Jumaat, 20 April 2012
Wajib Baca !!! Alangkah bertuahnya hidup di Malaysia ini
Alangkah bertuahnya kita dalam hidup dan tinggal di Malaysia. Jika hendak di ikutkan negara-negara lain kita adalah yang terbaik diantara negara yang ada di dunia ini
Atas sebab apa saya kata begini?
Sejak kita mula-mula lahir ke dunia lagi kita telah menerima pelbagai bantuan dari kerajaan. Hanya dengan dengan kos yang murah ibu kita dapat melahirkan kita dengan selesa dan selamat
Kemudian kita semakin membesar dan sudah mula makan dan minum. Jika tidak kita akan menangis kerana lapar dan dahaga. Gaji ibu bapa yang kecil kadang kala terputus bekalan makanan untuk kita kerana harga barangan yang meningkat. Atas inisiatif kerajaan wujud kedai yang memberikan harga yang jauh lebih murah
Kemudian kita semakin membesar dan ingin memulakan alam persekolahan. Semua kelengkapan perlu baru. Baju baru, kasut baru, beg baru dan bermacam lagi. Apabila di kirakan bajet nampak seperti anda terpaksa melupakan hasrat tersebut. Tiba-tiba kerajaan mengumumkan bantuan RM 100 bagi pelajar sekolah membeli keperluan sekolah.
Kemudian kita masuk Universiti. Alamak banyaknya buku nak kena beli buku itu buku ini. Minta mak dan ayah serba salah kalau tak beli tertinggal pulak subjek matapelajaran tu. Ketika putus harapan untuk membeli buku-buku yang banyak ini kerajaan umumkan pula bantuan Baucar Buku 1 Malaysia yang bernilai 200 ringgit.
Zaman sekolah dulu boleh kata kita ni malas sedikit jadi bila keluar keputusan SPM. Keputusan cukup-cukup makan tetapi tak dapat biasiswa (dalam hati menyesal main-mainzaman sekolah) tetapi dapat tawaran dari Universiti tempatan dan dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Bila dah masuk Universiti nekad nak belajar rajin-rajin tak mahu ulang kesilapan zaman persekolahan.
Tiba final exam buat betul dapat CGPA 4.0. Dengan secara tak langsung pinjaman PTPTN jadi biasiswa sebab keputusan cemerlang (dalam hati hooray dah tak payah fikir nak bayar dah bila dah kerja).
Bila kita dah tamat belajar sekarang masa untuk cari kerja. Puas dah bulat-bulat dalam surat khabar mana lah kerja yang sesuai dengan fresh gradute ni. Masa ni jugak kerajaan tolong dapatkan kerja
Kemudian kita ditawarkan pekerjaan dan bila mula bekerja gaji permulaan tak la besar mana. Baru ingat nak beli motor buat pergi kerja. Kemudia kerajaan umum kan duit bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Dapat buat duit muka beli motor. Senang sedikit nak pergi dan balik kerja.
Dari lahir sampai dah bekerja kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyat kerana slogan yang dibawa Perdana Menteri Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan merupakan Amanah yang dipikul bagi kesenangan dan kesejahteraan rakyat.
P/S:Kalau pakatan haram memerintah agak-agak boleh dapat macam ni tak bagi perintah negeri pun korup.
56 tahun memerintah,bru sekarng nk bg..oh,sblm2 ni gov xde duit kot..syukur gov bg sume ni..tp,selepas 56 tahun lg,bru la akan dpt lg weh mcm ni..yeayy!
BalasPadamSetiap Perdana Menteri ada cara dia tersendiri macam mana nak bagi hasil kepada rakyat jadi rujuk balik sejarah apa sumbangan Perdana Menteri terdahulu jangan jadi bodoh weiii
BalasPadam