Selasa, 15 Mei 2012

Wajib Baca !!! Kebebasan bersuara cara Pakatan Haram

Ketika PB membaca berita tentang Tunku Abdul Aziz yang tidak disambung jawatan Senator kerana mengkritik demo Bersih teringat tentang kisah lama bagaimana orang yang tidak sebulu dengan pemerintahan tertinggi pakatan haram pasti akan kecundang ataupun dipecat

Jika masih segar dalam ingatan kita, bagaimana Dr Hassan Ali ketika menjadi exco dalam kerajaan Negeri Selangor dipecat kerana tidak sehaluan dengan pemerintahan rejim Khalid Gagap.

Adakah begini cara hak asasi dan bersuara pakatan haram?

Berbalik kepada kisah Tunku Abdul Aziz, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP pada 2008 dan dilantik menjadi Senator Pulau Pinang Pada 2009

Ketika Bersih 3.0 diadakan Tunku Abdul Aziz mengkritik demo bersih bakal mengcetuskan keganasan walaupun bermula secara aman. Tindakan ini dilihat secara tidak langsung bertentang dengan  prinsip DAP yang menyokong Demo tersebut.

Tindakan dari kenyataan itu jawatan senator Pulau Pinang yang dipegang Tunku Abdul Aziz tidak disambung. Dan hasil dari pergolakkan tersebut Tunku Abdul Aziz keluar dari DAP pada 14 Mei 2012

Persoalannya bukan Dr Hassan Ali atau Tunku Abdul Aziz atau sesiapun tetapi yang menjadi persoalan adakah gabungan parti yang mengelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat walaupun majoriti rakyat menyokong Barisan Nasional dan gemar melaung-laungkan hak asasi manusia dan hak bersuara mampu merealisasikan apa yang dilaungkan?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan

P/S: Jika mereka memerintah adakah suara kita sebagai rakyat akan didengari?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan