Khamis, 23 Februari 2012

Wajib Baca !!! Permohonan Mat Sabu Ketepikan Kes Fitnah Ditolak Mahkamah


GEORGETOWN, 22 FEB : Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan kes fitnah mengenai isu komunis Bukit Kepong terhadapnya.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka di Bukit Kepong, dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah dalam membuat keputusan itu juga menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kes bicara itu sehingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Rayuan.

Hakim itu memerintahkan perbicaraan kes itu diteruskan di Mahkamah Sesyen, Butterworth. Mohamad Sabu, 57, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memohon mengetepikan pertuduhan itu pada Januari lepas.

Pada 21 September tahun lepas, Mohamad Sabu dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Butterworth dan meminta dibicarakan.

Pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan
merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad Sabu didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos tahun lepas di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Sementara itu, peguam yang mewakili Mat Sabu, Muhammed Hanipa Maidin ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim dan Yusaini Amer Abd Karim.

Sumber: Antara Pos

P/S: Dah sedap kutuk dan fitnah para pejuang bukit kepong lagi mahu suruh mahkamah tolak permohonan fitnah dia puihhhhh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan