Isnin, 2 Januari 2012

Panas !!! Kronologi Mahasiswa dari darjah 1 sampai masuk Universiti


Kepada Mahasewel-mahasewel yang langgar pintu kaca adakah anda sudah lupa ketika pertama kali anda menjejakkan kaki ke sekolah

Masuk ke tadika

Ketika berada di tadika cikgu bertanya apa cita-cita murid maka berlumba-lumba lah bakal mahasiswa mengangkat tangan dengan pelbagai cita-cita

Masuk ke Sekolah Rendah


Hari pertama persekolahan semuanya kelengkapan baru. Kasut baru,beg baru semuanya serba serbi baru. Ada yang menangis tetapi ada juga yang pandai bergaul dengan rakan baru.

Ketika dizaman sekolah rendah murid-murid tekun belajar dari tahun satu hingga darjah enam

Ujian pertama bergelar murid ujian UPSR

Ujian pertama diambil bagi menentukan halatuju awal seorang bakal mahasiswa. Jika cemerlang akan ke sekolah berasrama penuh dan juga mendapat biasiswa tajaan kerajaan

Hari pertama murid bergelar pelajar


Hari ini hari pertama murid bergelar pelajar. Dulu seluar biru sekarang ni dah seluar hijau,dulu dia yang paling senior sekarang ni dia dah junior balik
Sesi persekolahan diteruskan dari tingkatan satu hingga tingkatan 3

Penilaian Menengah Rendah

Ujian penting pertama buat pelajar.Masing-masing menelaah tak ingat dunia semata-mata untuk cemerlang dan mendapat keputusan yang terbaik.Jika dapat keputusan terbaik dapat lah ke sekolah teknik dan berasrama penuh.

Mana yang kurang bernasib baik persekolahan diteruskan hingga tingkatan 6

Sijil Pelajaran Malaysia


Saat getir bagi seorang pelajar.Peperiksaan ini merupakan langkah mereka seterusnya untuk dicorakkan menjadi seseorang sama ada mengikut cita-cita ketika zaman tadika nya atau tidak.

Keputusan telah keluar mana yang berjaya akan meneruskan ke Menara Gading sama ada masuk ke tingkatan 6, matrikulasi, kolej atau politeknik atau ke universiti

Bergelar Mahasiswa


Akhirnya setelah penat berusaha dari sekolah rendah hingga masuk ke Universiti, Mahasiswa mampu belajar di Universiti-Universiti terbaik sama ada didalam ataupun di luar negara. Cita-cita ketika kecil kini mampu direalisasikan

Tetapi

Masuk sahaja di Universiti ada suara-suara jahat menghasut dan mengajak Mahasiswa ini berjuang bersama-sama menegakkan hak mereka kononnya membolehkan mereka bersuara dan bebas.Akhirnya Mahsiswa terpesong menyertai gerakan atau pertubuhan kononnya membela hak mereka.

Kini pelajaran diabaikan. Tugasan entah ke mana,kini hati mahasiswa mula dihasut kebencian
Ibu bapa jauh dikampung sanggup berhabis wang ringgit kerana percaya anak mereka mampu menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang walau pada hakikatnya segalanya mungkin berubah.

Kini Mahasiswa tersebut mendapat CGPA yang rendah dalam peperiksaan dan paling malang dia ditahan polis ketika berdemo dan dibuang dari pusat pengajiannya

Kini usahanya puluhan tahun musnah dalam sekelip mata angkara individu cuma mahu memperalatkan mahasiswa ini demi mempertahankan kebathilan yang dilakukan

P/S: Renung-renungkan dan selamat beramal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan