Selasa, 15 Februari 2011

14 Feb 1942 Hari memperingati kekasih: Leftenan Adnan Saidi

Leftenan Adnan Saidi yg terkorban kerana mempertahankan negara.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.   Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya.

The values that we have learnt from Leftenan Adnan are : - A brave person - A good leader - Respect one another -Willing to die for own country - Perseverance - Determine - Fight for what is right - Lookout for one another - Fair - Never compare one another 

Dari kita menyambut sambutan yang tiada kena mengena dengan kita lebih pada 14 Februari ketika sedekahkan Al-Fatihah kepada Leftenan Adnan Saidi yang telah terkorban hari tersebut moga rohnya dicucuri rahmat.... Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan