Ahad, 16 Oktober 2011

Khidmat Komuniti: Masalah pengangkutan awam

Seiring dengan teknologi permotoran yang serba canggih dan terkini tidak dinafikan kenderaan kini lebih selesa dan hebat di jalan raya.

Tetapi bagaimana pula dengan pengguna yang menggunakan perkhidmatan awam seperti bas?
Perkhidmatan bas dikatakan amat memeritkan keadaa kerana ada disesebuah kawasan pinggir kota perkhidmatan basnya ada selang 30 hingga 40 minit. Ini belum ditambah dengan kesesakkan lalulintas terutamanya ketika waktu puncak antara pukul 5 petang hingga 8 malam.
Antara cadangan penduduk dikawasan pinggir bandar ibukota ialah mewujudkan transit aliran ringan dikawasan seperti usj, puchong,klang dan shah alam dan menyambungkannya dengan perkhidmatan lrt sedia ada sebagai akses kepada seluruh kawasan.

Ini kerana kebimbangan yang disuarakan oleh penduduk yang menyatakan kebimbingan terutama kepada anak-anak mereka yang berkerja dibandar terpaksa menggunakan pekhidmatan bas yang kadang kala mengambil masa yang panjang untuk tiba dirumah kerana waktu keluar pejabat adalah sekitar pukul 6 dan sampai dirumah antara pukul 8 hingga pukul 9.

Mereka juga bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka terutamanya wanita memandangkan risiko jenayah meningkat ketika waktu malam.

Diharap pihak kerajaan dapat menimbal hasrat rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri kerana pengangkutan awam adalah satu-satunya untuk mereka bergerak dan ke tempat kerja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan