Selasa, 13 September 2011

Komunis dan sejarahnya di Malaysia


Ketika Perang Dunia ke 2, ideologi komunis mula tersebar ke serata dunia termasuk negara kita Malaysia. Ideologi ini berkembang dengan alasan melawan penjajah bagi menarik lebih ramai rakyat supaya menyokong komunis.

Gerakan komunis bermula ketika Imperial Jepun menjajah Malaya. Satu gerakan bawah tanah yang digelar Malaya People Anti Japanese Army telah ditubuhkan dengan majoritinya terdiri dari kaum cina.Gerakan ini telah mendapat bantuan senjata dan kelengkapan dari Force 136.


Apa itu Force 136?

Force 136 adalah satu nama samaran bagi sebuah pertubuhan Eksekutif Operasi Khas (SOE), Britain semasa Perang Dunia II. Pertubuhan ini diwujudkan bagi menggalakan dan membekal pergerakkan penentangan di wilayah dalam kawalan musuh, dan sering kali melaksanakan operasi-operasi sabotaj. Force 136 beroperasi di wilayah-wilayah Perbatasan Asia Tenggara dalam Perang Dunia II yang mana diduduki oleh tentera Jepun sejak tahun 1941 sehingga 1945.


Apa itu MPAJA?

Malayan People's Anti-Japanese Army (terjemahan: Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu) atau singkatannya MPAJA ialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. Ramai orang keturunan Cina menganggotai pertubuhan ini kerana mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada masa itu. Waktu ini adalah jangkamasa yang bermula dari tarikh tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945 sehinggalah tarikh kepulangan tentera British kembali ke Tanah Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Pentadbiran British.


Kerjasama Komunis dan British

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. PKM telah membentuk MPAJA.


Mengapa British membantu Komunis?

Ini adalah persoalan yang menarik. Segalanya bermula ketika Perang Dunia ke 2. Ketika zaman peperangan itu terdapat dua kumpulan yang berperang iaitu Berikat dan Axis.

Kuasa Utama dalam Berikat
1. Amerika Syarikat
2. United Kingdom
3. Soviet Union

Kuasa Utama dalam Axis
1. Nazi Germany
2. Japanese Empire
3. Kingdom of Italy


Disebabkan oleh perjanjian yang termeterai didalam berikat secara tidak langsung British terpaksa membantu PKM membentuk MPAJA untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. Selain itu unsur dendam juga terbabit dalam pembentukan MPAJA berikutan serangan Jepun keatas wilayah China.

Selepas berundurnya Jepun dari Tanah Melayu, PKM telah keluar kononnya meraikan kemenangan mereka dan telah membuat kaca kononnya untuk mencari tali barut Jepun.

Kekejaman Komunis

Sewaktu pemerintahan Jepun, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagi Jookidam, di Tanah Melayu. Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Tentera Jepun memang anti kaum China. Dalam masa empat belas hari itu berleluasalah anggota Bintang Tiga dengan memasukki kampung-kampung untuk mencari bekas ahli-ahli Jookidam, yang kebanyakannya orang Melayu.

Kebencian Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang dikenali sebagai panggil “Penyembelihan Nanjing”. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun. Dan kebanyakan mangsanya adalah pengawal-pengawal kampung dalam bentuk Jookidam itu.

Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa bekas-bekas anggota Jookidam, ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Ada juga yang ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut.Ada pula yang digantung selepas perbicaraan singkat tanpa pembelaan. Malah tiada siapa yang berani membela kerana takut disyaki sebagai pembelot juga.Pembunuhan-pembunuhan ini menimbulkan reaksi tindak balas dari orang-orang Melayu seperti oleh Panglima Salleh Selempang Merah yang mendapat sokongan padu orang-orang kampung yang bersenjatakan senjata tradisi parang dan tombak, sehingga mampu mengancam pihak Komunis yang lengkap bersenjata api.

Selain itu, jika dilihat pada dunia ketika zaman ini Berikat sudah mual berpecah dengan Soviet Union(Komunis) mula bertindak melancarkan Perang Dingin terhadap Amerika Syarikat iaitu sekutu kuat United Kingdom. Ini secara tidak langsung mendorong British untuk menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu dengan merekrut kaum anak watan Tanah Melayu menjadi polis dan juga pasukan homeguard untuk menjaga kampung. Selain itu ketumbukkan Askar Melayu juga ditambah untuk mengekang serangan komunis.

Jika ada pihak cuba melabelkan negara sebagai talibarut British jangan lupa komunis juga ada menerima bantuan dari British.

P/S: Lain kali selidik lah sejarah dulu.

0 ulasan:

Catat Ulasan