Rabu, 15 Februari 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan: Haram main Forex Internet


KOTA BHARU – Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.

“Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram,” tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.

“Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.


Sumber: Harian Metro Online

Wajib Baca !!! Beginikah pluralisme agama?





Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria akhirnya memahami berlakunya salah faham dan putar belit isu mengenai maklumat tentang kehadiran PM ke Batu Caver bersempena perayaan Thaipusam.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk perdana menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.





"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh perdana menteri hari ini.

Harussani yang hadir pada seminar itu berkata perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.



Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan PAS di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera PAS seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.

Sumber : Gelombang Rakyat





Apakah ini Pluralisme agama yang cuba diterapkan oleh Anwar?

Depan Melayu



Depan Cina



Depan India


P/S: A.B.A.I - Asal Bukan Anwar Ibrahim

Selasa, 14 Februari 2012

Gempar !!! Orang BN cuba 'merasuah' peserta Bersih.

Nampaknya tindakan agresif Barisan Nasional cuba 'merasuah' peserta Bersih telah berjaya dikesan



P/S:hahahaha... Jahat ye Orang BN ni main 'Rasuah-rasuah'

Isnin, 13 Februari 2012

Gempar !!! Pengusiran Hamza tebalkan imej negatif kemanusiaan????


Kadang-kadang aku tak faham langsung motif sesetengah individu dalam pakatan haram yang mengatakan penghantaran Kolumnis Arab Saudi Hamza Kashgari melanggar hak asasi manusia.

Petikan dari MalaysiaKini

Pengusiran wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari yang didakwa menghina Islam akan menebalkan imej negara ini yang didakwa agak negatif dalam isu kemanusiaan dan ketelusan undang-undang, kata sebuah NGO anak muda.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, walaupun Malaysia terikat dengan perjanjian ekstradisi, Hamza patut diberikan ruang menggunakan sistem perundangan di "tanah berdaulat ini".

NONE"Rekod Hamza yang juga merupakan aktivis masyarakat, yang punya rekod membela penindasan wanita juga harus diambil kira dalam menghakimi beliau," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Kelmarin, usaha aktivis hak asasi manusia untuk menghalang pihak berkuasa mengusir Hamza Kashgari melalui penyerahan perintah interim - yang didakwa diperoleh daripada mahkamah - gagal apabila gagal tiba pada sebelum pengusiran dibuat.

Sehari selepas itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun berkata pihaknya tidak menerima sebarang perintah injuksi daripada mahkamah.

Dalam kenyataannya, Badrul juga berkata, Hamza yang menghadapi hukuman mati sudah bertaubat dan memohon maaf, walaupun keikhlasannya hanya diketahui oleh Tuhan dan dirinya sahaja.

Sabtu lalu, semasa sambutan Maulidur Rasul, Hamza didakwa menulis kata-kata yang menyinggung umat Islam di Twitter, antaranya amat mengagumi sifat Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut, tetapi setaraf dengannya.

Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.




Sedikit ulasan tentang isu diatas, mengapa hendak dikotorkan 'tanah berdaulat' ini dari orang yang terang lagi bersuluh menghina Nbbi besar junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Jangan disebabkan fahaman politik yang berbeza orang seperti ini hendak dibela atas alasan hak asasi manusia.

Tindakan kerajaan menghantar pulang Hamza Kashgari adalah tepat dan bergantung kepada kerajaan Arab Saudi untuk menentukkan hukumannya

P/S:Semua benda nak dipolitikkan.

WOW !!! RAFIZI MASYUK GAJI 25 RIBU SEBULAN


Tindakan Rafizi Ramli terus-menerus menyerang Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan tuduhan-tuduhan yang diputar belit telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan ahli-ahli PKR sendiri di Selangor.

Khamis petang sel13.com diajak untuk berjumpa dengan seorang ahli PKR yang juga seorang ahli majlis sebuah PBT di Selangor. Kata ahli PKR berkenaan tindakan Rafizi itu berkemungkinan akan mengundang tindak balas agresif dari pihak lawan mereka.

Katanya kepada wakil sel13.com, “tuan ingat semua orang-orang PKR yang ada jawatan di Selangor bersih ke ? “

Beliau turut berkata Rafizi hanya mementingkan dirinya sahaja untuk dipotretkan sebagai hero. Dia tidak fikir bagaimana jentera parti dibawah bekerja dan segala-galanya memerlukan wang. Katanya lagi, “Rafizi masuk politik terus berada diatas dan dapat gaji puluhan ribu sebulan,dia tidak tahu susah payah orang di bawah” .

Sel13.com diberikan satu salinan resume Rafizi Ramli semasa memohon kerja sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.


Sumber: Sel13

P/S: Err tapi kenapa Bos dia gaji 1 ringgit je hehehehe

HOT NEWS !!! NIK AZIZ GESA ANWAR TARIK BALIK KENYATAAN ATAU SAMAN WSJ


Buat pertama kalinya Harakah dan Nik Aziz membuat perkara yang betul

Petikan dari Harakah

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.


Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H

P/S: hehehehehe... ada berani ke nak saman WSJ hehehehehe

Ahad, 12 Februari 2012

Wajib Baca !!! PERISTIWA KEKECOHAN DICERAMAH ADAM ADLI KG IDAMAN KLANG-JANGAN CAKAP UMNO BACUL



suasana dihadapan pintu Dewan Kg Idaman

KLANG 11 FEB-Dewan Kg.Idaman menjadi tumpuan penduduk setempat bila insiden tampa diduga telah berlaku seawal jam 8:00 malam manakala dalam dewan belum ada hadirin kecuali seorang petugas yang menyelia alat siar raya.

Ketika insiden berlaku warong makanan dan minuman yang dibuka untuk kemudahan orang ramai belum ada pelanggang kecuali beberapa orang pemilik warong .

Manakala si bangsat yang dirsenarai sebagai tetamu pondan pada majlis yang dianjur oleh Parti Keadilan belumpun nampak batang hidung semasa kejadian berlaku sebaliknya muncul selepas polis tiba..

1-Syukri Razak

(Pengerusi SMM)

2-Adam Adli

(Pengeruis LMP)

3-Dr Ahmad

(SMM)

4-Ekhsan Bukhari

(Setiausaha Akhbar AKSI)

5-Khalid Ismath

(Timbalan Presiden KAMI)

6-Safwan Anang

Petikan harakan on line No:1

“Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.

Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.”

Penulis artikel yang dimuat dalam Harakah Daily mengulas insiden yang berlaku pula seumpama lebih sudu dari kuah bila mengatakan lebih 50 orang samseng menyerbu dewan dengan mensasarkan pemimpin pelajar dengan memecah meja dan kerusi adalah meleset sama sekali.

Difahamkan,tiada meja dalam dewan semasa insiden berlaku kecuali tempat letak peralatan yang berkaitan dengan alat siar raya dan meja itu tidak diapa-apakan. manakala kerusi pula tidak kesemuanya dirosakan.

Jika benar 50 orang yang dituduh sebagai samseng mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli,sudah tentu mereka menunggu kehadiran Adam Adli.

Tanda-tanda bantahan awal

Lagipun tanda-tanda bantahan awal sudah ada pada kain rentang sebagai mesej tidak pula pengajur mahu fikirkan ,adakah pengajur semuanya berotak rosak?.

Andainya pengajur otaknya tidak rosak sudah pasti tahu menilai mesej yang disampaikan dan tidak pula nama Arwah Datuk Zakaria diletakkan pada risalah sebagai penujuk lokasi.

Petikan harakah online no: 2

”Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.

Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan”

Hadapan Balai Polis Pandamaran

Penulis artikel yang dimuatkan dalam harakahdaily.net seperti tidak ada dilokasi kejadian jika dilihat pada artikel yang ditulis atau sengaja memutar belit isu.

Sebenarnya orang ramai yang hadir di Balai Polis Pandamaran datang memberi sokongan kepada beberapa orang rakan mereka yang telah ditahan Polis untuk soal siasat berkenaan dengan kekecohan yang berlaku, bukanya datang mengepung mahasiswa pondan pujaan Pakatan Rakyat hatta tidak ada sebarang kekecohan berlaku di Balai Polis Pandamaran.

Dihadapan Pintu Masuk Dewan Kg Idaman

Jika benar polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan,sebab apa pula beberapa orang yang ditahan dan disoal siasat berkaitan kekecohan di Dewan Kg Idaman juga dibawa ke IPD Klang .Adakah di kepung oleh penyokong Pakatan Rakyat dan tidak selamat berada di Balai Polis Pandamaran .

Hadapan IPD Klang

Keberanian puak-puak pondan Penipu Rakyat memaki Polis,mencaci penyokong umno disetiap penjuru tanah air nampaknya manjadi bacul bila berhadapan dengan kumpulan yang benar-benar sedia menerima dan membalas balik apa yang selama ini meraka lemparkan.

Jangan Cakap UMNO bacul…………….


Sumber: Shahalamkini.com

P/S: Orang kampung dah bagi warning takkan tak faham bahasa kot kata Mahasiswa hehehehe

Wajib Baca !!! Sejarah Valentine dan Hukum Menyambutnya


Sejarah Valentine Day

Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.

Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.

Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.

Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.

Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.

Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.

Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.

Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.

Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.


Hukum Sambutan Valentine Day

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:


“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)


Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.

Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)


Dipetik dari Wikipedia

Malaysia

Islamic officials in Malaysia warned Muslims against celebrating Valentine's Day, linking it with vice activities. Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said the celebration of romantic love was "not suitable" for Muslims. Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, head of the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), which oversees the country's Islamic policies said a fatwa (ruling) issued by the country's top clerics in 2005 noted the day 'is associated with elements of Christianity,' and 'we just cannot get involved with other religion's worshipping rituals.'

Jakim officials planned to carry out a nationwide campaign called "Awas Jerat Valentine's Day"("Mind the Valentine's Day Trap"), aimed at preventing Muslims from celebrating the day on 14 February 2011. Activities include conducting raids in hotels to stop young couples from having unlawful sex and distributing leaflets to Muslim university students warning them against the day.

On Valentine's Day 2011, Malaysian religious authorities arrested more than 100 Muslim couples concerning the celebration ban. Some of them would be charged in the Shariah Court for defying the department's ban againsts the celebration of Valentine's Day.

P/S: Tak payah la sibuk-sibuk nak sambut hari kekasih konon. Satu hari je sayang kekasih lagi 364 hari tak sayang la hehehehe

Panas !!! Mari berkenalan dengan Melayu penjilat tegar DAP


Ini dia pemidato jalanan Melayu penjilat punggung DAPigs.Hanya dengan beberapa tin Beer dia sanggup menghentam keturunannya dan bangsanya sendiri.



Mari kita saksikan video ini anda nilaikan sendiri orang macam mana kah ini



Tapi syukur lah ada juga anak muda yang berani tampil menyahut cabaran di atas pentas pidato ini.

Lihat sahaja provokasi yang mereka lakukan ketika anak muda ini cuba mempertikai janji-janji Lim Guan Eng ketika PRU 12 iaitu menghapuskan tol Sg Nyior dan pelbagai lagi isu semasa.

Semangat dan keberanian seperti ini yang amat kita perlu oleh anak muda kita untuk bertarung diatas pentas tajaan pakatan haram

P/S: Kepada pemuda berkenaan tahniah diucapkan kerana berani merentas badai lautan pakatan haram.

Khamis, 9 Februari 2012

Panas !!! Isu pekerja KFC menumbuk pelanggan

Isu pekerja KFC menumbuk pelanggan hangat di perkatakan ketika ini dan keadaan ini dilihat seolah-olah memburukkan kredibiliti KFC di mata pelanggan



Tetapi Al-Kisahnya.

Mengikut saksi-saksi yang berada ditempat kejadian, pelanggan tadi berang kerana terpaksa menunggu lama kerana ayam dikatakan habis.

Sebenarnya ayam tidak habis tetapi sedang di masak kerana jumlah pelanggan yang datang adalah ramai



Di sini PB nak ulas sedikit pasal isu ni.Pekerja-pekerja KFC ni terdiri dari anak-anak muda yang gajinya tak berapa nak besar.Masa bekerja mereka pula mengikut shift dan bergantung kepada jumlah pelanggan dan waktu puncak

Jika dilihat dari video diatas mereka cuma akan menyerang jika berlaku provokasi melampau dari seseorang individu.Dalam hal ini individu yang bernama pelanggan ini melakukan provokasi terhadap pekerja KFC ini.

Walaupun sebagai pelanggan kita mempunyai imuniti iaitu "customer always right" tetapi pada sudut kemanusiaan kita patut melihat bagaimana penatnya mereka cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

Sebagai pelanggan tidak boleh kah jika bertanya elok-elok jika tidak angkat kaki dan pergi ke tempat lain, tidak perlu untuk melakukan provokasi

Lagi satu kenapa pelanggan yang ditumbuk tadi tidak melaporkan kepada polis? Jika benar dia tidak bersalah dalam hal ini

Sebenarnya tidak timbul perkara perkauman disini.Yang menjadi punca ialah Provokasi yang melampau

Mungkin pelanggan tu perlu belajar satu perkataan yang amat penting iaitu RESPECT

P/S: Jangan anggap kita boleh lakukan apa sahaja hanya kerana penyataan "Customer Always Right''kerana kadang-kadang "Customer come on wrong time"

Rabu, 8 Februari 2012

Gempar !!! Chegubard akan dedahkan hubungan kerajaan BN dan Israel?


Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mencanangkan slogan anti-Israel, kerajaan pula secara terang-terangan menjalinkan hubungan dagang dengan rejim itu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.

Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Menurut Chegu Bard kepada media sewaktu sidang akhbar SMM di Johor, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Tegas beliau, hubungan dagang itu menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Sumber: Utara News

P/S: Kehkehkeh bos dia terang-terang kata I support all efforts to protect the security of the state of Israel


Gempar !!! Hindraf mabuk mahu saman PM dan TPM 55 bilion ringgit



Agaknya Hindraf ni dah hilang akal kot.Apa halnya tetiba hendak saman PM dan TPM RM 55 billion kerana menindas kaum india sejak merdeka lagi

Deyy Macha betul ka orang india ditindas sejak merdeka lagi?

Mari kita lihat apa penindasan yang telah dilakukan terhadap masayarakat India

1.Ananda Krishnan



Nilai kekayaan pada 2011 ialah 9.5 billion dan menduduki tempat kedua dalam carta orang terkaya di Malaysia


2. A.K Nathan



Nilai kekayaan pada 2011 ialah 600 juta dan menduduki tempat empat belas carta orang terkaya di Malaysia

3.G.Gnanalingam



Nilai kekayaan pada 2011 ialah 420 juta dan menduduki tempat dua puluh tiga carta orang terkaya di Malaysia

Sumber: Top 40 Richest People in Malaysia 2011

Ketiga-tiga individu tersebut tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia walaupun golongan seperti mereka dikatakan oleh Hindraf ditindas sejak Merdeka lagi.

Dan lagi antara penindasan yang dilakukan terhadap kaum India


Senarai Sekolah Rendah Tamil di Malaysia


Berikut ialah sebahagian senarai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di seluruh Malaysia. Terdapat 524 SJK Tamil di seluruh Malaysia, 324 adalah sekolah bantuan kerajaan yang kebanyakannya terletak di kawasan estet manakala bakinya adalah sekolah kerajaan.


