Jumaat, 1 Jun 2012

Wajib Baca !!! Come on Azmin jadi anak jantan kalau berani saman RPK.


Raja Petra Kamaruddin sekali lagi mengoncangan barisan kepimpinan tertinggi PKR apabila membuat pendedahan mengenai skandal rasuah 17 tahun lalu.

30 Mei 2012 - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali menafikan dakwaan beliau dikaitkan terlibat dalam satu siasatan kes rasuah jutaan ringgit seperti yang didakwa oleh pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui laman portalnya, semalam.

Azmin menafikan dakwaan terlibat dalam isu rasuah jutaan itu turut menegaskan agar tidak memperdulikan segala fitnah yang dibuat oleh RPK melalui laman twitternya.

"RPK cuba bunuh kredibiliti Dato' Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR.

"Persetankan mereka. Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah. Saya manusia kerdil. Pohon kekuatan daripada Allah SWT. Dosa saya kerana melawan UMNO," katanya yang membalas reaksi seorang pengikutnya di laman twitternya itu.

Semalam, RPK mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Dokumen itu mengandungi kesalahan-kesalahan rasuah Azmin yang telah diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” di bawah arahan Anwar.

Anwar didakwa mengarahkan kroninya, Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya supaya menghentikan siasatan tersebut.

Salah satu dokumen itu menunjukkan Azmin menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM15, 000 daripada Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Dokumen lain pula menunjukkan Azmin memiliki saham, rumah dan kereta yang bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai. Cek tersebut dikatakan telah mengalir melalui Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin.

Untuk rekod, dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen berkenaan, BPR mempunyai bukti jelas Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah berjumlah kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.

Azmin dalam pada itu turut menyifatkan pendedahan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah membabitkannya dihentikan pada 1995 adalah tidak berasas.

"Tidak berasas, 17 tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya bekas Ketua Pengarah BPR (Badan Pencegah Rasuah)," katanya menerusi akaun twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap teman twitternya mengenai kes rasuah yang didedahkan Raja Petra Kamaruddin yang berlaku pada tahun 1995 sewaktu beliau menjadi Setiausaha Sulit Anwar. KL Pos

Jika benar Azmin Ali terasa dirinya difitnah oleh RPK jangan malu dan segan untuk buat press conference bagi menerangkan perkara sebenarnya dan disusuli dengan bukti (bukan cakap kosong).

Mengambil dari kisah Nabi Yusuf bagaimana Zulaikha memfitnah Nabi Yusuf dengan mengatakan baginda cuba menodainya tetapi tetapi pada hakikatnya Zulaikha menarik koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang hendak ke pintu.Tanpa sempat Yusuf membuka mulut, Zulaikha memfitnah baginda di hadapan suaminya.

Walau bagaimanapun, baginda terselamat dengan bukti yang berada di hadapan mereka iaitu baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan. Akhirnya, Futhifar menyebelahi Yusuf dan berita itu sampai ke masyarakat umum.

P/S: Jika terus berdiam diri dan menidakkan tanpa sebarang bukti apakah tanggapan masyarakat kepada Azmin Ali? Fikir-fikirkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan