Perlakuan songsang dan hubungan sejenis merupakan perkara yang dilaknati oleh Allah SWT.
Firman Allah Swt:
Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!" Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!" Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu." Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu. Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut). Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. " - Asy-Syu'ara' : 165-174
Perspektif negatif disebalik LGBT ini:
Bila hubungan sejenis berlaku jadi maka zuriat tidak akan terjadi jadi tamadun dan bangsa sesuatu kaum akan pupus
Kerana Allah swt telah menetapkan hukum alam lelaki dan perempuan berpasangan, berkahwin dan mempunyai zuriat
Adakah kita mahu perkara sebegini terjadi kepada ahli keluarga dan keturunan kita?
P/S: Gambar hiasan semata-mata...
Ya Allah minta dijauhkan lah....
BalasPadam