Terbaca pada sebuah artikel dari sebuah blog pembangkang yang mengatakan kerajaan negeri Selangor telah berjaya menguruskan hutang negeri yang tertunggak. Kita lihat apa yang ditulis pada artikel tersebut
Kerajaan negeri Selangor berjaya mengambil langkah menjual aset-aset tanah yang dirampas daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation yang harus dilangsaikan berikutan syarikat berkenaan berhutang sebanyak RM392 juta kepada kerajaan negeri selangor.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan berjaya menyelesaikan dalam bentuk tunai melalui penjualan tanah 400 ekar di Ulu Yam bernilai RM18 juta, penjualan saham Ulu Yam Golf Resort (RM4.2 juta) dan penjualan tanah 12 ekar di Puncak Jalil (RM12 juta).
Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menjual aset pejabat Talam di Menara Pandan sebanyak RM11 juta serta juga mendapat pulangan dari kerja tanah PIYSSB sebanyak RM7.68 juta. Jumlah kutipan setakat ini adalah sebanyak RM57.88 juta.
"Menteri Besar Incorporated (MBI) akan bertanggungjawab dalam mengutip semula tunggakan dari syarikat Talam hasil dari aset yang harus diberikan kepada kerajaan negeri," katanya ketika menjawab persoalan dari Adun Teratai Lee Ying Ha.
Khalid berkata, kerajaan Selangor juga dalam proses mengutip hasil jualan tanah seluas 2,263.53 ekar di Bestari Jaya yang bernilai RM122.78 juta, tanah seluas 1,322.44 ekar di Bukit Beruntung (RM85 juta) dan tanah di Danau Putra (RM87.7 juta).
Beliau berkata, demi menjamin ketelusan dalam setiap transaksi hasil dari kutipan penjualan tanah, kerajaan negeri akan mengumumkan kutipan hutang Talam secara berperingkat dari masa ke semasa.
Menjawab mengenai persoalan ‘kertas putih’ dari kerajaan negeri berhubung hutang Talam, Khalid berkata, kerajaan akan mengeluarkan ‘kertas putih’ yang mengandungi kajian khas terperinci untuk disiarkan.
Katanya, hujung tahun ini ‘kertas putih’ tersebut akan di keluarkan untuk dibincangkan dalam sidang DUN supaya ia menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam membuat justifikasi pemberian tanah dan kontrak.
"Kerajaan negeri juga telah menandatangani perjanjian dengan Talam untuk membolehkan kerajaan negeri menuntut hutang-hutang lain yang diragui yang tidak termasuk termasuk dalam jumlah RM392 juta ini.
"Usaha kerajaan mengutip hutang Talam ini juga mendorong syarikat-syarikat lain untuk datang membayar hutang kepada kerajaan negeri di bawah MBI," katanya.
Tambah beliau, kaedah yang dilakukan kerajaan negeri dalam mendapatkan semula hutang tersebut daripada Kumpulan Talam juga akan diperiksa oleh Jabatan Audit Negara.
Tetapi persoalannya kemana perginya duit-duit tersebut?
Kerana bukan projek pembangunan yang dilakukan tetapi lebih banyak aset kerajaan negeri yang dijual....
1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan