Khamis, 15 Disember 2011

Panas !!! Azmin saran SPR bentuk yayasan demokrasi tangani masalah politik kotor? Sapa yang kotor?

Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak mencadangkan perlu adanya yayasan demokrasi bagi menangani politik kotor di negara ini.

Menurut Sinar Harian


“Yayasan demokrasi itu bertanggungjawab memberi kefahaman kepada orang dalam parti politik dan luar parti politik apa maksud demokrasi sebenar. Demokrasi ini boleh disuburkan melalui pilihan raya negara kita. Cara ini telah digunakan oleh German untuk menjadi sebuah negara demokrasi terkemuka dunia yang mana, dulunya German dikuasi oleh zaman pemerintahan Nazi,” katanya.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat apabila berlaku kesukaran untuk memantau dan mengawal politik kotor bagi mereka yang terlibat dalam pilihan raya. Di German yayasan demokrasi mereka mempunyai model yang jelas dan cukup berjaya perlaksanaannya.

Cadangan itu turut disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin. Menurut Sim, kejayaan dan pengalaman German dalam melakukan perubahan dalam pentadbiran diktator menjadi sebuah negara paling unggul perlu dicontohi.

"Yayasan demokrasi di German juga menerima dana daripada kerajaan pusat untuk menjalankan aktiviti pemahaman dan memantapkan demokrasi negara. Saya merasakan kerajaan kita juga perlu lakukan perkara yang sama," katanya.

Sementara itu Pengerusi PSC, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili menyambut baik cadangan itu.

"Ini satu cadangan yang fresh dan gambaran yang baik. Bagaimanapun format itu perlu diteliti lagi sebelum diputuskan. Namun secara tidak formal SPR telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan melakukan penerangan awam mengenai proses demokrasi yang dilakukan," katanya.


Aik Azmin sabotaj parti sendiri ke ni?

Sebab tgk video dibawah ni



P/S:Bagus jugak boleh ajar ahli-ahli PKR ni berdemokrasi skit..hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan