Ahad, 11 Disember 2011

Khidmat Masyarakat !!! Mohon bantuan kemasyarakat dan keprihatinan rakyat Malaysia

Sedih PB membaca kisah seorang adik dari Utara Tanahair, berikut adalah kisahnya yang di ceritakan dalam blog seorang rakan blogger,

I4TT dihubungi baru sebentar tadi oleh seorang sahabat dari Utara Tanah Air untuk menyampaikan kepada Rakyat Malaysia kisah seorang adik malang yang baru berusia 1 tahun 5 bulan ini. Diharap penerbitan entri ini dapat disebarluaskan dan sampai kepada insan-insan berhati mulia untuk tampil membantu adik malang ini.


Lebih setahun 5 bulan Adik malang ini menderita penyakit kronik yang memerlukan sepenuhnya penjagaan ibu, Adik Suci Farisya Binti Ruhaizat yang beralamat di batu 8 1/2 Jalan Kaki Bukit, Perlis ini masih belum menerima KUNJUNGAN PRIHATIN dari mana-mana pihak atau YB.

Bantuan JKM masih dalam kelulusan sejak 4 Mei 2011 didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Diharapkan kepada sesiapa yang prihatin dapat menyegerakan segala urusan berkaitan kerana kos untuk susu khas berjumlah RM550 sebulan tidak termasuk kos lampin pakai buang dan kos lain yang berkaitan.

Bukan nak salahkan siapa tapi... Prihatinlah atas nama kemanusiaan.

Terima kasih! Harap tiada yang hendak mengatakan I4TT membuka PEKUNG di dada lagi.



Diatas ini gambar yang diambil pada 3 November 2011 lalu. Sekarang adik ini telah pun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik Alor Setar, Kedah semenjak 4 Disember 2011.

Harapan adik Suci Farisya diberitakan 50/50 namun adik ini yang baru berusia 1 tahun 5 bulan sangat kuat semangatnya. Adik ini hampir koma ketika kali pertama masuk ke wad.

Bapa kepada Adik ini hanyalah seorang pemandu lori yang bertugas menghantar barangan ke seluruh negara dan biasanya bila out-station akan meninggalkan keluarga untuk tempoh seminggu ke dua minggu.

Pada kejadian baru-baru ini ketika Adik Suci Farisya dimasukkan ke wad, bapanya berada di Kuala Lumpur ketika sedang menyiapkan barangan untuk dihantar ke Johor Bharu.


Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Adik Suci Farisya Rohaizat (OKU) yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Alor Setar, Kedah kerana komplikasi paru-paru yang dialaminya, dapat berbuat demikian dengan menyumbang secara terus ke ;

No akaun CIMB : 09010002622205
Atas nama : Halimatun Sa'adiah bt Mat Saad (Ibu kepaa adik Suci Farisya)

Segala perhatian dan sumbangan anda moga dibalas kebaikan oleh ALLAH S.W.T.

Sila kongsi dan sebarluaskan. Semoga dikira sebagai amalan baik oleh ALLAH.

I4TT mohon sangat-sangat kepada pihak-pihak yang berkenaan dari Parlimen Padang Besar dan Dun (N.2) Beseri untuk turun membuat lawatan Ihsan dan sumbangan segera disamping menanti sumbangan ikhlas dari Rakyat Malaysia yang prihatin yang membaca entri di I4TT ini juga entri sahabat-sahabat blogger yang lain.

Pesanan kepada sesiapa yang ada/akan mempunyai masalah seperti ini di kemudian hari (jika ada).

Ingat !!!

Mendaftarkan diri sebagai OKU di JKM bukan automatik sekali dengan permohonan bantuan. Permohonan perkara yg berasingan.

Inilah yg terjadi kepada keluarga ini apabila tidak dimaklumkan oleh JKM ketika mereka mula mendaftarkan anak mereka sebagai OKU.

Kesannya permohonan terpaksa dibuat agak lambat dan mereka terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk menanggung pembelian susu yg agak mahal dan kos-kos lain yg berkaitan.

Mohon insan-insan prihatin untuk membantu Adik malang ini. Buat sahabat-sahabat yang prihatin mohon sebarkan informasi ini.

Terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa baik anda semua.

P/S: Mohon bantuan rakan-rakan dan juga pembaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan