadam