SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh
keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah ...yang mengancam keselamatan negara, sering
menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas dan berjuang demi hak
asasi manusia dan keadilan. Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas
Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA
yang bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.
Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis
maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara
sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang
kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.
Bagi rakyat
Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu dari berbagai-bagai bentuk
penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR dan DAP dalam usaha
mereka untuk menjatuhkan kerajaan. SUARAM sama sekali tidak bebas,
tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa.
SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang
bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan
sahaja hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar
dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu.
Warna sebenar
SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia
menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah
Perancis.
Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di
mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam
negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat
Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia. Aduan ini diperbesarkan dengan
pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan
Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli
scorpene. Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari
rasuah terbabit. Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya
PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.
Semua
‘butir-butir’ kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang
akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini, maklumat
mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau ‘air-liur’ SUARAM dan
para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.
Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin
pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman,
dan kemudiannya disebarkan sebagai ‘makanan minda’ kepada rakyat
Malaysia.
Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah
dalam kes ini. Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah
secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.
Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses
mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis.
Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke
sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.
Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk
difahami. Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang
adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir
menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka
akhir-akhir ini.
Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak
sukar untuk dikemukakan. Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting
NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga
orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia. Antaranya:
1. Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga ‘key-person’
dalam pembohongan isu scorpene. Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah
Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.
2.
Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP
3.
Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling
4.
Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.
5.
Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.
6.
Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.
7.
S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia
8.
Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia
9.
Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR
di Selangor
10. Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini
dan rakan karib Tian Chua. Kedua-dua mereka adalah ahli Network of
Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.
Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam
pembunuhan Altantuya. SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah
berlaku dalam pembelian scorpene.
Tetapi, kita ada bukti
bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana
SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk
memburukkan dan menjatuhkan kerajaan. Justeru, tidak hairanlah SUARAM
tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka
cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai
matlamat mereka.
P/S: Suara Haram aka Suara Sumbang pakatan atas landasan hak asasi manusia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan