Khalid Samad hari ini mengatakan supaya kerajaan BN supaya jangan berpura-pura tidak menyokong Israel.
Petikan dari Utara News
Kerajaan Barisan Nasional diseru untuk menghentikan sikap hipokrasi dan double standard berhubung isu hubungan dagangan dengan negara haram Israel.
Demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad yang mendakwa penjelasan Kerajaan Pusat berhubung isu kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang tidak boleh diterima sama sekali.
"Lebih-lebih lagi dalam keadaan kononnya negara Malaysia adalah juara memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan kononnya Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.
"Jadi kita sangat terkejut dengan pendedahan kapal Israel yang biasa berlabuh di Pelabuhan Klang," ujar Khalid sambil menambah alasan anak kapal Israel tidak dibenarkan menjejakkan kaki di pelabuhan sebagai penjelasan 'main-main' oleh Kerajaan Umno/BN.
Lebih mengejutkan, Malaysia berada di kedudukan bawah 20 bagi negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, beritahu Khalid dalam sidang medianya pagi tadi.
"Rekod ini adalah berdasarkan laporan yang telah didedahkan oleh beberapa pihak dan ia membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagangan yang 'kuat' dengan Israel.
"Dan antara produk terpenting ialah minyak kelapa sawit. Saya percaya peneroka-peneroka Felda akan merasa dikhianati kerana tanpa disedari hasil mereka menjadi bahan dihantar ke Israel," jelas Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam.
Sehubungan itu, Khalid mendesak agar BN menghentikan sikap kepura-puraan mereka berhubung isu Israel-Palestin seterusnya melaksanakan tiga perkara sekiranya benar Kerajaan Pusat menghormati aspirasi rakyat Palestin seperti yang selalu dilaungkan mereka.
YB Parasit ni tahu ke apa yang dia cakap atau dia ni main taruk je
Untuk pengetahuan YB Parasit ini, berikut adalah penjelasan kapal ZIM berada di Pelabuhan Klang KLIK SINI
Dan lagi satu Malaysia tak pernah ada hubungan diplomatik dengan Israel cuba bukak passport YB tengok dalam dia ada tak ni
Dan Malaysia tidak ada kedutaan Israel iaitu lambang diplomatik dan kerjasama antara negara
P/S:Jangan cakap saje tahu tapi apa pun tak boleh pakai
ko ni cakap saje tahu tapi apa pun tak boleh pakai..
BalasPadam