Khamis, 7 Julai 2011

Anasir Luar yg cuba merosakkan negara kita



Seperti yang kita tahu ada banyak anasir luar yang cuma memporak perandakan negara kita melalui beberapa orang individu yang tidak bertanggungjawab dan cuba merosakkan negara. Ditambah pula dengan portal-portal berita maya yang ditaja oleh organisasi ini untuk memburukkan kerajaan yang dipilih rakyat dengan alasan demokrasi..

National Endowment for Democracy ataupun NED adalah badan induk ‘demokrasi’, manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya.

Menurut wikipedia Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai ‘demokrasi’ iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise).

KLIK SINI UNTUK INFO NED


Beberapa organisasi tempatan dan luar negara telah diberikan dana oleh organisasi yang besar ini atas nama organisasi untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Organisasi tersebut berselindung disebalik portal penerbitan alam maya dan sebuah lagi kononnya adalah mewakili suara rakyat. Misi mereka adalah untuk menghasut dengan mendakwa kerajaan sekarang adalah zalim....

KLIK SINI UNTUK ORGANISASI YANG MENERIMA DANA NED

Jadi kepada rakyat sekalian jangan lah kita di perbodohkan oleh individu yang cuba membawa agenda jahat masuk ke dalam negara kita. Kerana negara kita hak milik kita. Kita tidak mahu negara kita jadi seperti negara yang pernah terlibat dengan organisasi ini kerana jika mereka menguasai negara ini kita tidak akan mempunyai suara dalam negara ini




Tiada ulasan:

Catat Ulasan