Selasa, 15 Februari 2011

Kronologi PAS selepas di tendang keluar dari BN...

Dewan Ulamak,PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh,Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN,sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah".Ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah diberikan makna lahir ayat dan bercanggah dengan tafsiran Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang mengaitkannya dengan sebab ingkar barulah menjadi kafir.Sebaliknya jikalau tidak punya kemampuan maka dimaafkan.Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising (Salah seorang ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak, PAS Kelantan). Beliau sendiri terpaksa keluar daripada PAS apabila pandangan bantahannya pada majlis tersebut tidak diterima.Yang lebih jelek lagi ialah hukum kafir itu hanya untuk UMNO. Walaupun PAS bersama memerintah dengan UMNO dalam Kerajaan Campuran Kelantan (1973) dan Kerajaan BN seluruh negara (1974-1977) hukum kafir itu tidak terkena pula ke atas PAS. Sekarang PAS telah memerintah Kelantan dan Terengganu juga sama-sama tidak melaksanakan sebagaimana yang PAS desak supaya UMNO membuatnya dahulu.Disini jelaslah menunjukkan bahawa cara pelaksanaan Islam yang dilakukan oleh UMNO dan BN sudah betul mengikut tahap kemampuan seperti yang dituntut oleh Allah S.W.T.PAS selewengkan hukum dan buat fitnah.

YB. Haji Abdul Hadi Awang SALAH TAFSIR maksud ayat 251 surah al Baqarah dengan kata,Dan jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh, bermusuh, berkelahi nescaya akan rosaklah muka bumi.Ayat cerita Nabi Daud S.A.W. bersama tentera Thalut yang berjaya membunuh Jalut telah ditukar tafsirannya menjadi hukum HARUS BERMUSUH.Pengajaran yang terkandung dalam ayat-ayat 249 (Dalam peperangan, berbagai tipu muslihat musuh mesti diawasi) hingga ayat 252 surah al-Baqarah (Yang menegaskankan bahawa inilah cerita) itu tidak pula diperjelaskan. Pengikut PAS menjadi berani bermusuh kerana ada hukum yang difahami mereka sebagai fatwa "Tuhan Mahu Kita Bergaduh" itu. Ucapan asal YB. Haji Abd. Hadi ini ada dalam kaset rakaman audio.

07 April 1981 YB . Haji Abdul Hadi Awang MENCIPTA HUKUM yang paling kontroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI.Maksud hukum itu ialah "LAWAN UMNO/BN MATI SYAHID". Akibatnya sangat besar sehingga membawa kepada Sembahyang Dua Imam dalam masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu (Jun-Julai 1982) dan sembahyang Jumaat dua se kampung berjumlah 39 buah qariah seluruh negeri Terengganu,berlarutan hingga akhir tahun sekarang.Tiga tahun kemudian hilang 18 jiwa dalam Peristiwa Berdarah Memali, Baling Kedah 19 Nov 1985.

Dalam AMANAT Haji Hadi itu juga terdapat para akhir satu HUKUM CIPTAAN lagi seperti fatwa iaitu "Kita boieh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku".ATAU isu ini disebut juga dengan nama SEKULAR.Penyelewengannya ialah konsep memisahkan agama daripada politik itu tidak diperjelaskan.Buku lslam & Politik, kajian Dewan Ulamak PAS Pusat (Sept., 1980) ada menerangkan konsep memisahkan agama dengan politik (Muka surat 19 dan 23) iaitu negara yang punya ketua agama dan politik berlainan orang. Mengapakah buku Islam & Politik itu tidak diedarkan lagi selepas sekali edar ketika perbicaraan kes fatwa Allayarham Tuan Guru Haji Mustafa di Kampung Raja,Besut tempohari ? Jelas di dalamnya menyebut konsep memisahkan agama dengan politik ialah agama di bawah seorang ketua lain dan politik pentadbiran negara keseluruhannya di bawah ketua yang lain pula.Konsep inilah disembunyikan. Berdasarkan konsep sekular ini maka Malaysia tidak boleh menjadi negara memisahkan agama dengan politik kerana mengikut perlembagaan negara Malaysia sendiri, sudah menetapkan agama dan politik terletak dibawah kuasa raja yang sama iaitu seorang ketua sahaja bagi kedua-duanya iaitu agama dan politik tidak terpisah sama sekaii. Perlembagaan tubuh UMNO juga tidak memisahkan agama iaitu jelas tersurat dalam fasal 3 "Mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara". Kemudian diperkukuhkan lagi dengan fasal 3.3 "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam

Mengenai kata-kata "Pisah agama dengan politik" atau sebaliknya itu pula membawa maksud "Pisahkan parti politik, khususnya PAS itu dengan agama"dan bukannya politik SIASATUL-MUDUN yang sememangnya satu daripada cabang kecil atau ranting Islam di bawah ibadat am.Namun begitu ada ketikanya politik siasatul-mudun juga mesti dipisahkan dalam perjuangan agama dimana umat Islam tidak punya kuasa memerintah negara. Walau bagaimana pun yang timbul di Malaysia ialah politik PARTI ciptaan manusia untuk pilihanraya. Inilah yang mesti dipisahkan dengan agama demi mengelakkan salah faham berlakunya dua FITNAH ini
Fitnah pertama yang timbul ialah salah faham bahawa PAS yang bukan agama itu akan disangka iaitu PAS Islam dan Islam itulah PAS.lnilah realiti yang sedang bercelaru dalam masyarakat Islam Malaysia sekarang.Orang awam tidak dapat membezakan antara parti PAS dengan agama Islam terutama selagi PAS terus menggunakan nama Islam pada partinya.PAS adalah ciptaan manusia,ditubuhkan untuk berebut kerusi dalam pilihanraya walaupun tidak mampu memerintah negara (Parlimen).Agama Islam ciptaan Allah dan tidak terikat dengan kehendak se masa semata-mata. Agama Islam adalah ad-Din iaitu "Barang yang diturunkan (syariat) dari Allah,melalui lidah para nabi Nya mengandungi segala hukum".Islam adalah panduan cara hidup yang berterusan tanpa mengira keadaan di mana berada serta kepentingan sesiapa dan semasa. Islam sesuai pula pada sebilang ketika
Fitnah kedua yang lebih berat akan timbul dan sudah pun ada berlaku sekarang ialah kepada orang fanatik menyokong PAS dengan cara yang melulu membuat anggapan bahawa semua orang atau kumpulan lain di luar PAS adalah tidak Islam.Agama Islam sama sekali tidak boleh menjadi parti kerana parti itu adalah puak yang berbeza-beza dan bermusuhan antara puak itu dilarang oleh Islam. Islam adalah mengandungi rumpun umat yang satu (Ummatan Waahidah) tanpa mengira lokasi dan ideologi. Maka puak parti itulah yang dikatakan pisah agama dengan politik

1963 - Seleweng maksud ayat 28 surah aali-Imran dengan mengatakan“Orang Islam yang bekerjasama dengan kafir memerintah negara menjadi kafir”. Hukum ini dibentang dalam kertas putih Kerajaan Malaysia pada 8hb Nov 1984 m/s 8. Tetapi apabila Pas dapat faedah politik dengan bekerjasama dengan DAP (1999) maka Pas keluarkan hokum baru bahawa ianya mengikut contoh Nabi.

INI PEGANGAN ORANG PAS HARI INI......HASIL TARBIAH TOK GUNDU.......1978 - Seleweng maksud asal ayat-ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidahdengan menghukum penyokong UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Tetapo mengapakah Pas yang turut bergabung dalam Kerajaan campuran Kelantan (1973) dan BN 1974 – 1977) tidak pula dihukum kafir bersama..?

1980 - Haji Hadi Awang selewengkan maksud ayat 251 surah al-Baqarahdengan mengatakan “ Kalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, berbalah, berkelahi; nescaya akan risaklah muka bumi…”

1983 - Pas membuat fitnah kepada perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO dengan mengatakan Asobiyyah. Hadis Asobiyyah diselewengkan maknanya; langsung tidak mengikut makna daripada hadis mahupun dari segi bahasa dalam kamus Arab sebenar.


1985 - Haji Hadi Awang berkata di Kg. Raja Besut (29.12.1985), Dewan Ulamak Pas Kedah telah membuat keputusan 14 orang Pas yang mati di Memali (19 Nov 1985) mati syahid. Yang hairannya Ustaz Fadil Noor kata hukum syahid itu tidak dibuat oleh Dewan Ulamak Pas Kedah. Siapakah sebenarnya berbohong.

1993 - Pembohongan dengan Hudud Pas Kelantan. Dr. Mahathir dituduh mengugut Kerajaan Pas Kelantan dan menolak hudud. Empat muka surat kenyataan Dr. Mahathir telah diselewengkan maksudnya. Hudud juga tidak diwartakan oleh Pas. Pas berjanji di dalam Harakah 28.02.1997 akan bawa deraf Hudud ke Parlimen tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian… nyata PAS bohong.

1999 - Konsep syukur diubah menjadi tidak perlu berterimakasih kepada manusia. Harakah 05hb Mac 1999 melaporkan Dr. Hatta Ramli AJK Pas Pusat berkata“ucapan terima kasih tidak perlu kepada Kerajaan. Inilah natijah salahguna ayat 15 surah Saba’ untuk kepentingan dalam manifesto pilihanraya sahaja. Maksud syukur dalam ayat tersebut meliputi manusia sudah tidak dipakai lagi.

Maksud Hadis Rasullullah S.A.W:
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Rasullullah S.A.W bersabda: “Diperlihatkan (Allah) kepadaku neraka. Ketika itu kulihat kebanykkkan isinya terdiri dari perempuan-perempuan kafir”. Ditanya orang kepada beliau “Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasullullah. “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudia dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata ‘Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit juapun. (Shahih Bukhari -23)

Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah merujuk hadis ini mengingatkan orang-orang Islam supaya hendaklah kita berterima-kasih sesame manusia sebagaimana yang dituntut Islam dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Ulama Pas. Tetapi sebaliknya juak-juak Pas menuduh Tun Dr.Mahathir menghina Rasullullah.

2000 - Haji Hadi Awang MEMPERMAINKAN HUDUD apabila tidak mengambil sahaja Hudud Pas Kelantan untuk kegunaan di Terengganu ketika ia memerintah. Sebaliknya beliau membuat alasan Hudud jika hendak melaksanakannya perlu melalui proses yang panjang dan dikatakan pula hudud adalah 1 per 10,000 (0.0001) daripada Hukum Allah. Ertinya Hadi Awang yang menolak hudud Pas Kelantan.

Berpura-pura dengan Negara Islam iaitu setelah memerintah Terengganu, Haji hadi Awang berkata perlu masa lama. Sebab itulah ketika DAP menentang Negara Islam, Nik Abd. Aziz membuat pendirian bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam seterusnya bersedia menggurkan slogan Negara Islam. Dalam hal ini Pas sanggup bekerja sama dengan Parti Kafir yang secara terangan menolak Islam.

Menyelewengkan definasi konsep kerajaan sekular. Sekular dalam erti memisahkan agama dengan Politik sudah dijelaskan dalam buku kajian Ilmiah Dewab Ulamak Pas Pusat (September 1980). Namun buku tersebut telah ditarik balik selepas diedarkan di Kg. Raja tahun 1981 kerana tidak menguntungkan Pas. Berdasarkan buku tersebut pada muka surat 19 hingga 2, konsep memisahkan agama dengan politik ialah Ketua Negara berlainan agama. Yang demikian Kerajaan Malaysia tidak wujud system pemerintahan secular. Namun demikian konsep secular terus menerus diselewengkan oleh kerajaan Pas Terengganu bahkan menjadikannya sebagai teks ucapan khutbah Jumaat di seluruh negeri Terengganu ketika Pas memerintah.

Penyelewengan akidah Pas berterusan apabila amalkan sembahyang 2 imam di dalam masjid dan waktu yang sama di Majsid Gong Pasir sekitar bulan Jun hingga Julai 1982.

Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Shanon Ahmad telah sanggup mengucapkan bahawa Allah juga mencarut. Beliau merujuk maksud surah al-Lahab sedangkan dalam ayat tersebut tiada pun bukti ayat mencarut. Beliau juga berkata masih terdapat banyak akat-ayat mencarut di dalam Al-Quran. Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari Ulama-Ulama terdahulu yang membolehkan sesame manusia mencarut? Kenapa isu ini ditimbulkan oleh N.ajis setelah Shanon mencarut dengan menyebut kemaluan ibu Dr. Mahathir di dalam buku karyanya.

Maksud Hadis Attirmidzi – Rs 2/545
Ibnu Mas’ud r.a Berkata: Rasullullah SAW bersabda: "seorang mu’min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah."

H.R Bukhary-Muslim – 10
Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibu-bapa sendiri. Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah: Adakah mungkin seseorang itu memaki ibu-bapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibu-bapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki balik ibu-bapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri.

Pas berakad dengan kafir yang menolak Islam (DAP). Rujuk maksud surah Mumthahanah ayat 8 dan 9.

Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

DAP telah jelas menolak Islam dan menolak Negara Islam. Pemimpin DAP mencabar sekiranya hendak laksanakan juga, langkah mayat mereka dulu. DAP adalah musuh Islam yang sangat nyata tetapi Pas sanggup bersengkokol dan berpelukan besama mereka. Semasa mencapai kemerdekaan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah mengadakan perjanjian bersetuju antaranya Tolenrasi akan kebesan beragama, HAK KETUANAN MELAYU dan ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DAN MENJADI KEUTAMAAN DARI SEGALANYA. DAP memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA dan enggan mengekalkan Hak Ketuanan Melayu/Islam. Ternyata perbuatan Pas bersengkokol dengan DAP adalah bertentangan dengan AL-Quran dan ajaran Islam



Source: Info For The Truth


Credit: SAA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan