Khamis, 26 Mei 2011

Krisis tenaga makin meruncing


Krisis tenaga di dunia semakin meruncing tak terkecuali di Malaysia.Pada tahun 2014 TNB memerlukan tenaga tambahan sebanyak 6000 miliwatt/unit(MW) sehingga tahun 2020. Buat masa sekarang TNB hanya mampu menjana 11,296 MW menggunakan loji hidroelektrik dan logi termal.

Berikut adalah stesen janakuasa yang ada di Malaysia pada masa ini.

Terdapat 3 skim hidroelektrik dengan keupayaan sejumlah 1,911 MW dengan 21 empangan beroperasi:

Skim hidroelektrik Sungai Perak; dengan keupayaan 1,249 MW:

* Empangan Pergau – 4 x 150 MW = 600 MW
* Empangan Temenggor – 4 x 87 MW = 348 MW
* Empangan Bersia – 3 x 24 MW = 72 MW
* Empangan Kenering – 3 x 40 MW = 120 MW
* Empangan Sungai Piah Hulu – 2 x 7.3 MW = 14.6 MW
* Empangan Sungai Piah Hilir – 2 x 27 MW = 54 MW
* Empangan Chenderoh – 4 x 10.7 MW + 1 x 8.4 MW = 40.5 MW

Skim hidroelektrik Terengganu, dengan keupayaan 400 MW:

* Empangan Kenyir – 4 x 100 MW = 400 MW

Skim hidroelektrik Cameron Highlands

* Empangan Jor – 4 x 25 MW = 100 MW
* Empangan Woh – 3 x 50 MW = 150 MW
* Empangan Odak – 4.2 MW
* Empangan Habu – 5.5 MW
* Empangan Kampong Raja – 0.8 MW
* Empangan Terla – 0.5 MW
* Empangan Robinson Falls – 0.9 MW (juga dikenali sebagai Empangan Lata Iskandar)


Loji terma

Terdapat 6 loji terma atau loji bakar dengan keupayaan berjumlah 4,435 MW sedang beroperasi, dan 3 lagi loji bakar dengan keupayaaan berjumlah 4,950 MW yang dikendalikan oleh syarikat jana bebas (IPP) yang juga dimiliki TNB.

* Loji Paka, Paka, Terengganu – 1,136 MW, bahan api gas asli.
* Loji Connaught Bridge – Kelang, Selangor – 832 MW, bahanapi gas asli
* Loji Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan – 715 MW, bahanapi gas asli dan minyak.
* Loji Pasir Gudang, Pasir Gudang, Johor – 729 MW, bahanapi gas asli dan minyak.
* Loji Serdang, Serdang, Selangor – 625 MW, bahanapi gas asli.
* Loji Teluk Ewa, Gelugor, Pulau Pinang – 398 MW, bahanapi gas asli.
* Loji Manjung, Lumut, Perak – 2,295 MW, bahanapi arang batu.
* Loji Kapar, Kapar, Kelang – 2,420 MW, bahanapi gas asli, minyak dan arangbatu.
* Loji Liberty Power, Sindh, Pakistan – 235 MW, bahanapi gas asli.


Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 28 juta penduduk dan akan bertambah tahun demi tahun.Kawasan penempatan baru juga tumbuh bagai cendawan sekaligus menjana pertambahan tenaga.

Apa pilihan yang kita ada untuk menangani krisis ini???

a) Arang Batu (Arang batu terpaksa diimport memandang Malaysia bukan negara pengeluar arang batu dunia jadi kos akan bertambah

b) Gas (Gas di semenanjung hampir habis dan kemungkinan besar terpaksa diimport dari Sabah dan Sarawak dalam bentuk LNG (Liquefied Natural Gas) melibatkan kos yang tinggi

c) Tenaga Nuklear ( Sumber tenaga yang paling murah sama ada Uranium, Plutonium dan Thorium tetapi mempunyai tanggapan buruk masyarakat)

d) Hidroelektrik ( Yang tinggal hanya di Sarawak sebanyak 20,000 MW yang belum diterokai tetapi masalahnaya ialah penghantarannya ke Semenanjung Malaysia)

Kerajaan menanggung jumlah subsidi Gas sebanyak RM 130 billion setahun.


Jadi apa pilihan yang kita ada.. Mungkin dah sampai masa kita mengubah tanggapan kita.. Teknologi semakin lama semakin maju sama tak sama seperti teknologi 20 atau 10 tahun lepas.

p/s: Tujuan saya menulis artikel adalah bukan untuk anda percaya tetapi kaji apa yang ditulis dan buat kesimpulan sendiri. Ini adalah untuk masa depan kita bukan orang lain....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan