Selasa, 7 Februari 2012

Panas !!! PAS Umum calon MB Johor



Selamba sahaja PAS umumkan calon MB mereka hari ini. Sudahlah begitu, yang terbaik boleh ditawarkan kepada orang Johor pula hanyalah Salahuddin Ayub, seorang pemimpin PAS yang tidak pernah ada telor untuk bertanding di negerinya sendiri sebelum ini. Alih-alih balik hendak jadi MB terus.

Kami pasti pengumuman mengejut PAS ini bukan sahaja membuatkan TUAN DAP mereka melenting, bahkan akan turut menyebabkan beberapa pemimpin PAS tempatan kecewa. Inilah wajah sebenar PAS, Mazlan Aliman yang mati kering buat DOSA, Salahuddin pula yang dapat jadi MB. Sebab itu, Hassan Ali kata PAS banyak parasit.

Lagi satu, takkanlah PAS hendak humban Chua Jui Meng ke Sungai Muar? Sudahlah PKR berhabis berjuta RM sebelum ini berkempen ke seluruh negeri menjaja nama pengkhianat seorang ini sebagai MB pertama bukan Melayu Johor. Toleransi kaumlah kononnya.

Dan akhir sekali, apa untungnya orang Johor kalau si Salahuddin ini diangkat sebagai MB? Kalau selama ini menang bertanding pun di kerusi-kerusi yang orang kata letak selipar jepun pun, PAS boleh menang. Sudahlah begitu, besar sangatkah jasa beliau sebagai wakil rakyat sehingga layak untuk dinobatkan sebagai calon MB?!!

Sumber: KLIK SINI

P/S: Semua nak jadi MB ni tak payah pakat la mcm ni hehehehe

2 ulasan:

  1. ya ALLAH JANGANLAH KAU BERIKAN JOHOR KU TERCINTA KE TANGAN TANGAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAP...SEKIRANYA PERUBAHAN AKAN MEMBAWA KEBAIKKAN ALHAMDULLILAH KU UCAPKAN JIKA TIDAK MOHON JAUHKANLAH YA ALLAH... AKU SAYANG JOHORKU....

    BalasPadam
  2. nak jd MB??????? LANGKAH MAYAT ANAK JANTAN JOHOR DULU!!!

    BalasPadam