Kenapa takut untuk bersumpah jika merasakan diri tidak bersalah. Kerana bak kata pepatah melayu Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah. Jika tidak adalah salahnya jika Ketua De Facto Pakatan Rakyat bersumpah demi membersihkan namanya.
Sebenarnya rakyat telah jelik dengan sikap dolak-dalik pemimpin pakatan rakyat ini. Bermula dari kes liwat sehingga lah tercetus video skandal seks ini bermacam-macam alasan diberikan.Disokong pula oleh rakan-rakan konon seperjuangannya dengan mengeluarkan 'fatwa-fatwa spin' untuk bagi menegakkan benang yang basah.
Semalam individu yang terlibat dengan penyiaran video skandal seks ini telah tampil membuat sumpah laknat terhadap dirinya, Cuba faham pernyataan ini Aku bersumpah jika Aku melakukan fitnah Aku akan dilaknat oleh Allah Swt. Jika dia berbohong atau memfitnah pelaku didalam video tersebut nescaya dia akan dilaknat oleh azab Allah Swt.Jadi kenapa perlu takut sangat kalau individu tersebut hendak bersumpah laknat bukan ditujukan kepada pelaku didalam video tu pun tetapi kepada dirinya sendiri. Kenapa ada puak-puak atau pun konco-konco pakatan rakyat ini sakan membuat riuh didalam masjid.Kenapa takut sangat??.
Rakyat Malaysia juga tidak lupa pada 2008 ketika puak-puak ini sungguh taksub pada pernyataan sumpah sivil yang dibuat oleh individu-individu yang bersama-sama pakatan ini untuk menjatuh YAB Perdana Menteri.Pernyataan sumpah sivil yang dicipta oleh manusia tidak sama dengan sumpah laknat.
Kepada rakyat malaysia anda nilaikan lah sendiri. Kita mahu sebuah Malaysia yang aman. Jadi tolak Paktan Rakyat yang cuba merosakkan keharmonian kita demi warisan anak cucu cicit kita.
Jumaat, 29 April 2011
Khamis, 28 April 2011
Kenapa perlu UMNO menjadi mangsa...
Mengapa perlu UMNO mnejadi mangsa. Itu adalah persoalan utama yang pertama bermian di benak fikiran saya. Mengapa facebooker dan bloggers pakatan rakyat akan menyerang UMNO dahulu sebelum komponen Barisan Nasional yang lain?
Jawapanya mudah sahaja UMNO merupakan parti tunjang kepada Barisan Nasional dan merupakan Parti terbesar di negara ini. Matlamat mereka cuma satu, tumbangkan UMNO kerana jika UMNO tumbang negara milik Pakatan Rakyat. Walaupun bagaimana pun jangan dilupakan kepada parti komponen yang lain didalam Barisan Nasional kerana Barisan Nasional wujud atas semangat setia kawan, hormat menghormati dan toleransi kaum..
Jadi kepada rakyat malaysia berikan sokongan anda kepada Barisan Nasional tidak mengira apa jua etnik, kaum atau suku anda kerana kita adalah 1 Malaysia...

Ahad, 17 April 2011
Syabas kepada rakyat Sarawak
Syabas diucapkan kepada rakyat Sarawak kerana sekali lagi memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah Sarawak. Rakyat Sarawak masih percaya tahap pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional dari janji-janji kosong Pakatan Rakyat yang tak pernah ditunaikan.
Apa pun kerajaan sudah terbentuk dan mandat 2/3 telah diberikan fokus pembangunan Sarawak harus diteruskan.
Kepada rakyat Sarawak terima kasih atas mandat yang diberikan...

Jumaat, 1 April 2011
Revolusi Rakyat..
Pihak pembangkang banyak memainkan isu revolusi yang tercetus di Mesir dan di Libya atas alasan menjatuhkan kerajaan yang zalim dan yang kuat menindas.
Persoalan utamanya ialah adakah kerajaan sekarang yang memerintah Malaysia sekarang adalah zalim?Apakah minyak naik sebanyak 20 sen boleh dikategorikan sebagai zalim?Adakah kerajaan sekarang 'kafir' kerana tidak mengikut undang-undang islam?
Pernah kah mereka yang mencaci, mengutuk dan mengelar kerajaan zalim memdalami apa yang dihadapi oleh kerajaan sendiri. Billion ringgit telah digunakan untuk subsidi minyak unutk kegunaan rakyat walau hakikatnya duit sebanyak itu boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur yang lain. Jangan hanya tahu merungut kerana setiap bebanan yang ditanggung adalah ciptaan kita sendiri.
Revolusi menjatuhkan kerajaan adalah perkara yang paling kuat dicanangkan oleh anak-anak muda dalam pembangkang. Sebenarnya mereka tidak sedar revolusi hanya merosakkan negara bukan membaik pulih negara.Adakah denga tercetusnya revolusi minyak akan turun sehingga 0.50 sen seliter? Adakah rakyat akan bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing?Adakah agama islam dapat dikekalkan menjadi agama rasmi?Adakah institusi beraja masih dapat dikekalkan?
Ingatlah wahai golongan muda. jangan kita tersilap langkah sesal kemudian tidak berguna lagi.