Rabu, 7 Mac 2012

Panas !!! Khalid seleweng kontrak pengurusan sisa pepejal patut lah lembab nak kutip sampah


Sebelum PB ada buat rungutan tentang sampah yang tidak dikutip hingga berhari-hari sehingga menimbulkan kebusukkan terlampau (KLIK SINI).

Tak lama selepas itu ada pihak tampil membuat laporan polis berhubung penyelewengan kontrak kutipan sampah di Selangor


Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembahagian kontrak kutipan sampah di Selangor.

Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Cassa Datuk Dr Jacob George di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini.

Beliau berkata, Cassa juga akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan kerana pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada orang ramai dan kontraktor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak berkenaan.

Jacob mendakwa pembahagian zon kutipan antara kontraktor yang dipilih juga menimbulkan keraguan kerana terdapat sesetengah kontraktor diberikan tiga zon kutipan sampah sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini.

"Pelik apabila satu kontraktor mendapat tiga zon kutipan sedangkan setiap kontraktor sepatutnya mendapat satu atau dua zon saja untuk kerja-kerja kutipan sampah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Cassa juga akan mengadakan ceramah di seluruh daerah di Selangor untuk mendedahkan kepada rakyat tentang salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri jika tiada tindakan yang dibuat bagi menangani
isu ini.

Jurucakap polis IPD Shah Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

P/S: Memang lah lamabt nak berkutip sampah macam ni kalau la seorang kontraktor ada 2 biji lori tp nak pergi kutip dekat 6 buat tempaht memang dah sampai berulat sampah baru nak kutip.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan