Ahad, 10 Jun 2012

Wajib Baca !!! Baru gertak sikit Khalid gagap dah mengelabah berintegriti konon.


Gua rasa nak tergelak pun ada apabila Khalid gagap pada malam ceramah Merdekakan Rakyat di Stadium Kajang, semalam mengatakan perbuatan kerajaan Pusat membekukan kemudian menarik balik pembekuan disifatkan tidak berintegriti..

KAJANG - Kerajaan Pusat didesak mohon maaf berhubung tindakan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa baru Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung isu itu disifatkan sebagai 'main-main' apabila PTPTN diberikan semula.

Abdul Khalid berkata, wang PTPTN adalah dana awam yang tidak boleh disalahgunakan dan perlu dibezakan dengan wang sendiri.

“Soal PTPTN ini bukan main-main.

Bukan jumlah RM1, tapi beribu juta ringgit,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah Merdekakan Rakyat di Stadium Kajang, semalam.

Kelmarin, Mohamed Khaled berkata, pembekuan sementara PTPTN sekadar untuk menilai sama ada betul atau tidak Pakatan Rakyat (PR) mahu melaksanakan pendidikan percuma.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya mahu PR kotakan janji memberikan pendidikan percuma di IPT yang ditadbir mereka, tetapi ternyata apa yang dilaungkan sekadar janji kosong.

Abdul Khalid dalam pada itu berkata, tindakan kerajaan dalam isu PTPTN ini adalah untuk mencabar Kerajaan Negeri.

Namun katanya, selepas diumumkan pembekuan penyaluran pinjaman ditarik balik PTPTN, ini membuktikan Kerajaan Pusat kalah dalam isu ini.

Menurutnya, seharusnya wang rakyat termasuklah PTPTN diuruskan secara adil dan mengikut keperluan tanpa emosi serta berat sebelah.

“Kenyataan dibuat Menteri Pengajian Tinggi menunjukkan cara urus tadbir wang awam seperti mainan selepas dibekukan seterusnya buat kenyataan untuk tarik balik seolah-olah seperti main bola.

“Perbuatan ini tidak berintegriti dan kita sedar ini hanya permainan menteri dan Kerajaan Pusat cuba hendak menganiayai Kerajaan Negeri. Kita anggap ini sebagai cabaran,” katanya.SH
 Nak kata kerajaan Pusat tiada Integriti? Sapa yang mula-mula canang nak mansuhkan PTPTN wahai Khalid Gagap? Pembekuan itu cuma simbolik jika PTPTN dimansuhkan. Kenapa kerajaan Pakatan haram Selangor tak ambil peluang ketika pembekuan dijalankan sehinggakan pegawai dari Unisel terpaksa berjumpa dengan Ketua Eksekutif PTPTN demi menyelamatkan Unisel.

Integriti apanya Khalid cuba tengok ni adalah ini sifat integriti dalam pakatan haram?








 Jika pendidikan percuma yang dilaungkan Pakatan Haram berjaya dilaksanakan yuran satu semester ditanggung oleh kerajaan Pakatan tetapi..


P/S: Hari ni cakap lain besok cakap lain itu lah pakatana haram bila dah terkena batang hidung sendiri baru mengelabah

Sabtu, 9 Jun 2012

Wajib Baca !!! Nizar lambai malu besar.. WWW 1 untuk kereta proton



Adakah anda masih ingat dengan dakwaan Nizar dimana dia mempertikaikan DYMM Sultan Johor yang telah membeli nombor plat WWW1. Nizar mendakwa yang kononnya WWW1 yang dibeli oleh DYMM Sultan Johor tidak akan digunakan pada kereta-kereta jenama murah seperti Proton.



RM520k untuk no plate WWW1. Xkan nak letak kat kereta proton atau motor kut?
ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang



Ternyata dakwaan Nizar lambai salah sama sekali apabila Sultan Ibrahim meletakkannya pada SATRIA NEO






Nizar lilin sepatutnya cermin mukanya apabila nak mengata pada orang lain.. Dia lupa semasa dia jadi menteri besar pada tahun 2009 dia membeli 16 buah kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor plat AGS10, AFD11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606




P/S: Dulu nizar beli nombor plat ni pakai duit dia ker pakai duit kerajaan negeri

Khamis, 7 Jun 2012

Xklusif !!! Pemansuhan PTPTN keatas Unisel ditarik balik bukti kerajaan negeri Selangor tidak mampu berikan pendidikan percuma


Atas sifat perikemanusiaan PTPTN menarik balik sekatan pinjaman keatas Unisel kerana ketidak mampuan kerajaan Selangor untuk menanggung kos pembelajaran pelajar Unisel.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) ditarik atas alasan kurang kemampuan kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemudahan PTPTN yang disekat terhadap Unisel telah ditarik balik ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Betul (PTPTN telah membatal sekatan bantuan kewangan)," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.

"Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini," katanya lagi.

Terdahulu dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa PTPTN menarik semula pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel tengahari, setelah perbincangan dibuat bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi.SH

Penarikan tersebut membuktikan PTPTN masih ada budi bicara walaupun dihentam teruk oleh pakatan haram yang melaung-laungkan pendidikan percuma walaupun pada hakikatnya mereka sendiri TIDAK BERKEMAMPUAN untuk melaksanakannya.

P/S: Jangan pandai cakap je kalau tak mampu buat cara tak mampu.

Wajib Baca !!! Akhirnya cita-cita pakatan haram dan mahasewel tercapai apabila PTPTN memansuhkan pinjaman


Cita-cita pakatan haram serta beberapa ekor mahasewel akhirnya tertunai apabila PTPTN 'memansuhkan' pinjaman kepada Unisel iaitu Universiti dibawah kelolaan kerajaan negeri Selangor.

Pemansuhan pinjaman kepada Unisel simbolik kepada apa yang akan terjadi jika PTPTN dimansuhkan. Para pelajar terpaksa mencari alternatif bagi menampung yuran pengajian dan juga duit poket.

Oleh kerana yang menjanjikan bulan dan bintang adalah dari pakatan haram yang berjanji untuk memberikan pendidikan percuma, jadi secara tidak langsung PTPTN telah menunaikan hasrat mereka bagi membolehkan mereka menjalankan program pendidikan percuma yang dicanangkan sebelum ini.

Jika ada yang berkata PTPTN menganiaya pelajar-pelajar bukan salah mereka kerana berbuat demikian.
Tanya kepada siapa yang mencetuskan idea supaya PTPTN dimansuhkan kalau bukan orang yang mengasaskan penubuhan PTPTN.


Jadi tindakan PTPTN dilihat suatu perkara yang wajar dalam mengajar gologan yang hanya mampu menjanjikan bulan dan bintang tanpa mengambil kira aspek impak dan kos jika PTPTN dimansuhkan.

Jadi tak perlu pakatan haram hendak bertempik atau marah dengan tindakan ini kerana APA YANG MINTA ANDA AKAN TERIMA.

P/S: Kerajaan Selangor kan kaya jual pasir dengan aset kerajaan negeri takkan tak boleh sponsor kot.

Xklusif !!! Isu Scorpene hanya rekaan semata-mata demi untuk menjatuhkan kerajaan


Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.
Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 – pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.
Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.
Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.
Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.
Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.
Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja – sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.
Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib. klik sini

P/S: Proksi pakatan haram kononnya atas nama suara rakyat puiiii

Rabu, 6 Jun 2012

Wajib Baca !!! PTPTN tangguh pinjaman untuk Unisel (Sudah bersediakah kerajaan Selangor untuk buat kebajikan)


PTPTN dalam kenyataannya hari ini memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada Unisel buat sementara waktu

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) buat sementara waktu.
PTPTN dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

"PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandang berat cadangan serta desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai kerajaan negeri seperti Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bersedia menyediakan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekali gus menolak pinjaman PTPTN.

"PTPTN percaya terhadap kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma. Oleh itu, pinjaman PTPTN di kalangan pelajar tidak diperlukan," kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sementara itu, PTPTN berpendapat, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa peminjam supaya tidak menjelaskan bayaran balik akan menjejaskan keupayaan pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di Unisel.

Kata kenyataan itu lagi, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membuat bayaran balik sehingga menjejaskan kemampuan memberi pinjaman kepada pelajar baru.
"Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan Unisel mengenai perkara ini," demikian menurut kenyataan itu.

P/S: Next sem sapa mau tanggung wei.. Suh Khalid Gagap tanggung ye hahahaha

Wajib Baca !!! SUARAM atau SUARA HARAM..

SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah ...yang mengancam keselamatan negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan. Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.

Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.

Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu dari berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. SUARAM sama sekali tidak bebas, tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa.

SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu.

Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.

Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia. Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit. Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.

Semua ‘butir-butir’ kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau ‘air-liur’ SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.

Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai ‘makanan minda’ kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini. Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat. Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis. Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.

Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk difahami. Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini.

Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk dikemukakan. Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia. Antaranya:

1. Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga ‘key-person’ dalam pembohongan isu scorpene. Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.

2. Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP

3. Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling

4. Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

5. Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.

6. Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.

7. S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

8. Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia

9. Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor

10. Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib Tian Chua. Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.

Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya. SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian scorpene.

Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan. Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.


P/S: Suara Haram aka Suara Sumbang pakatan atas landasan hak asasi manusia..

Selasa, 5 Jun 2012

Wajib Baca !!! Isu penari K-pop Bertam Nite Ajk PAS Bertam minta maaf???


Pelik dan benar walaupun program anjuran PKR Bertam tetapi permohonan maaf tidak rasmi dikeluarkan oleh AJK Pas Bertam didalam sebuah laman blog pakatan haram.

as’salam … tenang semua …Ayah Jelaskan disini … Ayah antara yang terlibat secara lansung dalam Program ini (SEBAGAI AJK dari PAS BERTAM), …. Program ini anjuran PKR BERTAM … Ini adalah kesilapan Penaja (non Muslim) yang tidak peka dengan kehendak pengajur dan telah lari dari persetujuan dala...m mesyuarat sebanyak 3 kali sebelum ini.. …. KAMI DITAWARKAN tarian tradiosional 3 BANGSA utama .. tapi TIBA2 MUCUL TARIAN INI … ayah sendiri bergegas menghentikan persembahan …… Kemudian : Tuan Haji Johari Kasim wakil pengajur memohon maaf dan mengesa pihak penaja menukar persembahan … Kami amat kesal dengan isu yang tidak sewajarnya berlaku .. INI pengajaran bagi PKR agar tidak terlalu mengikut FAHAMAN lama mereka .. apa pun, ia telah berlaku … ayah amat malu dan pihak penaja (Public Pavilion Holding sdn bhd) juga akan dipertanggungjawabkan …SALAH tetap SALAH … AYAH MOHON MAAF .. dan tak semua perkara dapat dikawal bila ada yg mungkin menyeludup masuk dalam program kami … HARAP MAKLUM DAN MUHON JUTAAN AMPUN KEPADA ALLAH DAN semua para PENJUANG RAKYAT
Aik Pas Bertam yang minta maaf? Program anjuran siapa ni? PAS ker PKR??

Lagi satu kata dah mesyuarat hampir 3 kali takkan takde kata sepakat untuk arrange program betul-betul? Baru buat majlis makan malam dah kelam kabut belum tadbir negara lagi.

P/S: Orang lain berak orang lain yang cover hehehehe

Wow !!! I want no body no body but u (PKR Bertam Nite)

Pada Hari Belia Negara yang lepas pakatan pencacai dengan hebatnya menyerang kerajaan kerana menjemput artis k-pop wanita yang berpakaian seksi membuat persembahan.


Tetapi....

Apabila perkara yang lebih kurang (rasanya lagi seksi) terjadi dalam kem pakatan haram sendiri tiada komen keras dari pak-pak lebai kulop yang menghentam konsert k-pop tempohari.



Jom kita layan video ni skit...


P/S: I want no body no body but u hehehehehehe

Isnin, 4 Jun 2012

Wajib Baca !!! Kerajaan papan tanda Selangor hanya sesuai untuk menutup pekung di dada

Jika anda berjalan-jalan di sekitar kawasan -kawasan di Selangor anda akan terjumpa paten papan tanda berwarna biru dan bertulis pelbagai propaganda dalam usaha menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.


Tindakan kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang mendirikan papan tanda hanyalah sekadar untuk mengaburi rakyat bagi menutup kegagalan mereka dalam melaksanakan serta menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini.
 
Naib Ketua Wanita UMNO Selangor, Senator Datin Paduka Norhayati Tan Sri Onn menyifatkan apa yang dilakukan adalah untuk menutup kelemahan mereka berikutan kegagalan dalam melaksanakan tugas sebagai pentadbir negeri kerana tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh mereka sejak berkuasa di Selangor.
 
“Kalau sekadar meletakkan papan tanda tidak membawa sebarang makna, banyak lagi perkara yang tidak ditunaikan oleh mereka sejak perintah Selangor, itu semua pembaziran untuk kaburi mata rakyat.
“Rakyat Selangor bijak dan tidak akan terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh mereka, setakat papan tanda tidak memberi sebarang perubahan. lebih baik digunakan kos papan tanda itu untuk kebaikan rakyat,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Klang berkata, apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan negeri cuba mempromosikan diri mereka apabila menyedari sokongan rakyat kini telah berubah berikutan kegagalan sebagai kerajaan negeri.
Menurutnya, tidak guna memasang papan tanda di seluruh Selangor jika mesej yang cuba disampaikan itu seperti apa yang digambarkan kerana apa yang dipaparkan itu adalah hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini contonhnya seperti mempromosikan sesuatu tempat yang menjadi kunjungan ramai.
“Contohnya seperti di Kuala Selangor, mereka cuba mempromosikan kawasan berkenanan sebagai kawasan nelayan untuk orang ramai menikmati ikan segar, sedangkan perkara itu sudah lama diketahui bukan setakat rakyat Selangor malah pelancong dari luar.
“Begitu juga dengan papan tanda air percuma, sedangkan banyak janji yang masih tidak tertunai dalam tempoh berkerajaan selama lebih empat tahun berbanding dengan Barisan Nasional yang banyak membela nasib rakyat melalui pelbagai insentif serta bantuan yang disediakan untuk rakyat,” katanya.
 Selain itu kos perbelanjaan membina papan tanda ini bernilai hampir RM600,000 dilihat sebagai satu pembaziran dan sepatutnya wang rakyat negeri Selangor di gunakan untuk pembangunan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan rakyat Selangor.

P/S: Selangorku penuh papan tanda

Ahad, 3 Jun 2012

Gempar !!! Isu derma highway nama pada no akaun tidak sama dengan apa yang dipaparkan

Pelik dan hairan apabila no akaun yang dipaparkan bagi derma lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai adalah berlainan dari apa yang dicanangkan

SHAH ALAM: Isu bersabit ketelusan pentadbiran PAS Kelantan dibangkitkan apabila timbul kekeliruan berhubung status akaun Bank Islam syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd yang didaftarkan di atas nama syarikat lain.

Kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu pada bulan lalu melancarkan tabung wakaf projek Lebuhraya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu (KK-KB) meminta sumbangan rakyat supaya dimasukkan ke dalam akaun syarikat tersebut.

Namun rakyat dikejutkan setelah mendapati nama yang didaftarkan ke atas nombor akaun berkenaan adalah Rowstead System Sdn Bhd.



Kepimpinan PAS yang dihubungi seolah-olah cuba mengelak untuk menjawab persoalan itu malah menunding jari ke arah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersabit isu berkenaan.

"Memang betul ada akaun bank yang disediakan untuk mengutip derma, tetapi saya tidak ingat butir-butir, jadi untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan kerajaan negeri," kata Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli yang enggan memberi penjelasan lanjut.

AntaraPos.com turut menghubungi Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar untuk mengetahui status akaun tersebut namun jawapan yang diberikan tidak membantu.

"Untuk maklumat yang sah, terbaik adalah hubungi ahli Exco Datuk Husam kerana dia adalah Exco yang bertanggungjawab untuk projek ini," kata beliau.

Justeru cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Husam menemui jalan buntu kerana beliau masih gagal dihubungi sehingga ke hari ini.

Untuk rekod, Rowstead System Sdn Bhd pernah diheret ke mahkamah dalam kes perjanjian jualan saham pada April 1999.

Kerajaan Kelantan mengambil inisiatif untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat KK-KB sepanjang 73 kilometer yang dianggarkan bernilai RM 1.8 bilion.

Nik Aziz mendakwa projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah ditangguhkan oleh kerajaan Pusat hampir 26 tahun.

Malah Nik Aziz berkata projek tersebut antaranya turut menggunakan sumbangan wang daripada rakyat selain dana kerajaan negeri.

Usaha tersebut mendapat kritikan banyak pihak kerana PAS seolah-olah membebankan rakyat di negeri itu.KL POS

P/S: Derma untuk lebuhraya sapa pakai motor dengan tak lalu highway tu pun kena derma.

Wajib Baca !!! SPRM perlu siasat isu penukaran status tanah padang PKNS SS7 Kelana Jaya





SPRM digesa supaya menyiasat isu berkaitan penukaran status tanah dari kawasan hijau ke tanah komersial


LUMPUR, 3 Jun 2012 - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George menyifatkan kerajaan negeri pimpinan PKR cuai dalam hal ehwal pentadbiran agensi mereka sendiri.

Beliau berkata demikian setelah terdapat pencanggahan besar dokumen dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) yang menyaksikan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez mahu satu siasatan dijalankan dengan segera jika Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor serta Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya gagal tampil memberikan jawapan yang munasabah.


Sebelum itu, John Fernandez mempertikaikan berlakunya percanggahan diantara dokumen RTPJ 2 milik Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan dokumen milik Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya membabitkan fakta-fakta yang melibatkan padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kedua-dua dokumen tersebut saling bercanggah diantara satu sama lain apabila padang kompleks sukan PKNS didakwa sudah diwartakan sebagai tanah komersil namun menurut dokumen milikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, padang tersebut masih diletakkan sebagai kawasan rekreasi.


Jacob George memberitahu pembangunan negara akan mundur ditangan pembangkang memandangkan pentadbiran berskala kecil seperti isu padang kompleks sukan PKNS gagal dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan negeri.


"Bagaimana boleh terjadi percanggahan ini?

"Mengapa tiada inisiatif mahupun perancangan daripada kerajaan negeri untuk menyeragamkan RTPJ 2 ini? Adakah terdapat kepentingan mereka dalam percanggahan itu?," katanya.

"Amat memalukan jika kerajan negeri tidak berupaya mentadbir hinggakan tidak tahu apa yang berada di 'tangan kiri' dan apa yang berada di 'tangan kanan'.

"Saya mahu melihat apa pula alasan yang akan diberikan diatas kegagalan dan percanggahan ini," tegas Jacob George. KLPOS


Percanggahan yang berlaku dilihat sikap kerajaan Selangor yang berniat agar projek ini diteruskan juga walaupun mendapat bantahan dari penduduk disekitar SS7 dan kawasan berdekatan.


Dakwaan penduduk jika padang ini dibangunkan pelbagai masalah akan timbul dan perkara yang paling utama ialah kesesakkan jalanraya ketika waktu puncak yang sering dihadapi oleh penduduk kawasan sekitar.

Padang itu juga adalah pusat latihan dan pusat riadah bukan sahaja kepada penduduk SS7 tetapi juga penduduk dikawasan luar.

P/S: Adakah ini hasil dari negeri kebajikan negeri Selangor SELANGORKU PUNYA

Sabtu, 2 Jun 2012

Wajib Baca !!! Makin dekat pilihanraya makin sewel nizar dibuatnya


Nak tergelak pun ada memang bekas MB perak ni pandai buat lawak. Dengan penuh rasa konfidennya dia mengatakan tanda kejatuhan PAS dan PR dalam satu ceramahnya.

Mari saksikan video tersebut



Teruk dah bekas MB perak ni. Bermula dengan sembah derhakanya terhadap Sultan Perak kerana tidak merestui pembubaran DUN perak kesewelannya semakin menjadi-jadi.

Dan yang terbaru tanpa rasa bersalah menuduh Sultan Ibrahim menggunakan duit rakyat untuk membida plat no WWW 1.

Sejurus kenyataanya terhadap perkara berikut lantas Putera Mahkota Johor Putera Ismail membidas kenyataan tersebut

Ternyata sikap bekas MB Perak ini tidak disenangi oleh pelbagai NGO khususnya dari negeri Johor sendiri. Akibat desakan dari pelbagai pihak Nizar tampil membuat permohonan maaf dan mengatakan kenyataan itu adalah pandangan peribadinya.

P/S: Belum jadi apa-apa dah dua Sultan dia menderhaka

Jumaat, 1 Jun 2012

Wajib Baca !!! Come on Azmin jadi anak jantan kalau berani saman RPK.


Raja Petra Kamaruddin sekali lagi mengoncangan barisan kepimpinan tertinggi PKR apabila membuat pendedahan mengenai skandal rasuah 17 tahun lalu.

30 Mei 2012 - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali menafikan dakwaan beliau dikaitkan terlibat dalam satu siasatan kes rasuah jutaan ringgit seperti yang didakwa oleh pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui laman portalnya, semalam.

Azmin menafikan dakwaan terlibat dalam isu rasuah jutaan itu turut menegaskan agar tidak memperdulikan segala fitnah yang dibuat oleh RPK melalui laman twitternya.

"RPK cuba bunuh kredibiliti Dato' Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR.

"Persetankan mereka. Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah. Saya manusia kerdil. Pohon kekuatan daripada Allah SWT. Dosa saya kerana melawan UMNO," katanya yang membalas reaksi seorang pengikutnya di laman twitternya itu.

Semalam, RPK mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Dokumen itu mengandungi kesalahan-kesalahan rasuah Azmin yang telah diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” di bawah arahan Anwar.

Anwar didakwa mengarahkan kroninya, Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya supaya menghentikan siasatan tersebut.

Salah satu dokumen itu menunjukkan Azmin menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM15, 000 daripada Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Dokumen lain pula menunjukkan Azmin memiliki saham, rumah dan kereta yang bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai. Cek tersebut dikatakan telah mengalir melalui Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin.

Untuk rekod, dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen berkenaan, BPR mempunyai bukti jelas Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah berjumlah kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.

Azmin dalam pada itu turut menyifatkan pendedahan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah membabitkannya dihentikan pada 1995 adalah tidak berasas.

"Tidak berasas, 17 tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya bekas Ketua Pengarah BPR (Badan Pencegah Rasuah)," katanya menerusi akaun twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap teman twitternya mengenai kes rasuah yang didedahkan Raja Petra Kamaruddin yang berlaku pada tahun 1995 sewaktu beliau menjadi Setiausaha Sulit Anwar. KL Pos

Jika benar Azmin Ali terasa dirinya difitnah oleh RPK jangan malu dan segan untuk buat press conference bagi menerangkan perkara sebenarnya dan disusuli dengan bukti (bukan cakap kosong).

Mengambil dari kisah Nabi Yusuf bagaimana Zulaikha memfitnah Nabi Yusuf dengan mengatakan baginda cuba menodainya tetapi tetapi pada hakikatnya Zulaikha menarik koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang hendak ke pintu.Tanpa sempat Yusuf membuka mulut, Zulaikha memfitnah baginda di hadapan suaminya.

Walau bagaimanapun, baginda terselamat dengan bukti yang berada di hadapan mereka iaitu baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan. Akhirnya, Futhifar menyebelahi Yusuf dan berita itu sampai ke masyarakat umum.

P/S: Jika terus berdiam diri dan menidakkan tanpa sebarang bukti apakah tanggapan masyarakat kepada Azmin Ali? Fikir-fikirkan....

Ahad, 27 Mei 2012

Wajib Baca !!! Benarkah bekalan air di Selangor mencukupi???


Kebelakangan ini MB Selangor banyak membuat kenyataan bodoh pasai Industri Bekalan Air Selangor.......since saya terlibat diperingkat awal kajian & perancangan Selangor Water Demand Study in late 80s (kajian selama 2 tahun) dan hasilnya kita telah kenalpasti :-

1) - Menjelang 2014, Selangor & WPKL (masa tu Putrajaya not in the picture yet) dan
2) - Mencadangkan Projek Pemindahan Air drpd Pahang,... kerana Selangor telah kehabisan kawasan tadahan.
30 - Menambahkan kapasiti loji rawatan Hulu Langat (skrg Langat 2)..ini kerana loji Bukit Nenas, sebarang extension or upgrading is being constraint by space, since kedudukanya diatas bukit.

Diantara kenyataan bodoh Mantan CEO PNB dan Guthrie ialah..

1) - Menggunakan Air Lombong
2) - Mencabar utk melawat ampangan2 (air tak susut konon).
3) - Menuntut RM 8 - 11 B sbg syarat pengambilan industri bekalan air Selangor oleh Pusat melalui PAAB...

Berikut adalah penjelasan tentang perkara diatas




1. Kajian Supply pula (Sumber Air) meliputi kajian yg komprehensif mengenai kawasan tadahan.....last slide menunjukan Simpanan Air Tawar (Ampangan yg di maksudkan oleh Khalid adalah satu sahaja)....
KLIK SINI UNTUK SUMBER  

2.PENGURUSAN SUMBER AIR LESTARI
Pengurusan sumber air melibatkan perancangan, analisis, penilaian,penggunaan, impak, dan ramalan terhadap sumber-sumber air secarasistematik, cekap dan optimum, tanpa membazir untuk menjamin bekalan airkepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan.

KLIK SINI UNTUK SUMBER


3. Oleh itu cadangan menggunakan air lombong adalah cadangan yg paling bodoh disebabkan:-
  • Lombong tidak mempunyai kawasan tadahan spt ampangan yg dirancang berdasarkan kajian diatas.
  • Selalunya air lombong tercemar oleh air kumbahan dan juga sisa lombong cth (logam berat)
  • Simpanan air lombong bukan utk jangka masa yg panjang  
4. Mencabar utk melihat paras ampangan pun juga kenyataan kebudak budakan, kerana paras ampangan akan sentiasa tinggi kerana itu sebahagian drpd operasi semua ampangan i.e bekalan air, hydro power, pertanian melainkan ampangan tebatan banjir, ianya akan di turunkan sblm musim hujan seperti Ampangan Batu.Apa yg perlu dilihat ialah inflow & outflow data (termasuk limpahan)...dari sini baru kita dpt reserve 2.4% yangg kritikal itu. 

Disebalik kenyataan menteri besarnya juga kerajaan negeri juga mencadangkan penukaran Jamban  yang lebih jimat air sekaligus akan mengkayakan tokey jamban di Selangor.

Recommendations
Each recommendation had to meet two key criteria. One, it is practical and reasonably uncomplicated to
implement. Two, it can be implemented by the state within the existing institutional and legislative
framework.
Thus, to inaugurate a Water Demand Management Plan in Selangor, we humbly recommend:
1. Require installation of water efficient toilets (minimum rating – dual flush of 6 and 3 litres) and
plumbing fixtures in all new homes and buildings and for major renovations.
2. Undertake to provide and install water saving bags, constant flow regulators and thimbles.
3. Initiate, state-wide, a voluntary water efficiency certification and labelling scheme for plumbing fixtures
and washing machines, and maintain a registry of water efficient products.
4. Offer a RM100 rebate to replace an inefficient toilet with a high efficiency toilet and a maximum rebate
of RM200 per home or approved establishment for 100,000 units. KLIK SINI UNTUK SUMBER
5. Menuntut pampasan sehingga RM 11 B utk asset bekalan air sebagai syarat utama pengambilan bekalan air Selangor oleh PAAB....water asset as defined as follows.. KLIK SINI UNTUK SUMBER

. What kind of water assets will PAAB be taking over from the states?

Basically, PAAB will take over the entire water system network starting from part of the pipes connecting the dam to the water treatment plant, the water treatment plant, the balancing reservoir, the servicing reservoir to the distribution pipes to the consumers. KLIK SINI UNTUK SUMBER


Kebanyakannya adalah asset... the balancing reservoir, the servicing reservoir to the distribution pipes to the consumers...kerana yg lain2 dibiayai oleh Kerajaan Pusat..

Oleh itu asset yg RM 11 B yg dimaksudkan oleh Khalid adalah semua pepasangan paip, rumah pam, tangki dll yg di bina oleh Pemaju Perumahan dan diserahkan kpd Kerajaan Negeri melalui PBT...

Adakah logik, Kerajaan Negeri tak keluar satu sen pun dan kos ini sudah "termasuk" dlm kos hartanah (rumah, kedai, kilang dll) dan sudah biayar oleh pembeli hartanah tersebut......lagi pun semua projek hartanah dibangunkan semasa BN.....apa pasal Rakyat Malaysia perlu bayar RM 11 B kpd Kerajaan PR Selangor.....mmg tak masuk akal.
 

P/S: Masihkan anda mahu pakatan haram mentadbir Selangor? Fikir-fikirkan lah