Selasa, 26 Julai 2011
Biometrik VS Dakwat Kekal
Kerajaan Mengumumkan bakal menggunakan sistem biometrik untuk Pilihanraya akan datang. Sistem Biometrik yang akan diperkenalkan akan menggunakan ibu jari bagi identiti pengenalan diri individu yang ingin mengundi. Selain itu, sistem ini juga dapat mencegah berlakunya undi dua kali dan juga pengundi hantu kerana individu pada kad pengenalan itu yang terbabit sahaja yang boleh mengundi berdasarkan pada rekod ibu jari.
Antara kebaikan sistem biometrik ini:
- Mudah digunakan
- Murah
- Saiz yang kecil dan mudah dibawa
- Menggunakan tenaga elektrik yang rendah
- Pangkalan data besar yang sedia ada
Sekarang kita beralih kepada dakwat kekal. Dakwat kekal merupakan kaedah lama yang digunakan dalam pengundian diseluruh dunia. Dakwat kekal akan dicalit kepada individu yang telah mengundi bagi mengelakkan berlakunya pengundian sebanyak dua kali. Tetapi cara ini amat mudah disalahgunakan.
Sebagai contoh pada 2008 SPR telah membatalkan penggunaan dakwat kekal kerana ada individu dipercayai telah mengimport dakwat kekal tersebut melalui negara jiran dan akan digunakan untuk mencalit pengundi yang belum mengundi sekaligus akan timbul syak wasangka dan secara tidak langsung akan menafikan hak pengundi terbabit.
Bagi umat Islam pula dakwat kekal berkenaan akan kekal dijari sekurang-kurang untuk tempoh minima 72 jam. Bagaimana kita hendak sembahyang sedangkan dakwat ini masih kekal dijari untuk satu tempoh yang lama. Jadi dakwat kekal tidak relevan dengan kita sebagai umat islam kerana secara langsung ia akan menghalang kita dari beribadat.
Dunia makin ke hadapan dan teknologi makin canggih kenapa pembangkang masih mahu kebelakang. Sistem yang terbaik untuk pilihnaraya yang adil bakal digunakan untuk menentukan kerajaan.Adakah pembangkang takut dilambung gelombang biru?
Ahad, 17 Julai 2011
Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri?
Jerusalem Post akhbar no 1 Israel telah membuat artikel dengan meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia.
Tulisan oleh wartawan Jerusalem Post berkaitan Anwar
Malaysia's opposition parties made significant gains in the parliamentary elections held on Sunday, March 8. Their success demonstrated a growing desire for political change and the furthering of democracy in Malaysia. The election result means that the ruling Barisan National (National Front (BN)), no longer has a two third parliamentary majority. This means that its power has been limited in some respects, for example it can not amend the constitution or make key appointments without support from the opposition. Ultimately, the election results means a stronger system of checks and balances, a principle requirement for any true democracy. The largest of the opposition parties, the Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party (PKR)) won 31 seats, a significant gain compared to the single seat it won in the 2004 elections. The PKR's success has been attributed largely to the revival of former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim's political career. As a proponent of moderate Islam, cultural and religious impartiality, and liberal democracy, Anwar's popularity is gaining strength, with some reports suggesting that should the opposition coalition win the next election, he may well be next in line as Malaysia's Prime Minister. Anwar launched his political career in 1982 by joining the United Malays National Organization (UNMO), currently the largest party within the ruling Barisan National (National Front (BN)). The UNMO was led by Mahathir Mohamad, Malaysia longest-serving Prime Minister. By 1991, Anwar was appointed Minister of Finance after which he was appointed as Mahathir's Deputy Prime Minister in 1993. Anwar's term as Minister of Finance was characterized by unprecedented economic prosperity and growth, awarding him widespread acclamation. However, his political career came to an abrupt stop when he voiced strong opposition to Mahathir's support for the Bumiputra ('Sons of the Soil'), programme. This opposition led to criminal convictions for corruption and sodomy (the sentencing was 6 and 9 years respectively, although the sodomy conviction was overturned in 2004). Despite, if not because of his criminal convictions, Anwar became an icon for political progress, justice and equality. He maintained considerable support throughout the years largely because of the work of his wife, Wan Azizah Ismail, who established the PKR in 1999, to call for her husband's release. The PKR also kept Anwar's political reforms (the latter becoming known as 'reformasi') agenda alive. Since his release from prison, Anwar has sought to revitalize his political campaign by challenging the current government, headed by Prime Minister Abdullah Badawi, on a host of issues, in particular the 'New Economic Policy'. Created in the late 1970s (currently termed the National Vision Policy), the policy intended to create conditions for national unity by reducing interethnic disparities, however in practice it granted the Bumiputra preferential treatment, creating an increasing ethnic Malay middle class and thus substantial opposition from ethnic Indian and Chinese who did not reap the benefits. Anwar has been awarded acclaim by many for his success in creating unity amongst the previously divided opposition parties, which resulted in a coalition that won an unprecedented total of 82 seats out of parliament's 222 seats in the latest election. Considered to be one of Malaysia's most charismatic speakers, Anwar's endorsement of PKR's political platform is gaining significant momentum. In February 2008, the PKR published the Keadilan Manifesto titled "A New Dawn for Malaysia," detailing the party's vision for putting Malaysia back on a track of economic, political, educational and cultural prosperity. Centering on five central positions, the party first and foremost advocates for a constitutional state for all whereby ³bumiputera rights are guaranteed fully alongside with non-bumiputera rights² and thus creating non-racial based politics. With a growing percentage of the population unsatisfied with the political status quo, the PKR's reform agenda, as advocated by Anwar, appears to be the change that Malaysia increasingly desires. Anwar's political ban is due to end in April and if reports hold true, he will easily win a by-election and resume a parliamentary role after his wife expectedly vacates her seat. The main obstacle that analysts suggest is that once Anwar formally re-enters politics, he will need to continue to prove his political competence and ensure the long time fragmented opposition parties sustain a successful coalition and thus an effective governance implementing reforms within the states in which they hold a majority. Should they do so, analysts further predict that the opposition coalition may have a strong chance of defeating the ruling party in the 2013 elections, thus likely placing Anwar as the forerunner as Prime Minister. Shani Ross is the Coordinator for the Executive Programs & Conferences at the International Institute for Counter-Terrorism (ICT), Interdisciplinary Centre Herzliya, Israel. KLIK SINI
Siapa Israel ni nak bercakap pasal negara orang lain sedangkan negara Palestin masih berada didalam kekejaman Israel. Kenapa sibuk nak bercakap pasal negara orang lain ketika ramai rakyat Palestin masih lagi ditindas. Kenapa Zionis begitu mengagungkan Anwar sedangkan ramai lagi penduduk Palestin yang dinafikan hak asasi manusianya
Kenapa Zionis nak sibuk-sibuk negara orang lain sedangkan ramai penduduk Palestin yang di layan seperti banduan
Kenapa Zionis nak sibuk-sibuk negara orang lain sedangkan ramai penduduk Palestin yang di dibunuh dengan kejam
Kenapa Zionis nak sibuk-sibuk negara orang lain sedangkan ramai penduduk Palestin yang di nafikan hak sebagai manusia
Kenapa Zionis nak sibuk-sibuk negara orang lain sedangkan ramai penduduk Palestin yang tidak mendapat hak untuk ada negara yang berdaulat
Adakah sikap double standard Yahudi Zionis ini telah menetap didalam otak-otak manusia yang kononnya menentang kerajaan zalim ketika 9 Julai lalu???
Jadi sama-sama kita menilai baik buruknya untuk negara kita. Fikir-fikirkan.............
Rabu, 13 Julai 2011
Cincin 24.4 juta? Ye ke DS Rosmah punya?
Kecoh apabila Pakatan Pembangkang mengatakan DS Najib telah membelanjakan hampir 24.4 juta hanya untuk sebentuk cincin. Ye ke? Mari lihat fakta yang sebenarnya
Fakta, cincin termahal dunia yang dijual kepada orang ramai hanya USD 1.5 Juta sahaja. Atas dari pada tu semua ada dalam muzium untuk pameran, not for sale. Harga cincin termahal dunia ialah USD 16.26 Juta dan ia adalah not for sale.
Chopard Blue Diamond ring - USD 1.5 Juta, termahal di pasaran hari ni. FAKTA! Harga atas daripada tu hanya pameran sahaja. Cincin berlian ni control item, boleh check sendiri.
Client untuk blue diamond ni hanya utk VVVVIP sahaja. Tak semua perdana menteri,raja dan Isteri mereka dapat mencapai tahap 4 V. Hanyalah untuk billionaire, pemimpin, raja yang yang mempunyai harga diri (personal value) melebihi USD 3 Billion.
Setakat ni cincin termahal di dunia yang berada di jari manusia adalah USD 1.5 Juta iaitu jenis blue diamond. Dan cincin lain yang harganya lebih tinggi dari itu semuanya menjadi pameran di muzium dan private collector seperti Moussaieff Jewellers, Chopard dan lain-lain syarikat perniagaan berlian.
FAKTA - Orang yang pakai cincin termahal di dunia bukan Imelda marcos, bukan isteri Sultan Brunei, bukan isteri Bill Gates tetapi Elizabeth Taylor dan harga cincin tersebut ialah USD 1.3 Juta. Dan rekod Elizabeth Taylor telah dipecah pada 2009 oleh seorang billionaire yang menghadiahkan cincin pertunangan berharga USD 1.5 Juta kepada isterinya
Berkenaan gambar sistem kastam yang kononnya dikatakan sebagai bukti... Ini pun boleh jadi bukti ker?
Sistem macam ni amat mudah dimanipulasikan KLIK SINI
Apa bukti lebih sahih dari ini seperti:
1. Bukti pembelian?
2. Ada Resit Pembayaran?
3. Tunai atau Kad Kredit?
p/s:Jadi kalau nak kelentong biar kreatif skit tak pasal-pasal dapat dosa kering...
Isnin, 11 Julai 2011
Duit Rakyat Selangor bakal licin?
Dalam riuh rendah Bersih ada seorang insan yang cuba membersihkan akaun rakyat Selangor seperti mana Bersihnya akaun sebuah syarikat terkemuka dulu..
Kita bandingkan subsidi air dengan subsidi gas utk Penjanaan Kuasa (bukan IPP saja, TNB pun dapat juga) berjumlah RM 19 Billion yang dispinkan dalam Buku Jingga...dari segi prinsipnya memang sama tetapi pendekatan nya cukup berbeza..
Pernahkan kita dengar Kerajaan Pusat minta Bajet utk membiayai subsidi gas?? Tidak pernah, ini kerana jumlah RM 19 Billion (kalau betul le) hanya akan memberi kesan kepada akaun Petronas, bukannya Akaun Kerajaan Msia yang juga merupakan Akaun Rakyat bermakna Petronas akan kurang hasil sebanyak RM 19 Billion tetapi Petronas sebagai Syarikat Minyak Kerajaan tetap untung seperti yang diisytiharkan tiap-tiap tahun kerana Kerajaan adalah komited untuk Petronas untung dengan mencari banyak peluang perniagaan daripada luar iaitu 60% perolehan Petronas adalah daripada luar.
Tapi apa yang terjadi di Selangor amat berbeza dari segi pendekatan, walau pun matlamat nya sama, malah lebih kepada politik daripada kebajikan rakyat,ini kerana setiap sen yang diluluskan oleh DUN adalah daripada akaun kerajaan iaitu akaun rakyat (pembayar cukai).
Sepatutnya Kerajaan Pakatan Rompak dibawah Khalid Gagap, Cross Subsidy (sama seperti Subsidi Gas oleh Petronas) dengan perolehan State GLCs ada kepentingan didalam Projek Konsesi berikut yang kesemuanya di muktamadkan semasa BN dulu iaitu:
1) Genting Sanyen Power utk Genting IPP.
2) Grand Saga utk Grand Saga Highway melalui Taliworks.
3) Syabas (air)
4) Splash (air)
5) Sg Harmoni ( air)
6) Konsesi air di Kedah & Langkawi (tariff di naikkan di Kedah).
7) Landfill oleh Worldwide
8) Konsesi Pasir Kumpulan Sementa..
No 1 -7 semua di muktamadkan semasa BN...
KLIK SINI: PERMINTAAN BAJET TAMBAHAN OLEH KERAJAAN SELANGOR
Jadi persoalan nya mana pergi hasil projek diatas, yg dianggarkan untung selepas cukai & dividen menghampiri RM 300 juta,lebih daripada apa yang diperlukan untuk subsidi air percuma.
Kepada YB2 BN di DUN Selangor, buka mata seluas-luasnya kerana ini kekuatan Kerajaan PR Selangor sekarang (Perompak Koperat)
Selaras dengan Akta Kebebasan Maklumat yang diamalkan di Selangor KLIK SINI kami menyeru supaya dokumen konsensi ini dedahkan bagi mengkaji persoalan yang timbul...
Ahad, 10 Julai 2011
Warna Warni Bershit 2011
Kejam ker layanan polis Malaysia???
Selepas berakhirnya perhimpunan Bersih 2.0. Ramai juga yang ditahan termasuk lah kepala-kepala yang membuat onar di negara.Undang-undang tidak mengenal sesiapa sesiapa sahaja yang cuba mengugat keamanan di negara ini akan berhadapan penegak undang-undang ini.
Selepas demo para peserta monyet kuning ini ditahan dan dibawa ke pusat tahanan untuk diambil keterangan dan soal siasat.
Macam mana cara polis mengambil keterangan mereka??
Adakah layanan polis begitu teruk sekali?Kalau nak dibandingkan dengan negara yang diagung-agungkan Si Ambiga tu
Jadi kepada rakyat sekalian bersyukur dengan apa yang kita miliki.... jangan kita kufur dengan nikmat yang dimiliki yang kerana hanya untuk memuaskan nafsu seseorang yang hanya mementingkan diri sendiri seperti Ambiga....
Khamis, 7 Julai 2011
Anasir Luar yg cuba merosakkan negara kita
Seperti yang kita tahu ada banyak anasir luar yang cuma memporak perandakan negara kita melalui beberapa orang individu yang tidak bertanggungjawab dan cuba merosakkan negara. Ditambah pula dengan portal-portal berita maya yang ditaja oleh organisasi ini untuk memburukkan kerajaan yang dipilih rakyat dengan alasan demokrasi..
National Endowment for Democracy ataupun NED adalah badan induk ‘demokrasi’, manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya.
Menurut wikipedia Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai ‘demokrasi’ iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise).
Beberapa organisasi tempatan dan luar negara telah diberikan dana oleh organisasi yang besar ini atas nama organisasi untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Organisasi tersebut berselindung disebalik portal penerbitan alam maya dan sebuah lagi kononnya adalah mewakili suara rakyat. Misi mereka adalah untuk menghasut dengan mendakwa kerajaan sekarang adalah zalim....
KLIK SINI UNTUK ORGANISASI YANG MENERIMA DANA NED
Jadi kepada rakyat sekalian jangan lah kita di perbodohkan oleh individu yang cuba membawa agenda jahat masuk ke dalam negara kita. Kerana negara kita hak milik kita. Kita tidak mahu negara kita jadi seperti negara yang pernah terlibat dengan organisasi ini kerana jika mereka menguasai negara ini kita tidak akan mempunyai suara dalam negara ini
Rakyat Greece memberontak kerana IMF
Alhamdulillah Kerajaan yg dipimpin oleh Umno melalui BN dibawah kepiminan Tun M telah memilih jalan yg selamat semasa kita menghadapi Asian Financial Crisis.
Greek, dimana lahirnya demokrasi dan juga peradaban manusia moden telah terperangkap didalam krisis ekonomi dan sedang menuju kehancuran. Dianatara syarat rescue package oleh IMF/EU untuk mengelak Greek lenyap drpd muka bumi ialah supaya Parlimen meluluskan perkara2 berikut:-
1 - Kekangan perbelanjaan (Austerity Drive i.e Budget Cut).
2 - Menaikkan cukai termasuk faedah bank (tax & interest hike).
3 - Penjualan Asset Kerajaan melalui penswastaan kpd "agent IMF" (Selling of Govt asset through "agent of IMF" through privatisation.
Syarat2 diatas telah menimbulkan banyak implikasi "socio economy" dan BERSIH ala Greek tidak dpt di elakkan. Semasa kita menghadapi Asian Financial Crisis, syarat2 yg sama dikenakan untuk rescue package IMF dan Tun M telah menolak nya walau pun masa itu Menteri Kewangan Malaysia "in favor of the IMF Rescue Package"
Bak kata A Samad Said didalam sajak BERSIH terbarunya mengenai DEMOKRASI.....
1 - Demokrasi Luka
2 - Demokrasi Lara
3 - Demokrasi Angkuh
Skrg kita bersyukur Kerajaan dibawah pimpinan Umno mengamalkan DEMOKRASI diatas untuk kepentingan rakyat & negara
Jadi apakah agenda pemBERSIHan seterusnya....sama2 kita fikirkan....
Rabu, 6 Julai 2011
Bila Takbir Mengiringi pemimpin kafir
Kadang-kadang saya sendiri tak tahu nak kata apa pada puak-puak PAS ni.. Laungan Allahuakbar mengiringi pemimpin kafir?
Terkejut saya bila membaca sebuah artikel ini dari sebuah blog
ALLAHUAKBAR ! ' seru pengacara majlis yang memberhentikan celotehnya tatkala menyedari kehadiran seorang pemimpin ke majlis itu dan setelah diperkenalkan kepada hadirin siapa orangnya dan laungan ini disambut penuh semangat oleh ribuan para penyokong Pas, 'ALLAHUAKBAR ! ' Tersentak saya dengan cara sambutan yang diberikan oleh ribuan umat Islam terhadap kehadiran pemimpin yang sedang berjalan masuk ke majlis ceramah, diiringi beberapa pengikut Pas yang membuka jalan buat beliau.
Terkejut kerana yang berjalan masuk itu bukan Mat Sabu, bukan Haji Hadi atau mana-mana pemimpin Pas tapi Lim Guan Eng dari Dap ! Tidak ada kesilapan dipihak hadirin akan identitinya kerana namanya diumumkan dengan jelas sebelum takbir dilaungkan.
Untuk Membaca Artikel Penuh Klik Sini.
Selasa, 5 Julai 2011
Apakah BERSIH yg didalangi oleh Pas dikategorikan sbg "BUGHAH"...???????
Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)
Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan kpd yg terkorban di Memali...."BUGHAH".....
dari segi procedure & urus tadbir Kerajaan Pas Kedah melalui Majlis Fatwa Kedah boleh mengambil tindakan mengubah Fatwa, Majlis Fatwa Kebangsaan daripida "BUGHAH" kpd "Syahid" diatas perkenan Sultan Kedah...
Apakah BERSIH yg didalangi oleh Pas dikategorikan sbg "BUGHAH"...???????
Pas ambil kesempatan issue Memali utk menghalalkan BERSIH.....depa telah spin fakta, kita kena paham apa yg telah di fatwakan di Memali.... Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid. Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menant unya Ust az Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.
Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar. Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat . Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai para syuhada’. Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah. Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka.
CHECK IT OUT!!!!...
Ni yg di katakan menghalalkan cara...kerja Mat Sabu......tapi fakta depa spin.....fatwa kata Bughah, depa kata Syahid...so bersih ni pun Syahid la, padahal kalau ikut precedence ianya BUGHAH.....melainkan Kerajaan Pas Kedah, buak balik X File tu & Majlis Fatwa Kedah buat fatwa baru dgn perkenaan Tuanku Sultan kata "Syahid".....so pasain apa depa tak buat...tu hak Kerajaan Negeri dlm Perlembagaan....
Isnin, 4 Julai 2011
Akta kebebasan maklumat di Selangor
Selaras dengan akta kebebasan maklumat yang diamalkan di Selangor, kerajaan Selangor perlu mendedahkan dokumen-dokumen penting kepada umum supaya wang rakyat selangor tidak di salah gunakan.
Jika betul kerajaan Selangor ingin mengamalkan Akta kebebasan maklumat, kerajaan Selangor perlulah mengemukan beberapa dokumen seperti:KLIK SINI MENGENAI AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT
1 - IPP...Power Purchase Agmt diantara Genting Sanyen Power dgn TNB
2 - Toll Concession Agreement diantara Grand Saga & Kerajaan Malaysia
3 - Perjanjian Konsesi Air diantara Splash, Kerajaan Negeri.
4 - Perjanjian Konsesi Air ...Sungei Harmoni dgn Kerajaan Selangor & Kerajaan Pusat
5 - Perjanjian Konsesi Air....Taliworks/ Sg Harmoni untuk Langkawi.
6 - Perjanjian Konsesi Air....Taliworks dgn Kerajaan Negeri Kedah untuk seluruh Kedah except Langkawi.
7- Perjanjian Konsesi diantara Syabas dgn Kerajaan Selangor & Pusat.
8 - Landfill Concession Agreement diantara Worldwide & Kerajaan Negeri Selangor.
9- Kontrak Konsesi Pasir dgn Kumpulan Sementa
Untuk setiap Perjanjian Konsesi diatas perlu disertakan dgn Shareholders Agmt diantara Selangor GLC dgn pihak pihak lain......
Juga diperlukan maklumat berikut untuk meneliti tariff yg terdapat didalam Perjanjian2 tersebut "affordable & acceptable"..
1 - Financial Model utk setiap Projek
2 - Costing i.e CAPEX and OPEX
3 - Terms and condition of financing & Financing Agreement
4 - All related cost.
5 - Operation & Maintenance Agreement.
6 - EPCC Contract dgn Contractor Utama.....
Jika benar apa yang kerajaan PR Selangor perjuangankan kami mendesak supaya dokumen ini didedahkan kepada umum untuk dikaji supaya ianya nya BERSIH dari Korupsi yang melibatkan duit rakyat...
Ahad, 3 Julai 2011
Daulat Tuanku.....!!!!!!!
TITAH KHAS YANG DIPERTUAN AGONG PADA 3HB JULAI, 2011 JAM 8.40 MALAM
------------------------------
KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.
Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama