Rabu, 29 Februari 2012

Wajib Baca !!! Surat Tun Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin


BERIKUT ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM


Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap
perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR MOHAMAD

- Bernama

Ulasan PB

Dalam surat Tun kepada Yitzhak Rabin jelas menunjukkan Tun lebih mementingkan keamanan kepada rantau Palestin berbandingan untuk mengadakan hubungan dengan Israel selepas termeterainya perjanjian Prinsip dan pengiktirafan antara Israel dan PLO.

Dalam surat itu juga Tun telah menyatakan dengan jelas jika Palestin bebas dari Israel Malaysia akan menjadi negara pertama menhulurkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat Palestin bagi membolehkan Palestin menjadi sebuah negara yang berdaulat

Tetapi...

Walaupun kedengaran seperti jika Malaysia bakal mengadakan hubungan biasa dengan Israel jika Palestin merdeka tetapi Tun Mahathir mungkin telah tahu sikap zionis yang sebenar yang tidak pernah menunaikan janji.

Surat ini ditulis pada 1993 dan sekarang sudah 2012. Sudah hampir 19 tahun dari surat ini ditulis namun penjanjian damai masih lagi samar malah sikap Israel yang angkuh dan kejam masih berleluasa di bumi Palestin.

Untuk melihat surat penuh Tun M KLIK SINI

P/S: Tun dilabel antara orang yang kuat mengkritik rejim zionis ini sehinggakan dilabel antisemitik

0 ulasan:

Catat Ulasan