Rabu, 7 Disember 2011

Gempar !!! Adun pembangkang ada dalam senarai kontrator Lynas... Masyukkk


Main wayang, depan tentang, belakang rupanya tukang supply, itulah yang didedahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa ada ADUN pembangkang di negeri itu yang tersenarai sebagai kontraktor yang terbabit dengan pembinaan Loji Pemerosesan Nadir Bumi (Lynas) di Gebeng.

“Saya ada minta Lynas keluarkan senarai kontraktor terbabit dan jangan terkejut (jika) dalam senarai kontraktor itu ada rakan kongsi kepada orang yang paling menentang Lynas.

“Ini termasuk juga rakan kongsi kepada wakil kita dari (Kuala) Semantan dan Beserah,” katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuantan pada Isnin.

DUN Kuala Semantan diwakili Syed Hamid Syed Muhammad manakala Syed Mohammad Tuan Lonik adalah ADUN Beserah.

Dua wakil PAS itu penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

Sebaik Adnan membuat pendedahan itu, Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) bangkit untuk mencelah tetapi Adnan keberatan memberi laluan dengan berkata, beliau sedang membentangkan Bajet Negeri, bukannya sesi soal jawab.

Bagaimanapun, selepas dibenarkan Speaker DUN, Datuk Wan Mohd Razali Wan Mahussin, Ngah Ngah mengajukan soalannya dengan meminta Menteri Besar menjelaskan faedah ekonomi daripada projek itu kerana Lynas diberikan pengecualian cukai selama 12 tahun, sekali gus tidak akan memberikan hasil tambahan kepada negeri dan negara.

Menjawab soalan itu, Adnan berkata, walaupun kerajaan negeri tidak memperoleh sebarang hasil cukai, projek itu disifatkan sebagai situasi menang-menang kerana dapat menarik kemasukan pelabur serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Sebelum ini soal keselamatan projek tersebut menjadi perdebatan oleh pembangkang.

Bagaimanapun Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat tetapi masih diputar belitkan fakta oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat.

Adnan berkata kerajaan telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini bahawa Lynas Malaysia Sdn Bhd perlu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan bagi kilang itu.

Katanya kerajaan Barisan Nasional tidak pernah bertindak atau membuat sebarang keputusan yang boleh memudaratkan rakyat.

"Kita "hidup" atas undi rakyat, adakah kita akan membuat sesuatu yang memusnahkan rakyat?" katanya.

Beliau berharap pembangkang tidak terus mempolitikkan isu itu demi kepentingan politik mereka lebih yang berasaskan kepada fitnah dan pembohongan.

Malah, katanya, terdapat "kawan-kawan" kepada pihak yang menentang projek pembinaan kilang itu telah memperoleh kontrak bagi kerja pembinaan kilang itu.

"Mereka (kontraktor terbabit) bukan kawan saya, tapi kawan pihak yang membantah pembinaan kilang itu," katanya.

Adnan berharap Lynas Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan senarai kontraktor yang menerima kontrak dan melakukan kerja pembinaan kilang itu untuk tatapan umum

Sumber Agenda Daily

P/S:Bangkang-bangkang tapi masyukkk.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan