KUALA LUMPUR –
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong pada Selasa
mendedahkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima dana
dari negara asing dan individu di seluruh negara.
Beliau berkata
Suaram, NGO hak asasi manusia, kini dibiayai beberapa negara seperti
Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di
Malaysiaselain sumbangan daripada individu.
Bagaimanapun, Kua
yang mempertahankan mengenai isu pembiayaan itu merahsiakan jumlah yang
diterima Suaram sehingga hari ini serta penyumbang dana dan penaja
utama.
“Adakah saya perlu memberitahu anda dari mana dana itu
datang? Kenapa semua orang ingin tahu dari mana dana kami?,” soal Kua
pada majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2011, di sini.
Beliau
turut mempersoalkan wartawan tempatan akhbar harian Melayu sama
adamereka mengetahui sumber pembiayaan akhbar mereka.
Kua turut
menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Suaram agar
membuat laporan polis.
Pada Julai, Suaram selaku peranannya
sebagai sebuah NGO bebas telah dipersoalkan berikutan menerima
peruntukan tahunan secara konsisten dari ‘National Endowment for
Democracy’ (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006.
Menurut
portal AIDC, seperti dinyatakan dalam laporan tahunan NED, Suaram
menerima sejumlah US$385,000 (RM1,218,328.65) bagi tahun 2006, 2007,
2008 dan 2009.
Selain Suaram, NGO Malaysia yang turut dibiayai
seperti disenaraikan NED termasuk International Republican Institute,
National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian
Press Alliance, Centre for IndependentJournalism, Open Dialogue Centre,
Mkini Dot Com dan beberapa yang lain.
Sebelum ini, dilaporkan
secara meluas bahawa Suaram tidak pernah didaftarkansebagai NGO dengan
Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagaisebuah syarikat
atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta.
Sejak
itu, Suaram membisu mengenai dakwaan status pertubuhan serta sumber
dana pembiayaannya. – BERNAMA
P/S: Kalau macam tu tak payah guna nama suara rakyat Malaysia buat malu nama Malaysia rakyat Malaysia je
Tiada ulasan:
Catat Ulasan