Isnin, 26 September 2011

Mana pergi duit rakyat Selangor??


Terbaca pada sebuah artikel dari sebuah blog pembangkang yang mengatakan kerajaan negeri Selangor telah berjaya menguruskan hutang negeri yang tertunggak. Kita lihat apa yang ditulis pada artikel tersebut

Kerajaan negeri Selangor berjaya mengambil langkah menjual aset-aset tanah yang dirampas daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation yang harus dilangsaikan berikutan syarikat berkenaan berhutang sebanyak RM392 juta kepada kerajaan negeri selangor.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan berjaya menyelesaikan dalam bentuk tunai melalui penjualan tanah 400 ekar di Ulu Yam bernilai RM18 juta, penjualan saham Ulu Yam Golf Resort (RM4.2 juta) dan penjualan tanah 12 ekar di Puncak Jalil (RM12 juta).

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menjual aset pejabat Talam di Menara Pandan sebanyak RM11 juta serta juga mendapat pulangan dari kerja tanah PIYSSB sebanyak RM7.68 juta. Jumlah kutipan setakat ini adalah sebanyak RM57.88 juta.
"Menteri Besar Incorporated (MBI) akan bertanggungjawab dalam mengutip semula tunggakan dari syarikat Talam hasil dari aset yang harus diberikan kepada kerajaan negeri," katanya ketika menjawab persoalan dari Adun Teratai Lee Ying Ha.
Khalid berkata, kerajaan Selangor juga dalam proses mengutip hasil jualan tanah seluas 2,263.53 ekar di Bestari Jaya yang bernilai RM122.78 juta, tanah seluas 1,322.44 ekar di Bukit Beruntung (RM85 juta) dan tanah di Danau Putra (RM87.7 juta).
Beliau berkata, demi menjamin ketelusan dalam setiap transaksi hasil dari kutipan penjualan tanah, kerajaan negeri akan mengumumkan kutipan hutang Talam secara berperingkat dari masa ke semasa.
Menjawab mengenai persoalan ‘kertas putih’ dari kerajaan negeri berhubung hutang Talam, Khalid berkata, kerajaan akan mengeluarkan ‘kertas putih’ yang mengandungi kajian khas terperinci untuk disiarkan.
Katanya, hujung tahun ini ‘kertas putih’ tersebut akan di keluarkan untuk dibincangkan dalam sidang DUN supaya ia menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam membuat justifikasi pemberian tanah dan kontrak.
"Kerajaan negeri juga telah menandatangani perjanjian dengan Talam untuk membolehkan kerajaan negeri menuntut hutang-hutang lain yang diragui yang tidak termasuk termasuk dalam jumlah RM392 juta ini.
"Usaha kerajaan mengutip hutang Talam ini juga mendorong syarikat-syarikat lain untuk datang membayar hutang kepada kerajaan negeri di bawah MBI," katanya.
Tambah beliau, kaedah yang dilakukan kerajaan negeri dalam mendapatkan semula hutang tersebut daripada Kumpulan Talam juga akan diperiksa oleh Jabatan Audit Negara.

Tetapi persoalannya kemana perginya duit-duit tersebut?
Kerana bukan projek pembangunan yang dilakukan tetapi lebih banyak aset kerajaan negeri yang dijual....

1. Nak jual tiga aset PKNS iaitu Kompleks PKNS, SACC Mall dan Menara PKNS di Petaling Jaya?

2.
Dulu dah jual tanah 400 ekar di Ulu Yam bernilai RM18 juta, penjualan saham Ulu Yam Golf Resort (RM4.2 juta) dan penjualan tanah 12 ekar di Puncak Jalil (RM12 juta).

3.
Mereka juga dah jual tanah seluas 2,263.53 ekar di Bestari Jaya yang bernilai RM122.78 juta, tanah seluas 1,322.44 ekar di Bukit Beruntung (RM85 juta) dan tanah di Danau Putra (RM87.7 juta).

4.
Dan dulu pun mereka dah jual harta benda Talam Corporation iaitu pejabat Talam di Menara Pandan sebanyak RM11 juta.

Semakin banyak aset kerajaan Selangor yang telah dijual. Lepas ini adakah negeri Selangor bakal dijual juga?
Mana pergi duit hasil jualan harta rakyat Selangor yang berjuta2 ringgit tu sebab tak nampak pun apa2 perubahan kat Selangor. Projek-projek yang ada pun projek kerajaan pusat dan swasta

P/S: Teringat zaman ketika Selangor Maju 2005...

Khamis, 22 September 2011

GOLONGAN PROFESIONAL PAKATAN RAKYAT LUPA DIRI

Pakatan Rakyat banyak dianggotai oleh golongan Professional dari kecil hingga lah besar dan berkerjaya bagus serta berkehidupan yang selesa. Mereka adalah golongan yang mendapat impak kemakmuran Negara hasil dari kejayaan BN memerintah . Namun apa yang disesali , golongan ini bukan sahaja menyokong PAS,DAP dan PKR Tetapi juga mereka gagal melaksanakan tanggung jawab mereka kepada Masyaratkat Dan Rakyat umumnya setelah mendapat segala bentuk bantuan dari kerajaann Barisan Nasional dalam hidup mereka.

Mereka yang kini berkerjaya , Doktor , Peguam , Jurutera ,Peniaga berjaya dan sebagainya dari kelompok Profesional , tinggal di kawasan-kawasan Elite seperti Tropicana PJ , Bandar baru Bangi , Kawasan-kawasan Elite Shah Alam. Bukan sahaja tidak memnyokong kerajaan namun juga menghentam kerajaan.
Tapi pernahkah Golongan ini menjengah kawasan-kawasan bermasalah dikampung-kampung menmbantu dengan inisiatif sendiri , bertanya khabar dan memberi sedikit bantuan atau idea serta nasihat jika bukan wang sekali pon kepada Rakyat-rakyat yang tidak nikmati kelebihan yang mereka rasa kini..
Jawapannya:TIDAK PERNAH..!!!
Apa yang mereka lakukan datang hanyalah memberi ceramah menghentam kerajaan . menfitnah kerajaan dan memaki hamun kerajaan.. dengan tidak rasa sedikit pun bersalah apatah lagi rasa bersyukur diatas apa yg mereka kecapi sekian lama.. Dan ada suara-suara Golongan ini berkata kemenangan yang kerap menyebelahi BN pada akhir-akhir PRK lepas adalah sebab faktor kawasan kampung dan Pedalaman yang mana didiami oleh golongan tidak berpelajaran dan tidak bertamadun .. begitulah persepsi mereka Golongan Profesional PAS/DAP /DAN PKR ., terhadap rakyat marhaen dinegara ini .
Maka fikir-fikirkan lah.
P/S: Luahan hati seorang facebooker.....

Isnin, 19 September 2011

ISA dah mansuh Anwar takut lagi hehehe...


Sejak dulu lagi para pejuang Parti Pembangkang sibuk membangkang pelaksanaan undang-undang akta keselamatan dalam negeri atau pun dalam bahasa inggerisnya internal security act (ISA).

Semalam saya terbaca dalam sebuah portal pro pembangkang mengenai kenyataan Anwar Ibrahim tentang pemansuhan akta tersebut tetapi ini jawapannya...

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat cukup matang untuk tidak meletakkan harapan tinggi dalam isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang mengehadkan kebebasan sivil dan politik. Ketua pembangkang berkata, beliau menjangkakan dua undang-undang menggantikan ISA sama terhad, walaupun mungkin tidak lebih ketat, daripada versi sedia ada. Anwar menambah, rakyat perlu berwaspada bilakah akta itu hendak dibatalkan dan di kalangan pimpinan Umno sendiri, ia dijangka cukup ketat dan keras "asalkan bunyinya bukan ISA". "Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan oleh Apco. "Biar rakyat menilai dengan sendiri. Kempen Pakatan batalkan ISA berkesan," katanya yang juga anggota parlimen Permatang Pauh. Anwar berkata, harus diingati bahawa ISA digunakan untuk mempertahankan ketuanan Melayu dan melindungi kedudukan Umno dalam kerajaan.Beliau berpendirian bahawa rakyat mampu menilai cadangan yang dikemukakan perdana menteri sebagai cara untuk menambat hati rakyat menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi. "Dua soalan yang perlu difikirkan bilakah ISA akan dimansuhkan? Dan apakah kedua-dua undang-undang yang menurut maklumat daripada Umno, akan sama ketat dan terhad untuk menggantikan ISA?

Dulu pembangkang begitu menentang keras pelaksanaan ISA sekarang dah dimansuhkan tetapi masih lagi berdolak dalik dengan isu yang remah terutama isu APCO YANG DAH LAPUK masih digunakan sebagai isu. Adakah pemansuhan akta ini pembangkang hilang isu untuk digunakan pada PRU yang akan datang.

Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berani mengumumkan pemansuhan ISA pada Jumaat lepas sebagai hadiah kepada rakyat sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu. Walaupun ISA merupakan akta dan aset terpenting untuk keselamatan negara tetapi Datuk Seri Najib berani membuat keputusan yang kadang kala diluar jangkauan kita. Ia merupakan satu langkah berani Perdana Menteri dalam membuat keputusan.

Apa pun rakyat sendiri tahu menilai siapa pemimpin yang haq dan seiapa pemimpin yang bathil. Jelas dan nyata isu-isu semasa yang ditangani pemimpin akan dinilai oleh rakyat kerana RAKYAT TAHU SIAPA YANG LAYAK MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA.

P/S: Bak kata orang putih "Becareful on What u Wish For" PR dah telan ludah sendiri hehehe

Selasa, 13 September 2011

Komunis dan sejarahnya di Malaysia


Ketika Perang Dunia ke 2, ideologi komunis mula tersebar ke serata dunia termasuk negara kita Malaysia. Ideologi ini berkembang dengan alasan melawan penjajah bagi menarik lebih ramai rakyat supaya menyokong komunis.

Gerakan komunis bermula ketika Imperial Jepun menjajah Malaya. Satu gerakan bawah tanah yang digelar Malaya People Anti Japanese Army telah ditubuhkan dengan majoritinya terdiri dari kaum cina.Gerakan ini telah mendapat bantuan senjata dan kelengkapan dari Force 136.


Apa itu Force 136?

Force 136 adalah satu nama samaran bagi sebuah pertubuhan Eksekutif Operasi Khas (SOE), Britain semasa Perang Dunia II. Pertubuhan ini diwujudkan bagi menggalakan dan membekal pergerakkan penentangan di wilayah dalam kawalan musuh, dan sering kali melaksanakan operasi-operasi sabotaj. Force 136 beroperasi di wilayah-wilayah Perbatasan Asia Tenggara dalam Perang Dunia II yang mana diduduki oleh tentera Jepun sejak tahun 1941 sehingga 1945.


Apa itu MPAJA?

Malayan People's Anti-Japanese Army (terjemahan: Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu) atau singkatannya MPAJA ialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. Ramai orang keturunan Cina menganggotai pertubuhan ini kerana mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada masa itu. Waktu ini adalah jangkamasa yang bermula dari tarikh tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945 sehinggalah tarikh kepulangan tentera British kembali ke Tanah Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Pentadbiran British.


Kerjasama Komunis dan British

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. PKM telah membentuk MPAJA.


Mengapa British membantu Komunis?

Ini adalah persoalan yang menarik. Segalanya bermula ketika Perang Dunia ke 2. Ketika zaman peperangan itu terdapat dua kumpulan yang berperang iaitu Berikat dan Axis.

Kuasa Utama dalam Berikat
1. Amerika Syarikat
2. United Kingdom
3. Soviet Union

Kuasa Utama dalam Axis
1. Nazi Germany
2. Japanese Empire
3. Kingdom of Italy


Disebabkan oleh perjanjian yang termeterai didalam berikat secara tidak langsung British terpaksa membantu PKM membentuk MPAJA untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. Selain itu unsur dendam juga terbabit dalam pembentukan MPAJA berikutan serangan Jepun keatas wilayah China.

Selepas berundurnya Jepun dari Tanah Melayu, PKM telah keluar kononnya meraikan kemenangan mereka dan telah membuat kaca kononnya untuk mencari tali barut Jepun.

Kekejaman Komunis

Sewaktu pemerintahan Jepun, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagi Jookidam, di Tanah Melayu. Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Tentera Jepun memang anti kaum China. Dalam masa empat belas hari itu berleluasalah anggota Bintang Tiga dengan memasukki kampung-kampung untuk mencari bekas ahli-ahli Jookidam, yang kebanyakannya orang Melayu.

Kebencian Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang dikenali sebagai panggil “Penyembelihan Nanjing”. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun. Dan kebanyakan mangsanya adalah pengawal-pengawal kampung dalam bentuk Jookidam itu.

Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa bekas-bekas anggota Jookidam, ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Ada juga yang ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut.Ada pula yang digantung selepas perbicaraan singkat tanpa pembelaan. Malah tiada siapa yang berani membela kerana takut disyaki sebagai pembelot juga.Pembunuhan-pembunuhan ini menimbulkan reaksi tindak balas dari orang-orang Melayu seperti oleh Panglima Salleh Selempang Merah yang mendapat sokongan padu orang-orang kampung yang bersenjatakan senjata tradisi parang dan tombak, sehingga mampu mengancam pihak Komunis yang lengkap bersenjata api.

Selain itu, jika dilihat pada dunia ketika zaman ini Berikat sudah mual berpecah dengan Soviet Union(Komunis) mula bertindak melancarkan Perang Dingin terhadap Amerika Syarikat iaitu sekutu kuat United Kingdom. Ini secara tidak langsung mendorong British untuk menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu dengan merekrut kaum anak watan Tanah Melayu menjadi polis dan juga pasukan homeguard untuk menjaga kampung. Selain itu ketumbukkan Askar Melayu juga ditambah untuk mengekang serangan komunis.

Jika ada pihak cuba melabelkan negara sebagai talibarut British jangan lupa komunis juga ada menerima bantuan dari British.

P/S: Lain kali selidik lah sejarah dulu.

Ahad, 11 September 2011

Apa itu komunis dan siapa penciptanya?


Mat Sabu dan ada sesetengah penyokongnya yang begitu taksub dengan Mat Indera iaitu pengganas komunis yang mengetuai serangan ke atas balai polis bukit kepong.Mat Sabu dan penyokong-penyokong beliau lupa siapa pencipta ideologi komunis yang begitu dibangga-banggakan sambil menuduh UMNO sebagai tali barut British.

Siapa pencipta ideologi Komunisme?

Karl Marx

Karl Marx merupakan seorang ahli falsafah dari German yang tinggal di England. Dibawah merupakan sedikit sejarah tentang Karl Marx.

In the 1840s, a German philosopher and sociologist named Karl Marx (1818–1883), who was living in England after fleeing the authorities in the German states, where he was considered a political threat, began publishing books in which he outlined his theories for a variety of communism now known as Marxism. Marx was financially aided and supported by another German émigré, Friedrich Engels (1820–1895), who like Marx had fled from the German authorities in 1849.Marx and Engels took on many influences from earlier philosophers; politically, they were influenced by Maximilien Robespierre and several other radical figures of the French Revolution, whilst economically they were influenced by David Ricardo and philosophically they were influenced by Hegel.

Marx stated that "the history of all hitherto existing society is the history of class struggles," something that he believed was happening between the bourgeoisie who then controlled society and the proletariat (the working class masses) who toiled to produce everything but whom had no political control. He purported the idea that human society moved through a series of progressive stages, from primitive communism through to slavery, feudalism and then capitalism, and that this in turn would be replaced by communism - for Marx therefore, communism was seen as inevitable, as well as desirable.

Marx founded the Communist Correspondence Committee in 1846 through which the various communists, socialists and other leftists across Europe could keep in contact with one another in the face of political oppression. He then published The Communist Manifesto in 1848, which would prove to be one of the most influential communist texts ever written. He subsequently began work on a multi-volume epic that would examine and criticise the capitalist economy and the effect that it had upon politics, society and philosophy; the first volume of the work, which was known as Capital, was published in 1869. However, Marx and Engels were not only interested in writing about communism, they were also active in supporting revolutionary activity that would lead to the creation of communist governments across Europe. They helped to found the International Workingmen's Association, which would later become known as the First International, to unite various communists and socialists, and Marx was elected to the Association's General Council.



Friedrich Engels


Friedrich Engels merupakan seorang ahli falsafah, saintis ,ahli politk dan penulis dari tahun 1820 hingga 1895. Beliau digelar bapa Teori Marxist bersama-sama dengan Karl Marx.

Pada tahun 1848 Karl Marx dan juga Friedrich Engels wujudkan manifesto ideologi baru yang dipanggil sebagai The Communist Manifesto

The Communist Manifesto


Apa itu Komunis?

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".

Menurut Manifesto Komunis,Komunisme terdiri daripada sepuluh tiang utama:

Walaupun tiang ideologi komunis ialah penghapusan harta pusaka tetapi ada diantara negara yang mengamalkan corak pemerintahan komunis mengumpul harta pusaka untuk diri dan keluarga seperti yang berlaku di Korea Utara dan juga Cuba.

Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Komunisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga sering menindas mereka yang berpegang kepada agama.

Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis:

  1. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet)
  2. China (Republik Rakyat China)
  3. Cuba (Republik Cuba)
  4. Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao)
  5. Vietnam (Republik Sosialis Vietnam)
  6. Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea)
  7. Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman )
  8. Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)
  9. Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)

Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:

  1. China
  2. Laos
  3. Vietnam
  4. Cuba
  5. Korea Utara

Sungguhpun begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri.

Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.

Ada beberapa buah Parti di Malaysia yang mengamalkan Sosialisme didalam corak ideologi partinya seperti Parti Sosialis Malaysia dan Democratic Action Party pula merupakan satu-satu Parti yang menyertai pertubuhan Sosialis Antarabangsa iaitu Sosialist International


Sosialist International


Dan paling menarik ada blog pembangkang yang begitu benci kepada UMNO sehinggakan sanggup menyokong komunis


P/S: Wohooo kalau benci sekali pun jangan sokong komunis laknat ni....

Sabtu, 10 September 2011

Caj 6 peratus syarikat telekomuniskasi


Minggu lepas pembangkang dengan bersorak gembiranya mempolitik kenaikan caj perkhidmatan syarikat telekomunikasi sebanyak 6 peratus. Keputusan syarikat telekomunikasi ini mendapat pelbagai respon daripada masyarakat khususnya golongan pelajar dan berpendapatan rendah. Isu ini di manfaatkan sepenuhnya oleh pihak Pakatan dengan mengatakan caj 6 peratus itu adalah caj perkhidmatan untuk kerajaan.

Tetapi hakikat sebenarnya sebelum kenaikan caj perkhidmatan ini memang sudah ada caj ini pada kadar 5 peratus tetapi telah diserap nilai ini oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi selepas kenaikan 1 peratus caj perkhidmatan, syarikat telekomunikasi bertindak dengan mengeluarkan caj ini dan ia perlu dibayar oleh pengguna.

Sehubungan dengan perkara ini, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula pelaksanaannya kerana ia jelas sekali menjejaskan rakyat yang rata-ratanya yang berpendapatan rendah. Ia sekaligus melanggar prinsip 1malaysia iaitu rakyat didahulukan.

Dengan penjelasan oleh YAB Perdana Menteri jelas ia bukan keputusan kerajaan untuk mengenakan caj tersebut kepada rakyat tetapi ia adalah sikap syarikat telekomunikasi yang dengan sewenang mengenakan caj tersebut tanpa memikirkan pengguna terlebih dahulu

Selaras dengan suara rakyat yang tidak bersetuju dengan caj dikenakan diharap kabinet menolak cadangan syarikat telekomunikasi ini

P/S: Caj dengan suka-suka hati tetapi perkhidmatan kadang-kadang teruk banyak caj tersembunyi dan macam caj lagi. Harap syarikat telekomunikasi fikirkan pengguna dulu jangan pentingkan diri sendiri

Rabu, 7 September 2011

Jalur gemilang inspirasi dari US?


Lepas satu-satu isu banyak lagi isu sejarah yang telah dispin oleh Pakatan Rompak. Salah satunya ialah Jalur Gemilang yang menjadi mercu tanda kemegahan negara kita.

Menurut portal Pro pakatan Rompak tersebut,

Come on, brader. Ini tahun 1949 dan British telah pun merancang untuk mencipta bendera Malaysia…bukan bendera Tanah Melayu. Tahun 1949, Singapura masih didalam Persekutuan Tanah Melayu,(betul ka? tolong betulkan kalau salah) tapi Sabah dan Sarawak adalah dibawah Pemerintahan British…tidak termasuk dalam Tanah Melayu.

Singapura memohon kemerdekaan dan pemerintahan sendiri daripada British pada tahun 1956 dalam satu rundingan yang diketuai oleh David Marshall. Tapi tak berjaya. Dalam ertikata lain, Singapura kekal dalam Persekutuan Tanah Melayu,dan apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ia termasuk Singapura. Tapi mengapa Singapura tidak termasuk dalam bendera Malaysia? Adakah ia satu wilayah autonomi yang tidak termasuk dalam Persekutuan Tanah Melayu?

Pada pengertian aku, Singapura adalah sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu, tapi dibawah pemerintahan British. sama macam Sabah dan Sarawak. tapi aku sendiri tak yakin dengan statement ini.

Singapura, Sarawak dan Sabah bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada tahun 1963..tetapi bendera untuk Malaysia sudah dicipta pada tahun 1949!! dengan lain perkataan, Persekutuan Malaysia sudah dirancang sejak tahun 1940an. Apa yang berlaku dalam tahun 1949, atau lebih tepat lagi selepas Perang Dunia Kedua adalah pelaksanaan kepada perancangan yang dibuat dalam tahun 1937.

Pada tahun 1965, Singapura disingkir dari Malaysia dan mendapat kemerdekaan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tapi bendera Malaysia tidak berubah walaupun Singapura sudah terkeluar. Yang berubah hanya maksud bendera.

Pada Tahun 1997, Bendera Malaysia melalui proses rebranding apabila ianya dinamakan Jalur Gemilang. nombor 7 lagi!!

(Kalau hangpa keliru dengan apa yang aku tulis…sori la. Sebab aku pun kompius)


Sebenarnya fakta bendera telah dispin oleh Pakatan Kambing ini demi bagi menghembuskan sentimen membenci Jalur Gemilang supaya iaitu tidak dikibarkan pada sambutan hari kemerdekaan.

Fakta Sebenar Jalur Gemilang

Sejarah penubuhan bendera Malaysia bermula sekitar tahun 1949...waktu tu sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan terdiri dari menteri2 bagi memilih dan menentukan bendera manakah yang akan menjadi simbol negara kita...pertandingan ini telah di hadiri oleh 372 orang karyawan...dan akhirnya hanya tiga design bendera yang dipilih..

Rekabentuk yang pertama:


Rekabentuk yang kedua:


Rekabentuk yang ketiga:



dan akhirnya Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai utk menilai ketiga-tiga bendera ni melalui kelolaan akhbar Malay mail, suara ramai sepakat untuk memilih rekabentuk yang ke-3. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang arkitek kerajaan Johor, Mohamad bin Hamzah..

Pada permulaannya jalur bendera Malaysia asal ni hanya berjumlah 11 jalur kerana Sabah, Sarawak dan Singapura belum menyertai Malaysia pada ketika itu. Setelah gabungkan 14 negeri dan sedikit pembaharuan ke atas bendera ini baru lah bendera ini mempunyai 14 jalur merah dan putih.

Walaupun Singapore mengisytiharkan untuk berpisah dengan Malaysia pada tahun 1965, 14 jalur di bendera tu tetap di kekalkan dan membawa maksud keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.


Ditambah lagi dari dalam blog itu

Selalunya, bendera melambangkan identiti sesuatu bangsa atau rumpun. Cuba perhatikan bendera Jordan, Palestin, Kuwait dan Sudan. Hampir sama kerana mereka dari rumpun yang sama.

Abis macam pulak dengan bendera dari rumpun yang sama juga ni?????


Jalur Gemilang dikatakan mendapat inspirasi dari Bendera US..


Bagaimana pulak dengan bendera negara dunia ni pun mendapat inspirasi dari US juga ke?


Lagi satu bising-bising cerita pasal Jalur Gemilang bendera ni agak-agaknya inspirasinya datang dari sini ke? kehkehkeh


P/S: Cari la isu yang bernas untuk dibincang bagi pembangunan ummah bukan main sondol je....

Ahad, 7 Ogos 2011

Identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara terbongkar?

Pagi tadi heboh diperkatakan didalam blog dan pelbagai lagi sumber yang mengatakan telah terbongkarnya identiti sebenar Makcik yang begitu kurang ajar. Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara telah mendatangkan kemarahan jutaan umat islam di Malaysia dengan kenyataannya yang menghina islam dan juga Nabi Muhammad saw. Pelbagai kejian dan cacian dilemparkan kepada Baginda Rasullulah oleh manusia yang keji ini.

Contoh penghinaan yang dibuat oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini:

Salah satu contoh penghinaan kepada umat Islam

Manusia keparat ini dengan bongkak mengatakan dia tidak boleh dikesan dan melakukan penghinaan agama islam dengan sesuka hati.

Tetapi pagi tadi sebuah kumpulan Hackers yang dikenali sebagai Gaysec melalui Ops Ramadhannya telah berjaya menjejaki identiti sebenar siapa dalang di sebalik watak Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini.


Dikatakan orang ini aktif di :
Malaysian Apostate FB Group
Malaysian Athiest, Freethinker, Agnostic
Friendlyatheist.com


Menurut sumber ketika menggunakan identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara dia akan sentiasa melayari internet menggunakan proxy bagi mengelakkan alamat IPnya dikesan oleh pihak berkuasa.

Menurut sumber update dari Gaysec
UPDATE] #OPS RAMADAN: Makcik Hajjah Al Wuzara sudah kalut.. kelihatannya dia sudah mula memadamkan semua jejaknya (traces)..tapi tindakan bodoh sebegitu hanya memerangkap dia sahaja.kerana kami awal2 lagi sudah menyimpan screenshot dan semua bukti2 amoi atheist ni.


Link: Laman web Gaysec
Link: Maklumat Indentiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Buat masa sekarang biar polis dan SKMM sah kan perkara yang didedahkan oleh Gaysec. Apa pun tahniah kepada kepada Gaysec kerana berani membuat pendedahan ini...

Khamis, 4 Ogos 2011

Pakatan PATI

Ramai individu melenting kerana portal Malaysia kini yang mengelar kod kad pengenalan individu 71 ialah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Kerana isu Mismah yang dikatakan mendapat kad pengenalan warganegara Malaysia dalam 4 jam. Malaysia Kini tanpa usul periksa mendakwa Kod kad pengenalan 71 adalah PATI dan secara tidak langsung mengaitkannya dengan isu pengundi hantu.

Tapi rasanya Malaysia Kini tidak mengambil kira faktor persekitaran dahulu sebelum menerbitkan artikel. Sebagai contoh apabila Malaysia Kini berkata KOD 71 adalah PATI adakah mereka betul pasti yang KOD 71 adalah PATI.

Adakah individu dibawah juga adalah PATI???

Nampaknya Pakatan DAPKRPAS telah mempunyai pemimpin import iaitu Pedatang Asing Tanpa Izin.


p/s: pasni Malaysia Kini nak buat surat beranak PATI pulak ker....

Selasa, 26 Julai 2011

Biometrik VS Dakwat Kekal



Kerajaan Mengumumkan bakal menggunakan sistem biometrik untuk Pilihanraya akan datang. Sistem Biometrik yang akan diperkenalkan akan menggunakan ibu jari bagi identiti pengenalan diri individu yang ingin mengundi. Selain itu, sistem ini juga dapat mencegah berlakunya undi dua kali dan juga pengundi hantu kerana individu pada kad pengenalan itu yang terbabit sahaja yang boleh mengundi berdasarkan pada rekod ibu jari.

Antara kebaikan sistem biometrik ini:

- Mudah digunakan
- Murah
- Saiz yang kecil dan mudah dibawa
- Menggunakan tenaga elektrik yang rendah
- Pangkalan data besar yang sedia ada


Sekarang kita beralih kepada dakwat kekal. Dakwat kekal merupakan kaedah lama yang digunakan dalam pengundian diseluruh dunia. Dakwat kekal akan dicalit kepada individu yang telah mengundi bagi mengelakkan berlakunya pengundian sebanyak dua kali. Tetapi cara ini amat mudah disalahgunakan.

Sebagai contoh pada 2008 SPR telah membatalkan penggunaan dakwat kekal kerana ada individu dipercayai telah mengimport dakwat kekal tersebut melalui negara jiran dan akan digunakan untuk mencalit pengundi yang belum mengundi sekaligus akan timbul syak wasangka dan secara tidak langsung akan menafikan hak pengundi terbabit.

Bagi umat Islam pula dakwat kekal berkenaan akan kekal dijari sekurang-kurang untuk tempoh minima 72 jam. Bagaimana kita hendak sembahyang sedangkan dakwat ini masih kekal dijari untuk satu tempoh yang lama. Jadi dakwat kekal tidak relevan dengan kita sebagai umat islam kerana secara langsung ia akan menghalang kita dari beribadat.

Dunia makin ke hadapan dan teknologi makin canggih kenapa pembangkang masih mahu kebelakang. Sistem yang terbaik untuk pilihnaraya yang adil bakal digunakan untuk menentukan kerajaan.Adakah pembangkang takut dilambung gelombang biru?

Ahad, 17 Julai 2011

Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri?


Jerusalem Post akhbar no 1 Israel telah membuat artikel dengan meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia.

Tulisan oleh wartawan Jerusalem Post berkaitan Anwar

Malaysia is slowly moving towards stronger checks and balances, a principle requirement for any true democracy.

Malaysia's opposition parties made significant gains in the parliamentary elections held on Sunday, March 8. Their success demonstrated a growing desire for political change and the furthering of democracy in Malaysia. The election result means that the ruling Barisan National (National Front (BN)), no longer has a two third parliamentary majority. This means that its power has been limited in some respects, for example it can not amend the constitution or make key appointments without support from the opposition. Ultimately, the election results means a stronger system of checks and balances, a principle requirement for any true democracy. The largest of the opposition parties, the Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party (PKR)) won 31 seats, a significant gain compared to the single seat it won in the 2004 elections. The PKR's success has been attributed largely to the revival of former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim's political career. As a proponent of moderate Islam, cultural and religious impartiality, and liberal democracy, Anwar's popularity is gaining strength, with some reports suggesting that should the opposition coalition win the next election, he may well be next in line as Malaysia's Prime Minister. Anwar launched his political career in 1982 by joining the United Malays National Organization (UNMO), currently the largest party within the ruling Barisan National (National Front (BN)). The UNMO was led by Mahathir Mohamad, Malaysia longest-serving Prime Minister. By 1991, Anwar was appointed Minister of Finance after which he was appointed as Mahathir's Deputy Prime Minister in 1993. Anwar's term as Minister of Finance was characterized by unprecedented economic prosperity and growth, awarding him widespread acclamation. However, his political career came to an abrupt stop when he voiced strong opposition to Mahathir's support for the Bumiputra ('Sons of the Soil'), programme. This opposition led to criminal convictions for corruption and sodomy (the sentencing was 6 and 9 years respectively, although the sodomy conviction was overturned in 2004). Despite, if not because of his criminal convictions, Anwar became an icon for political progress, justice and equality. He maintained considerable support throughout the years largely because of the work of his wife, Wan Azizah Ismail, who established the PKR in 1999, to call for her husband's release. The PKR also kept Anwar's political reforms (the latter becoming known as 'reformasi') agenda alive. Since his release from prison, Anwar has sought to revitalize his political campaign by challenging the current government, headed by Prime Minister Abdullah Badawi, on a host of issues, in particular the 'New Economic Policy'. Created in the late 1970s (currently termed the National Vision Policy), the policy intended to create conditions for national unity by reducing interethnic disparities, however in practice it granted the Bumiputra preferential treatment, creating an increasing ethnic Malay middle class and thus substantial opposition from ethnic Indian and Chinese who did not reap the benefits. Anwar has been awarded acclaim by many for his success in creating unity amongst the previously divided opposition parties, which resulted in a coalition that won an unprecedented total of 82 seats out of parliament's 222 seats in the latest election. Considered to be one of Malaysia's most charismatic speakers, Anwar's endorsement of PKR's political platform is gaining significant momentum. In February 2008, the PKR published the Keadilan Manifesto titled "A New Dawn for Malaysia," detailing the party's vision for putting Malaysia back on a track of economic, political, educational and cultural prosperity. Centering on five central positions, the party first and foremost advocates for a constitutional state for all whereby ³bumiputera rights are guaranteed fully alongside with non-bumiputera rights² and thus creating non-racial based politics. With a growing percentage of the population unsatisfied with the political status quo, the PKR's reform agenda, as advocated by Anwar, appears to be the change that Malaysia increasingly desires. Anwar's political ban is due to end in April and if reports hold true, he will easily win a by-election and resume a parliamentary role after his wife expectedly vacates her seat. The main obstacle that analysts suggest is that once Anwar formally re-enters politics, he will need to continue to prove his political competence and ensure the long time fragmented opposition parties sustain a successful coalition and thus an effective governance implementing reforms within the states in which they hold a majority. Should they do so, analysts further predict that the opposition coalition may have a strong chance of defeating the ruling party in the 2013 elections, thus likely placing Anwar as the forerunner as Prime Minister. Shani Ross is the Coordinator for the Executive Programs & Conferences at the International Institute for Counter-Terrorism (ICT), Interdisciplinary Centre Herzliya, Israel. KLIK SINI

Siapa Israel ni nak bercakap pasal negara orang lain sedangkan negara Palestin masih berada didalam kekejaman Israel. Kenapa sibuk nak bercakap pasal negara orang lain ketika ramai rakyat Palestin masih lagi ditindas. Kenapa Zionis begitu mengagungkan Anwar sedangkan ramai lagi penduduk Palestin yang dinafikan hak asasi manusianya

Kenapa Zionis nak sibuk-sibuk negara orang lain sedangkan ramai penduduk Palestin yang di layan seperti banduan

Kenapa Zionis nak sibuk-sibuk negara orang lain sedangkan ramai penduduk Palestin yang di dibunuh dengan kejam

Kenapa Zionis nak sibuk-sibuk negara orang lain sedangkan ramai penduduk Palestin yang di nafikan hak sebagai manusia

Kenapa Zionis nak sibuk-sibuk negara orang lain sedangkan ramai penduduk Palestin yang tidak mendapat hak untuk ada negara yang berdaulat

Adakah sikap double standard Yahudi Zionis ini telah menetap didalam otak-otak manusia yang kononnya menentang kerajaan zalim ketika 9 Julai lalu???

Jadi sama-sama kita menilai baik buruknya untuk negara kita. Fikir-fikirkan.............

Rabu, 13 Julai 2011

Cincin 24.4 juta? Ye ke DS Rosmah punya?




Kecoh apabila Pakatan Pembangkang mengatakan DS Najib telah membelanjakan hampir 24.4 juta hanya untuk sebentuk cincin. Ye ke? Mari lihat fakta yang sebenarnya

Fakta, cincin termahal dunia yang dijual kepada orang ramai hanya USD 1.5 Juta sahaja. Atas dari pada tu semua ada dalam muzium untuk pameran, not for sale. Harga cincin termahal dunia ialah USD 16.26 Juta dan ia adalah not for sale.

Chopard Blue Diamond ring - USD 1.5 Juta, termahal di pasaran hari ni. FAKTA! Harga atas daripada tu hanya pameran sahaja. Cincin berlian ni control item, boleh check sendiri.

Client untuk blue diamond ni hanya utk VVVVIP sahaja. Tak semua perdana menteri,raja dan Isteri mereka dapat mencapai tahap 4 V. Hanyalah untuk billionaire, pemimpin, raja yang yang mempunyai harga diri (personal value) melebihi USD 3 Billion.

Ni informasi untuk anda pasal cincin termahal iaitu jenis blue diamond yang dilelong dengan harga USD 7.98 Juta dan ia telah pecah rekod harga tertinggi dalam lelongan cincin berlian. Ia dilelong di Hong Kong. Sekarang cincin tu berada di Muzium Smithsonian Institute di Washington D.C. Untuk pameran sahaja. Jadi sapa dengar cerita DS Rosmah ada cincin 24 juta, hanyalah kelentong. KLIK SINI UNTUK REKOD HARGA BERLIAN TERTINGGI DIDUNIA

Setakat ni cincin termahal di dunia yang berada di jari manusia adalah USD 1.5 Juta iaitu jenis blue diamond. Dan cincin lain yang harganya lebih tinggi dari itu semuanya menjadi pameran di muzium dan private collector seperti Moussaieff Jewellers, Chopard dan lain-lain syarikat perniagaan berlian.

FAKTA - Orang yang pakai cincin termahal di dunia bukan Imelda marcos, bukan isteri Sultan Brunei, bukan isteri Bill Gates tetapi Elizabeth Taylor dan harga cincin tersebut ialah USD 1.3 Juta. Dan rekod Elizabeth Taylor telah dipecah pada 2009 oleh seorang billionaire yang menghadiahkan cincin pertunangan berharga USD 1.5 Juta kepada isterinya


Berkenaan gambar sistem kastam yang kononnya dikatakan sebagai bukti... Ini pun boleh jadi bukti ker?

Sistem macam ni amat mudah dimanipulasikan KLIK SINI

Apa bukti lebih sahih dari ini seperti:

1. Bukti pembelian?
2.
Ada Resit Pembayaran?
3.
Tunai atau Kad Kredit?

p/s:Jadi kalau nak kelentong biar kreatif skit tak pasal-pasal dapat dosa kering...


Isnin, 11 Julai 2011

Duit Rakyat Selangor bakal licin?


Dalam riuh rendah Bersih ada seorang insan yang cuba membersihkan akaun rakyat Selangor seperti mana Bersihnya akaun sebuah syarikat terkemuka dulu..

Kita bandingkan subsidi air dengan subsidi gas utk Penjanaan Kuasa (bukan IPP saja, TNB pun dapat juga) berjumlah RM 19 Billion yang dispinkan dalam Buku Jingga...dari segi prinsipnya memang sama tetapi pendekatan nya cukup berbeza..

Pernahkan kita dengar Kerajaan Pusat minta Bajet utk membiayai subsidi gas?? Tidak pernah, ini kerana jumlah RM 19 Billion (kalau betul le) hanya akan memberi kesan kepada akaun Petronas, bukannya Akaun Kerajaan Msia yang juga merupakan Akaun Rakyat bermakna Petronas akan kurang hasil sebanyak RM 19 Billion tetapi Petronas sebagai Syarikat Minyak Kerajaan tetap untung seperti yang diisytiharkan tiap-tiap tahun kerana Kerajaan adalah komited untuk Petronas untung dengan mencari banyak peluang perniagaan daripada luar iaitu 60% perolehan Petronas adalah daripada luar.

Tapi apa yang terjadi di Selangor amat berbeza dari segi pendekatan, walau pun matlamat nya sama, malah lebih kepada politik daripada kebajikan rakyat,ini kerana setiap sen yang diluluskan oleh DUN adalah daripada akaun kerajaan iaitu akaun rakyat (pembayar cukai).

Sepatutnya Kerajaan Pakatan Rompak dibawah Khalid Gagap, Cross Subsidy (sama seperti Subsidi Gas oleh Petronas) dengan perolehan State GLCs ada kepentingan didalam Projek Konsesi berikut yang kesemuanya di muktamadkan semasa BN dulu iaitu:

1) Genting Sanyen Power utk Genting IPP.
2) Grand Saga utk Grand Saga Highway melalui Taliworks.
3) Syabas (air)
4) Splash (air)
5) Sg Harmoni ( air)
6) Konsesi air di Kedah & Langkawi (tariff di naikkan di Kedah).
7) Landfill oleh Worldwide
8) Konsesi Pasir Kumpulan Sementa..

No 1 -7 semua di muktamadkan semasa BN...
KLIK SINI: PERMINTAAN BAJET TAMBAHAN OLEH KERAJAAN SELANGOR

Jadi persoalan nya mana pergi hasil projek diatas, yg dianggarkan untung selepas cukai & dividen menghampiri RM 300 juta,lebih daripada apa yang diperlukan untuk subsidi air percuma.

Kepada YB2 BN di DUN Selangor, buka mata seluas-luasnya kerana ini kekuatan Kerajaan PR Selangor sekarang (Perompak Koperat)
Selaras dengan Akta Kebebasan Maklumat yang diamalkan di Selangor KLIK SINI kami menyeru supaya dokumen konsensi ini dedahkan bagi mengkaji persoalan yang timbul...

Ahad, 10 Julai 2011

Warna Warni Bershit 2011

Mari kita imbas Warna Warni Bershit 2011. Macam aksi dan ragam manusia dapat dilihat ketika acara berlangsung.


Nak boleh tlg bersih janggut Pakcik

Wei ko kentut ye..

Wokey abg sikalang arr volume kasi tinggi

Bang masjid belakang tu je haa...

Alamak ada kamera lak malu2...

Gaya konon macho ketika ditangkap kehkeh

Clark Kent buncit kehkehkeh

Macam mau balik raya daa.

Wah banyak marah ini apek kehkehkeh

Dah tua Pak Cik bawak2 la duk umah

Aisey kono tangkap abis sapo nak tlg ikat jamin ni

Ayoo Amma Appa....

Penyembah Ambigagak

Last-last orang ni jugak yang menang Anu Gerah....

Kehkeh balaci saya jugak bodoh