Rabu, 20 Jun 2012
Wajib Baca !!! Lebuhraya prepaid sudah ada duta?
SHAH ALAM - Persatuan Anak Kelantan Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) sedia menjadi ‘duta kecil’ negeri itu dalam membantu Kerajaan Kelantan memastikan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, berjalan lancar.
Presidennya, Ali Hanafiah Mohamed berkata, pihaknya mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Kelantan itu sebagai usaha murni demi kesejahteraan rakyat, melebihi kepentingan lain.
Menurutnya, kemudahan jaringan jalan raya sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.8 bilion itu boleh menjadi tarikan pelabur ke Kelantan.
“Selama ini, kesesakan jalan raya menjadi isu sering kali ditimbulkan pelancong yang melawat Kelantan, malah anak Kelantan yang ingin pulang ke kampung turut merungut dengan keadaan itu.
“Pembinaan lebuh raya ini sudah tentu menggembirakan kami dan semoga kemudahan yang bakal terbina ini akan menjadi tumpuan pelabur dan pelancong kelak,” katanya.
Ali Hanafiah berkata, idea untuk mengusahakan pembinaan secara wakaf dan kerjasama antara Kerajaan Kelantan serta rakyat amat meruntun jiwa anak Kelantan dan pihaknya yakin konsep amal jariah itu mendapat sokongan ramai.
“Ini membuktikan kebijaksanaan dan kehebatan sebuah kerajaan yang diuruskan dengan berpaksikan Islam.SH
P/S: Anak Kelantan duk KL dengan Selangor pun kena derma buat highway walaupun ada yang balik setahun sekali (raya)
KERAJAAN HEBAT KEPALA TAIK, SETAKAT LABUN JERK BOLEH UNTUK DAPAT UNDI PRU13, DULU JANJI JAMBATAN MANA?????
BalasPadam