Ahad, 10 Jun 2012

Wajib Baca !!! Baru gertak sikit Khalid gagap dah mengelabah berintegriti konon.


Gua rasa nak tergelak pun ada apabila Khalid gagap pada malam ceramah Merdekakan Rakyat di Stadium Kajang, semalam mengatakan perbuatan kerajaan Pusat membekukan kemudian menarik balik pembekuan disifatkan tidak berintegriti..

KAJANG - Kerajaan Pusat didesak mohon maaf berhubung tindakan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa baru Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung isu itu disifatkan sebagai 'main-main' apabila PTPTN diberikan semula.

Abdul Khalid berkata, wang PTPTN adalah dana awam yang tidak boleh disalahgunakan dan perlu dibezakan dengan wang sendiri.

“Soal PTPTN ini bukan main-main.

Bukan jumlah RM1, tapi beribu juta ringgit,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah Merdekakan Rakyat di Stadium Kajang, semalam.

Kelmarin, Mohamed Khaled berkata, pembekuan sementara PTPTN sekadar untuk menilai sama ada betul atau tidak Pakatan Rakyat (PR) mahu melaksanakan pendidikan percuma.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya mahu PR kotakan janji memberikan pendidikan percuma di IPT yang ditadbir mereka, tetapi ternyata apa yang dilaungkan sekadar janji kosong.

Abdul Khalid dalam pada itu berkata, tindakan kerajaan dalam isu PTPTN ini adalah untuk mencabar Kerajaan Negeri.

Namun katanya, selepas diumumkan pembekuan penyaluran pinjaman ditarik balik PTPTN, ini membuktikan Kerajaan Pusat kalah dalam isu ini.

Menurutnya, seharusnya wang rakyat termasuklah PTPTN diuruskan secara adil dan mengikut keperluan tanpa emosi serta berat sebelah.

“Kenyataan dibuat Menteri Pengajian Tinggi menunjukkan cara urus tadbir wang awam seperti mainan selepas dibekukan seterusnya buat kenyataan untuk tarik balik seolah-olah seperti main bola.

“Perbuatan ini tidak berintegriti dan kita sedar ini hanya permainan menteri dan Kerajaan Pusat cuba hendak menganiayai Kerajaan Negeri. Kita anggap ini sebagai cabaran,” katanya.SH
 Nak kata kerajaan Pusat tiada Integriti? Sapa yang mula-mula canang nak mansuhkan PTPTN wahai Khalid Gagap? Pembekuan itu cuma simbolik jika PTPTN dimansuhkan. Kenapa kerajaan Pakatan haram Selangor tak ambil peluang ketika pembekuan dijalankan sehinggakan pegawai dari Unisel terpaksa berjumpa dengan Ketua Eksekutif PTPTN demi menyelamatkan Unisel.

Integriti apanya Khalid cuba tengok ni adalah ini sifat integriti dalam pakatan haram?








 Jika pendidikan percuma yang dilaungkan Pakatan Haram berjaya dilaksanakan yuran satu semester ditanggung oleh kerajaan Pakatan tetapi..


P/S: Hari ni cakap lain besok cakap lain itu lah pakatana haram bila dah terkena batang hidung sendiri baru mengelabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan