Sebuah pesawat besar dan memiki berat bejuta paun mampu hilang diudara tanpa mampu dikesan oleh pelbagai radar. Dan juga bagaimana pesawat tersebut sepatutnya dalam perjalanan ke dari Kuala Lumpur ke Beijing arah ke utara boleh berpataha balik dan data terakhir yang diterima ialah di Lautan Hindi.
Itu adalah persoalan yang bermain difikiran rakyat khususnya ahli keluarga penumpang pesawat tersebut.
TEORI DAN KONSPIRASI YANG TERCIPTA DARI INSIDEN INI
PS: Teori ini penulis ambil secara rawak dari blog dan juga tulisan orang persendirian yang mempunyai andaian tersendiri.
1. Pesawat MH370 dirampas pengganas ketika dalam penerbangan ke Beijing
2. Kapten Zaharie melakukan rampasan kerana Anwar Ibrahim dihukum penjara
3. Wujud kerosakkan dan pesawat cuba berpatah balik
4. Pesawat dikawal secara jauh oleh seseorang
5. Pesawat dirampas oleh orang mongolia dan mendarat di mongolia
6. Pesawat Dirampas dan mendarat di negara blok bekas jajahan Kesatuan Soviet
7. Pesawat mnegubah hala tujuan dan mendarat di pengkalan udara US di Diego Garcia
Dan pelbagi lagi teori dan konspirasi yang tercipta dan ada juga yang tidak masuk oleh akal
MEDIA BARAT
Media barat dilihat sengaja mengapi-apikan sesuatu perkara tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya umat Islam.
MEDIA ELECTRONIK
Media elektronik merupakan rangkaian penyebaran maklumat paling pantas tetapi ada sesetengah menggunakannya untuk mengkritik tanpa menyumbangkan sebrang usaha
P/S: Kepada semua rakyat Malaysia teruskan berdoa untuk MH370. Dan kepada keluarga penumpang MH370 teruskan berdoa Allah Maha Berkuasa jika ini ketentuanNya pasti ada hikmahnya.