Selasa, 22 September 2015

LUAHAN HATI SEORANG RAKYAT MARHAEN YANG MENYEWA #najibrazak


Assalamuaikum Dato Seri,

Pertama sekali sebelum saya membuka kata izinkan saya memohon maaf jika apa yang saya nyatakan menyinggung perasaan Dato Seri.

Saya merupakan seorang rakyat biasa yang hidup makan gaji setiap bulan. Saya tak pernah merungut walaupun ramai orang bising mengenai langkah Dato Seri memperkenalkan GST kepada umum. Saya faham semua ini adalah untuk pembangunan dan masa depan negara.

Dato Seri,

Saya bersyukur kerana hidup di Malaysia kerana walaupun gaji saya boleh dikategori sebagai miskin bandar tapi saya masih lagi bebas kesana sini, beriadah dan pelbagai lagi.

Dato Seri,

Ketika Dato Seri menaikkan gaji dan bonus kakitangan awam pernah tak Dato Seri berfikir tentang rakyat marhaen yang rata-ratanya berkerja di sektor swasta iaitu 70 peratus orang yang mengundi Dato Seri?
Kami amat berterima kasih atas dasar Dato Seri memperkenalkan BRIM walaupun dengan jumlah tersebut hanya mampu menanggung kami untuk sebulan sahaja

Asas kehidupan dalam sebuah negara ialah kediaman. Dato Seri telah memperkenal PRIMA untuk membolehkan rakyat mendapat sebuah kediaman.

Tetapi hakikatnya,
Hampir 4 tahun permohonan PRIMA tiada jawapan dan kami yang bergaji miskin bandar ini terpaksa menyewa rumah rata-ratanya RM750 untuk 650sft. Itu belum mahu beli rumah tersebut.Jika ingin membeli rumah tersebut kerana harga yang ditawarkan adalah antar 180k sehingga 220k. Deposit yang diperlukan 15 peratus dari harga rumah anggaran kasar 45k untuk permulaan membeli rumah.
Ke mana menghilangkan skim rumah pertamaku dan lain-lain lagi.

Sedangkan untuk simpanan pun tidak cukup inikan pula untuk membeli rumah. Apakah langkah-langkah kerajaan dalam mengawal kenaikan harga kediaman?

Adakah Dato Seri pernah melihat statistik gologan muda hari ini bakal menyewa rumah sehingga mati.

Diharap Dato Seri dapat memberika initiatif untuk golongan seperti kami ini. Kami sudah tidak membayar sewa rumah dan akhirnya rumah tersebut bukan milik kami.

Sekian

Rakyat Marhaen yang menyewa