Rabu, 14 Disember 2011
Mesti Baca !!! Selangor bakal menghadapi krisis air pada 2014
Sepertimana yang kita semua tahu, negara pernah menghadapi krisis air pada tahun 1998. Oleh yang demikian, KERAJAAN PERSEKUTUAN (BN) telah mula merancang mulai tahun 1998, agar Krisis Air tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Sekiranya tindakan susulan tidak di ambil, NEGARA akan menghadapi Krisis Air sekali lagi pada tahun 2014, 3 tahun dari sekarang.
Masalah yang di hadapi sekarang ialah:
1.Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KERAJAAN PERSEKUTUAN) sekarang sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Negeri Pahang ke Hulu Langat, Selangor.
2. Projek membina Paip Line dan Terowong sedang berjalan (on going).
3. Kos keseluruhan Projek ini dianggarkan berjumlah RM 8 billion ringgit.
4. Ini termasuklah kos pengambilan tanah, kerja-kerja pembinaan dan konsultansi.
5. LOJI ini terletak berdekatan dengan HULU LANGAT, SELANGOR.
6. Segala kos dan sumber kewangan dibiayai oleh Kerajaan PERSEKUTUAN, kerajaan sudah pun MEMPUNYAI PERUNTUKKAN UNTUK MEMBINA LOJI INI DI HULU LANGAT.
7. Oleh kerana pentingnya Projek ini, KERAJAAN PERSEKUTUAN (BN) juga telah mendapat “soft-loan” daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM 3 billion ringgit untuk tujuan projek ini.
8. Tetapi disebabkan masalah dengan Kerajaan (PR) Negeri Selangor, Projek ini sekarang sudah tertangguh selama 1 ½ tahun.
Selama ini Kerajaan (PR) Negeri Selangor selalu menyatakan bahawa mereka mengutamakan rakyat, tetapi kenapa dalam hal yang sebegini penting mereka tidak mahu berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan? Berikut adalah masalah yang ditimbulkan oleh Kerajaan (PR) Negeri Selangor:
KERAJAAN (PR) NEGERI SELANGOR melalui Majlis Daerah Perbandaran HULU LANGAT tidak mahu mengeluarkan “DEVELOPMENT ORDER” (Kebenaran Merancang). Tanpa “DEVELOPMENT ORDER” ini, KERAJAAN PERSEKUTUAN tidak boleh memanggil TENDER untuk membina Loji tersebut di HULU LANGAT, SELANGOR.
DESIGN sudah pun siap. Peruntukan untuk membina Loji juga telah ada. Tapak Tanah untuk Loji dan projek ini telah pun di ambil dan siap sedia untuk Projek ini. Tetapi tanpa ‘Development Order’ projek ini tak boleh dimulakan. KERAJAAN PERSEKUTUAN (BN) masih memerlukan 2 Lot TANAH yang berdekatan dengan Loji ini untuk Projek tersebut. Tetapi KERAJAAN SELANGOR melalui EXCO KERAJAAN NEGERI NYA, masih TIDAK MAHU MELULUSKAN PENGAMBILAN 2 LOT TANAH ini.
TUJUAN KERAJAAN (PR) SELANGOR melambat-lambatkan Projek ini berkemungkinan kerana KERAJAAN SELANGOR ingin “Control” BUSINESS AIR DI NEGERI SELANGOR ini?
Apakah yang akan berlaku sekiranya projek ini tertangguh?
1. KRISIS AIR akan berlaku di seluruh Negeri Selangor, Lembah Klang, Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya.
2. Sekiranya Projek ini dapat di sempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang Akaun Air akan dapat menikmati Air Mentah Bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta Rakyat akan dapat menikmati Air Mentah Bersih ini (1.4 juta account x 5 orang dalam sebuah rumah).
3. Kalau projek ini tertangguh lagi, Kos pembinaan nya akan bertambah tinggi. Bila kosnya bertambah tinggi, Kos Air Bersih kepada Rakyat pada masa akan datang menjadi lebih tinggi.
4. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan Flat yang lebih daripada 5 tingkat. Ini kerana tanpa AIR yang mencukupi – “Water Pressure” akan berkurangan. Maka bangunan lebih daripada 5 tingkat tidak akan dapat Air. Mereka akan terpaksa mengambil Air dari bawah Flat atau mereka terpaksa menggunakan lori tangki air.
5. Pemaju Perumahan, Para Pelabur dan semua yang terlibat dalam industri di Selangor juga meminta “Assurance for future Water Supply” untuk menjalankan projek-projek harta tanah dan pembangunan di Negeri Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan “Invest” di tempat atau negeri lain.
6. Kementerian Tenaga & Air KERAJAAN PERSEKUTUAN telah beberapa kali mengadakan Mesyuarat dengan MENTERI BESAR SELANGOR namun keputusannya, MENTERI BESAR SELANGOR masih tidak bersetuju dengan Projek ini. Dia terus berdegil dan tidak mahu projek ini berjalan.
7. Demi POLITIK, KERAJAAN (PR) SELANGOR sanggup:
(a) Rakyat Seluruh Negeri Selangor, Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya seramai lebih kurang 7.5 juta orang – tidak akan menikmati Air Mentah Bersih secara sempurna mulai tahun 2014.
(b) KERAJAAN (PR) SELANGOR sanggup menangguhkan (DELAY) Projek ini dengan tidak mahu MELULUSKAN “DEVELOPMENT ORDER” DAN “2 LOT TANAH” – Agar Projek Air Mentah Bersih ini GAGAL.
(c) KERAJAAN (PR) SELANGOR sanggup DELAY PROJEK ini di mana akan menyebhttp://www.blogger.com/img/blank.gifabkan Tariff Air yang akan di bayar oleh Rakyat Selangor nanti bertambah mahal dan tinggi.
(d) MENTERI BESAR SELANGOR sanggup memberi Rakyat potongan kepada tariff air yang di bayar oleh Rakyat SEKARANG. Tetapi sebaliknya Sabotaj PROJEK AIR KERAJAAN PERSEKUTUAN yang ikhlas ingin membantu Rakyat agar KRISIS AIR pada tahun 2014 tidak akan berlaku.
Inikah kerajaan yang menjaga kebajikan Rakyat? Apa akan berlaku kepada rakyat pada tahun 2014 nanti? Sekarang sudah hujung 2012, tinggal berapa tahu sahaja lagi rakyat Selangor akan menderita.
Sumber Sel13
P/S:Adoii macam mana nak buang air besar ni???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan