Jumaat, 29 April 2011

Kenapa takut untuk bersumpah jika tidak salah

Kenapa takut untuk bersumpah jika merasakan diri tidak bersalah. Kerana bak kata pepatah melayu Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah. Jika tidak adalah salahnya jika Ketua De Facto Pakatan Rakyat bersumpah demi membersihkan namanya.

Sebenarnya rakyat telah jelik dengan sikap dolak-dalik pemimpin pakatan rakyat ini. Bermula dari kes liwat sehingga lah tercetus video skandal seks ini bermacam-macam alasan diberikan.Disokong pula oleh rakan-rakan konon seperjuangannya dengan mengeluarkan 'fatwa-fatwa spin' untuk bagi menegakkan benang yang basah.

Semalam individu yang terlibat dengan penyiaran video skandal seks ini telah tampil membuat sumpah laknat terhadap dirinya, Cuba faham pernyataan ini Aku bersumpah jika Aku melakukan fitnah Aku akan dilaknat oleh Allah Swt. Jika dia berbohong atau memfitnah pelaku didalam video tersebut nescaya dia akan dilaknat oleh azab Allah Swt.Jadi kenapa perlu takut sangat kalau individu tersebut hendak bersumpah laknat bukan ditujukan kepada pelaku didalam video tu pun tetapi kepada dirinya sendiri. Kenapa ada puak-puak atau pun konco-konco pakatan rakyat ini sakan membuat riuh didalam masjid.Kenapa takut sangat??.

Rakyat Malaysia juga tidak lupa pada 2008 ketika puak-puak ini sungguh taksub pada pernyataan sumpah sivil yang dibuat oleh individu-individu yang bersama-sama pakatan ini untuk menjatuh YAB Perdana Menteri.Pernyataan sumpah sivil yang dicipta oleh manusia tidak sama dengan sumpah laknat.

Kepada rakyat malaysia anda nilaikan lah sendiri. Kita mahu sebuah Malaysia yang aman. Jadi tolak Paktan Rakyat yang cuba merosakkan keharmonian kita demi warisan anak cucu cicit kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan