TOKOH DIPERCAYAI WAHABI DAN PENGARUHNYA DI MALAYSIA
Tokoh yang dipercayai wahabi di negara ini adalah seseorang yang dikatakan sebagai pemimpin ulama oleh sebilangan orang yang taksub kepadanya.Beliau adalah dikatakan pemimpin yang mampu menyatukan umat islam di Malaysia melalui sebuah parti.
Tapi beliau banyak mengeluarkan Fatwa yang kadang kalanya amat pelik dan dan tidak masuk akal. Fatwa seperti ini sama seperti apa yang dikeluarkan oleh pendukung fahaman Wahabi ini.
Antara larangan Wahabi:
Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
Melarang membaca qasidah.
Melarang melagu-lagukan al Quran.
Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Wahabi di Malaysia:
Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).
Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.
Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Mungkin itulah sebabnya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun khabar angin menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali muzakarah atau perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Pertikaian terbaru dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang dikatakan pengamal wahabi juga.
Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik
Jadi kita tahu siapa dia tokoh kononnya ulama yang banyak membuat fatwa pelik.
Adakah beliau ini wahabi ataupun sebaliknya hanya Allah Maha Mengetahui dan masa akan menentukannya
Salam Perjuangan..
BalasPadamTerima kasih atas komen yang diberikan.Penulisan di blog ini bukan lah hasil dari penulisan saya seorang tetapi sumbernya datang dari hasil perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan yang giat mengumpul fakta untuk menepis pelbagai tohmahan dari pelbagai sudut.
Sekali lagi terima kasih saya ucapkan,
Walaupun ini pos lama, tapi apa yg saya nampak sini ialah wahabi tuduh yang ini jahat, yang ini pulak tuduh wahabi jahat. Masing2 tuduh menuduh. Bila nak bersatu? takleh ke kita hanya berjuang sebagai satu nama iaitu Islam? kena ke ada label diantara individu2? Saya sedih sangat sebab apa, setiap kali saya kedengaran bermacam2 orang label sebagai contoh "Arab mazhab lain, kita lain". Bukankah kita ni Islam? Tak boleh ke kita kata "diorang islam, kita islam sama saja", kecuali Syiah kerana mmg akidah dia sudah lari jauh dari Islam. Saya harap dan saya rasa admin pun mengharapkan agar kita semua Islam patut bersatu.
BalasPadam