Ahad, 15 April 2012
Wajib Baca !!! Tahukah Mahasewel sekalian PTPTN anda akan jadi FREE jika pointer anda FIRST CLASS !!!
Sekali lagi mahasiswa cuba di persewelkan oleh kumpulan Mahasewel yang berdemo bagi memansuhkan PTPTN sekaligus gerakan ini akan turut menghapuskan hutang pengajian mereka yang diberikan oleh PTPTN.
Sebenarnya demo memansuhkan PTPTN tidak lebih dan tidak kurang hanya retorik politik semata-mata. Tujuan sebenar ialah bagi menarik golongan pelajar dan bekas pelajar yang mempunyai baki pinjaman dengan PTPTN supaya menyokong pakatan haram dalam PRU 13.
Tetapi tahukah anda..
Peratusan bangsa Melayu yang mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN amat kecil jika hendak dibandingkan dengan kaum minoriti yang lain.
Sebab apa?
Sebabnya adanya mahasewel-mahasewel bodoh yang tak tahu menghargai apa itu ilmu dan hanya pandai berdemo. Gua rasa baik lu berhenti kerja sebagai pendemo tetap dapat upah nasi bungkus dengan air mineral.
Kalau mahasewel-mahasewel ini tergolongan dalam 2347 pelajar yang dikecualikan pembayaran balik pinjamannya kerana keputusan yang cemerlang mereka adakah perlu mereka hendak berdemo sebegini?
Gua nak kongsi sikit pengalaman gua dengan PTPTN. Gua sendiri ada berhutang dengan PTPTN sebanyak 15 ribu bagi menanggung yuran pengajian. Setelah tamat belajar gua dapat kerja dan berseronok dengan gaji gua tu hampir setahun la jugak sebelum dapat surat bayaran kembali pinjaman PTPTN.
Jumlah yang perlu dibayar setiap bulan ialah RM150 dan gua rasa terlampau banyak walaupun takde la banyak pun. Gua call PTPTN cakap tak mampu nak bayar RM 150 setiap bulan. Orang PTPTN tu rilek je cakap ok Encik buat surat dan sila nyatakan sebab Encik tak mampu nak bayar dan jumlah yang mampu Encik bayar dan sila lampirkan slip gaji. Gua tulis nak bayar RM 50 je sebab nak bayar kereta.
Kemudian permohonan gua nak bayar RM 50 pun diluluskan kan dan gua terus bayar sampai la dah tinggal baki dalam 8 ribu.
Sebenar dalam hati gua menyesal tak dapat pointer tinggi-tinggi dulu kalau tak dapat pengecualian tapi apa nak buat dah gua malas bayar je la.
Sebab tu bila gua tengak budak-budak berdemo pasal PTPTN kenapa masa nak masuk Universiti dulu tak pakai duit sendiri je?
Sebelum pinjaman diberikan mesti ada sign agreement dengan PTPTN dengan terma dan syarat yang ditetapkan kenapa mahasewel ni sign jugak?
P/S: Kepada mahasewel baik lu orang tak payah belajar jadi ahli politik sepenuh masa tak pun pendemo sepenuh masa.
permainan politik di malaysia sekarang semakin melampau dan tidak masuk akal.....
BalasPadamTumpang tanya yg pointer 1st class ni tiap sem ke cgpa total semua sem ea?
BalasPadamKiranya free semua ke kalau kita grad first class?
Atau kalau sem tu dekan so pinjaman sem tu je yg free?