* 1 KEDAH
* 2 PULAU PINANG
* 3 PERAK
* 4 SELANGOR
* 5 PAHANG
* 6 KUALA LUMPUR
* 7 NEGERI SEMBILAN
* 8 MELAKA
* 9 JOHOR



KEDAH

1. SJK (T) Kulim
2. SJK (T) Ladang Badenoch
3. SJK (T) Ladang Binjol
4. SJK (T) Ladang Bukit Sembilan
5. SJK (T) Ladang Katumba
6. SJK (T) Ladang Kuala Ketil
7. SJK (T) Ladang Kim Seng
8. SJK (T) Ladang Malakoff
9. SJK (T) Ladang Pelam
10. SJK (T) Ladang Sungai Puntar
11. SJK (T) Tun Sambanthan
12. SJK (T) Ladang Sungai Tukang
13. SJK (T) Ladang Sungai Getah
14. SJK (T) Ladang Kuala Muda, Bhg Home
15. SJK (T) Ladang Sungai Dingin
16. SJK (T) Ladang BMR, Kulim
17. SJK (T) Mahajothy
18. SJK (T) Batu Pekaka
19. SJK (T) Padang Meiha
20. SJK (T) Paya Besar
21. SJK (T) Victoria
22. SJK (T) Harvard 1
23. SJK (T) Harvard 2
24. SJK (T) Harvard 2
25. SJK (T) Ladang Sungai Raya
26. SJK (T) Bedong
27. SJK (T) Saraswathy
28. SJK (T) Bukit Jenun
29. SJK (T) Dabulin Karangan

PULAU PINANG

1. SJK (T) Ladang Jawi
2. SJK (T) Ladang Alma
3. SJK (T) Ladang Juru
4. SJK (T) Ladang Malakoff
5. SJK (T) Ladang Mayfield
6. SJK (T) Ladang Prye
7. SJK (T) Rajaji
8. SJK (T) Ramakrishna
9. SJK (T) Sungai Ara
10. SJK (T) Ladang Valdor
11. SJK (T) Sungai Bakap
12. SJK (T) Azad
13. SJK (T) Bayan Lepas
14. SJK (T) Bukit Mertajam
15. SJK (T) Ladang Byram
16. SJK (T) Nibong Tebal
17. SJK (T) Ladang Changkat
18. SJK (T) Ladang Sempah
19. SJK (T) Ladang Krian
20. SJK (T) Ladang Transkrian
21. SJK (T) Permatang Tinggi
22. SJK (T) Palaniandy
23. SJK (T) Mak Mandin
24. SJK (T) Perai
25. SJK (T) Jalan Sungai
26. SJK (T) Tasik Permai

PERAK

1. SJK (T) Kerajaan, Jalan Sungai Pari, Ipoh
2. SJK (T) Ladang Yam Seng, Semanggol
3. SJK (T) Ladang Changkat Salak, Salak Utara
4. SJK (T) Ladang Selaba, Teluk Intan
5. SJK (T) Ladang Jendarata 1, Teluk Intan
6. SJK (T) Ladang Getah Taiping
7. SJK (T) Pangkor
8. SJK (T) Taman Desa Pinji
9. SJK (T) Kampung Tun Sambanthan, Ayer Tawar
10. SJK (T) Ladang Ayer Tawar
11. SJK (T) Ladang Cluny
12. SJK (T) Ladang Banopdane
13. SJK (T) Kampung Baru Matang
14. SJK (T) Ladang Sogomana
15. SJK (T) Kampong Colombia, Ayer Tawar
16. SJK (T) Flemington
17. SJK (T) Bandar Behrang
18. SJK (T) Batak Rabit
19. SJK (T) Jebong Lama
20. SJK (T) Ladang Kota Bahroe
21. SJK (T) Methodist Malim Nawar
22. SJK (T) Ladang Gapis
23. SJK (T) Nova Scotia 2
24. SJK (T) Ayer Tawar
25. SJK (T) Ladang Kelapa Bali

SELANGOR

1. SJK (T) Bestari jaya
2. SJK (T) Methodist, Klang
3. SJK (T) West Country Barat
4. SJK (T) Jugra
5. SJK (T) Batu Arang
6. SJK (T) Ladang Escort, Hulu Selangor
7. SJK (T) Pulau Carey Selatan
8. SJK (T) Pulau Carey Barat
9. SJK (T) Kuala Selangor
10. SJK (T) Ldg. Sungai Tinggi
11. SJK (T) Batu Ampat
12. SJK (T) Batu Caves
13. SJK (T) Vivekananda
14. SJK (T) Vallambrosa
15. SJK (T) Hicom
16. SJK (T) Effingham
17. SJK (T) Ladang Emerald, Klang
18. SJK (T) Ladang Sungai Choh, Rawang
19. SJK (T) Vageesar,Kuala Selangor
20. SJK (T) Serdang

PAHANG

1. SJK (T) Ladang Lanchang
2. SJK (T) Ladang Semantan
3. SJK (T) Ladang Yeow Cheng Luan
4. SJK (T) Ladang Jeram
5. SJK (T) Ladang Telemong
6. SJK (T) Ladang Kuala Reman
7. SJK (T) Ladang Karmen
8. SJK (T) Ladang Edensor
9. SJK (T) Ladang Sg. Palas
10. SJK (T) Ladang Gali
11. SJK (T) Ladang Bee Yong
12. SJK (T) Ladang Mentakab
13. SJK (T) Ladang Menteri
14. SJK (T) Ladang Kemayan
15. SJK (T) Ladang Boh 2
16. SJK (T) Shum Yip Leong
17. SJK (T) Ladang Cheroh

KUALA LUMPUR

1. SJK (T) Appar, Jalan Raja Laut
2. SJK (T) St Joseph, Sentul
3. SJK (T) Thambosamy Pillai, Sentul
4. SJK (T) Saraswathy, Old Klang Road
5. SJK (T) Sentul, Jalan Sentul
6. SJK (T) Kampung Pandan, Jalan Thaver
7. SJK (T) Cheras, Jalan Cheras
8. SJK (T) San Peng
9. SJK (T) Segambut
10. SJK (T) Bukit Jalil
11. SJK (T) Bangsar
12. SJK (T) Vivekanantha
13. SJK (T) Fletcher

NEGERI SEMBILAN

1. SJK (T) Ladang Batu Hampar
2. SJK (T) Ladang Repah
3. SJK (T) Ladang Kelpin
4. SJK (T) ladang st. Helier
5. SJK (T) Ladang Geddes
6. SJK (T) Ladang Jeram
7. SJK (T) Ladang Sialang
8. SJK (T) Ladang Sagga
9. SJK (T) Ladang Jindram (Desa Cempaka)
10. SJK (T) Bandar Spring Hill

MELAKA

1. SJK (T) Ladang Gadek
2. SJK (T) Pulau Sebang
3. SJK (T) Ladang Tebong
4. SJK (T) Rumbia
5. SJK (T) Ladang Sungai Baru
6. SJK (T) Ladang Bukit Asahan
7. SJK (T) Ladang Bukit Kajang
8. SJK (T) Ladang Air Hitam, Bahau, NS.
9. SJK (T) Ladang Chembong

JOHOR

1. SJK (T) Gelang Patah
2. SJK (T) Ladang Nordanal
3. SJK (T) Ladang Bekoh
4. SJK (T) Ladang Lambak
5. SJK (T) Ladang Sembrong
6. SJK (T) Ladang Simpang Renggam
7. SJK (T) Ladang Layang
8. SJK (T) Permas Jaya
9. SJK (T) Sri Gading
10. SJK (T) Ladang Ulu Remis
11. SJK (T) Ladang Pelepah
12. SJK (T) Ladang Nam Hen
13. SJK (T) Ladang Kelan
14. SJK (T) Ladang Tangkah
15. SJK (T) Ban Heng
16. SJK (T) Ladang Tebrau
17. SJK (T) Ladang Sungai Plentong
18. SJK (T) Ladang Voules
19. SJK (T) Ladang Kulai Oil Palm
20. SJK (T) Pasir Gudang
21. SJK (T) Ladang Gomali
22. SJK (T) Sungai Senarut
23. SJK (T) Ladang Sungai Muar
24. SJK (T) Bandar Segamat
25. SJK (T) Ladang Mengkibol
26. SJK (T) Fortress
27. SJK (T) Sungai Papan

Tiada kerajaan di dunia yang menjaga kebajikan kaum minoriti seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional.

P/S: Bersyukurlah dengan apa yang kita.

Selasa, 7 Februari 2012

Panas !!! PAS Umum calon MB Johor



Selamba sahaja PAS umumkan calon MB mereka hari ini. Sudahlah begitu, yang terbaik boleh ditawarkan kepada orang Johor pula hanyalah Salahuddin Ayub, seorang pemimpin PAS yang tidak pernah ada telor untuk bertanding di negerinya sendiri sebelum ini. Alih-alih balik hendak jadi MB terus.

Kami pasti pengumuman mengejut PAS ini bukan sahaja membuatkan TUAN DAP mereka melenting, bahkan akan turut menyebabkan beberapa pemimpin PAS tempatan kecewa. Inilah wajah sebenar PAS, Mazlan Aliman yang mati kering buat DOSA, Salahuddin pula yang dapat jadi MB. Sebab itu, Hassan Ali kata PAS banyak parasit.

Lagi satu, takkanlah PAS hendak humban Chua Jui Meng ke Sungai Muar? Sudahlah PKR berhabis berjuta RM sebelum ini berkempen ke seluruh negeri menjaja nama pengkhianat seorang ini sebagai MB pertama bukan Melayu Johor. Toleransi kaumlah kononnya.

Dan akhir sekali, apa untungnya orang Johor kalau si Salahuddin ini diangkat sebagai MB? Kalau selama ini menang bertanding pun di kerusi-kerusi yang orang kata letak selipar jepun pun, PAS boleh menang. Sudahlah begitu, besar sangatkah jasa beliau sebagai wakil rakyat sehingga layak untuk dinobatkan sebagai calon MB?!!

Sumber: KLIK SINI

P/S: Semua nak jadi MB ni tak payah pakat la mcm ni hehehehe

Khamis, 2 Februari 2012

Wajib Tonton: Debat Khairy vs Rafizi di London

Video perdebatan antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli




P/S: Penonton kata Khairy 1, Rafizi 0

Rabu, 1 Februari 2012

YB Pakatan Haram ajak rakyat Selangor hidup ala-ala Flinstone Yabedabeduuuu


Reka bentuknya telah pun siap. Peruntukan untuk membina loji air ini juga telah tersedia. Malahan, tapak tanah untuk loji dan projek ini telah pun diambil dan siap sedia untuk digerakkan projek berdekatan Hulu Langat, Selangor ini.

Tetapi cuma kerajaan PKR Selangor melalui Majlis Daerah Perbandaran Hulu Langat tidak mahu mengeluarkan Development Order atau kebenaran merancang. Semuanya jadi tak kena menyebabkan projek Langat 2 ini tertangguh selama satu setengah tahun.


Tanpa Development Order ini, Kerajaan Persekutuan tidak boleh memanggil tender untuk membina loji tersebut.

"Dengan semua persiapan sudah tersedia, Kerajaan Persekutuan sudah mahu menggerakkan pembinaan loji ini tetapi masih memerlukan dua lot yang berdekatan dengan loji untuk projek tersebut.

"Tetapi kerajaan PKR Selangor melalui Exco kerajaan negerinya tidak mahu meluluskan pengambilan dua lot tanah ini untuk tujuan projek.

"Tidak tahu apa motifnya tetapi berkemungkinan besar kerana mereka ingin kawal 'business' air di negeri Selangor ini," kata seorang sumber semalam.

Bercerita tentang air, negara sebenarnya telah pun menghadapi krisis bekalan ini pada 1998. Oleh sebab itu, kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah mula merancang mulai 1998 lagi untuk mengelak krisis air ini tidak berulang.

Kalau bekalan api elektrik tak ada tidak mengapa, tapi jangan tidak ada air, kata seorang rakan. Sangat pedih jika krisis air ini berulang. Sebab itu jika tindakan susulan tidak diambil segera, negara akan menghadapi krisis air sekali lagi pada 2014 nanti - dua tahun sahaja dari sekarang.

Ketika ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Pahang ke Hulu Langat. Projek membina laluan paip dan terowong sedang berjalan. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM8 bilion termasuklah kos pengambilan tanah, pembinaan dan jururundingnya.



Kerajaan Persekutuan pun sudah ada peruntukannya. Oleh kerana pentingnya projek ini, Kerajaan Persekutuan juga telah mendapatsoft loan daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM3 bilion untuk tujuan itu. Dan seperti masalah di atas dengan kerajaan PKR Selangor yang tidak tahu motifnya, projek ini tertangguh sehingga hari ini.


Apa akan berlaku kalau projek loji air di Hulu Langat ini terus tertangguh?

1. Krisis air akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2. Cuma, sekiranya projek ini dapat disempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang akaun air akan dapat menikmati air mentah bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta rakyat akan dapat menikmati air mentah bersih ini (1.4 juta akaun x 5 orang dalam sebuah rumah).

3. Kalau projek ini tertangguh lagi, kos pembinaannya akan bertambah tinggi.

4. Bila kosnya bertambah tinggi, kos air bersih kepada rakyat pada masa akan datang - akan bertambah tinggi juga.

5. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan flat yang lebih dari 5 tingkat.

6. Tanpa air yang mencukupi, water pressure akan berkurangan. Maka, bangunan lebih 5 tingkat tidak akan dapat bekalan air.

7. Maka penduduk akan terpaksa mengambil air dari bawah flat atau bangunan dengan menggunakan tangki air.

8. Pemaju perumahan, pemaju hartanah dan pemaju pejabat-pejabat akan meminta assurance for future water supply untuk menjalankan projek-projek hartanah di Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan melabur di tempat lain atau negeri lain.


Sebenarnya kementerian berkenaan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Keputusannya - Abdul Khalid tidak bersetuju dengan projek ini.



Demi politik kerajaan PKR Selangor, rakyat seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seramai lebih kurang 7.5 juta orang tidak akan menikmati air mentah bersih secara percuma mulai 2014.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek ini dengan tidak mahu meluluskan Development Order dan '2 lot tanah' - agar projek air mentah bersih ini gagal.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek loji ini di mana akan menyebabkan tarif air yang akan dibayar oleh rakyat Selangor nanti bertambah mahal dan tinggi.

Demi politik, Menteri Besar Selangor sanggup memberi rakyat potongan serta diskaun kepada tarif air yang dibayar sekarang.

Tetapi sebaliknya sabotaj projek air Kerajaan Persekutuan yang ikhlas membantu rakyat agar krisis air pada 2014 tidak berlaku.-UM.



Sumber : Belantan




Aku nak petik sikit kenyataan Xavier semasa ditemuramah Bernama;


Dr Xavier mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tertangguh dan mengalami kelewatan kerana kerajaan negeri Selangor masih tidak memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Dalam pada itu Dr Xavier juga berkata agak mustahil krisis bekalan air di Selangor akan berlaku pada 2014 sebab negara ini menerima kadar purata hujan sehingga 240 milimeter setahun.

Kalau aku kata bengong mesti dia tak boleh terima kan...

Pertama sekali, 240mm setahun atau 2,400mm setahun ? Ikut sedap mulut dia je...

Keduanya, kawasan tadahan bukan ke dah habis ????

Kawasan tadahan adalah kawasan-kawasan hutan di hulu ampangan setiap ampangan.

Kalau di Selangor, Kawasan Tadahan Semenyih (Ampangan Semenyih), Hulu Langat, Hulu Klang, Hulu Yam (Ampangan Batu), Sg Buluh (Ampangan Buluh) dan Hulu Selangor (Ampangan Sg Selangor).

Ketiga, penggunaan air meningkat mengikut pertambahan penduduk dan pembangunan manakala kawasan tadahan tak bertambah.

Mana nak cari air ???

Aku nak petik lagi sekali ayat dia yang betul-betul buat aku touching giler...

Dalam pada itu Dr Xavier juga berkata agak mustahil krisis bekalan air di Selangor akan berlaku pada 2014 sebab negara ini menerima kadar purata hujan sehingga 240 milimeter setahun.
YB bengong ni nak suruh rakyat Selangor hidup macam manusia zaman batu ke ???

Jika ye sekalipun rakyat Selangor akan kembali ke zaman APES yang bergantung pada air hujan tu, kita cuba tengok realiti sebenar.

Kalau rumah lot atau bungalow (macam YB Pakatan Haram Jadah) boleh lah tadah air hujan macam zaman batu (flinston).

Macam mana pula ye bagi yang tinggal di flat, apartment dan condo ??? Apa yg nak di tadah ???

Sedangkan yang tinggal di rumah teres pun susah nak tadah air hujan !

Bodoh lagi bangang tahap gaban maximum YB Pakatan Haram Jadah ni...

Sumber: I4TT

P/S:Rumah kat Selangor ni makin bertambah Yb oiii kawasan tadahan air berapa hektar je kat Selangor ni...